Nasi Kuning Goreng Petai & Ikan Masin

12:14 PTG

Jumpa lagi di hari Jumaat penghulu segala hari. Moga sihat-sihat sahaja dan dapat teruskan rutin harian dengan lancar. Sarapan apa pagi tadi?

Malam tadi kami dapat kiriman nasi kuning , lauk sambal ayam serta  puding jagung dan kuih bahulu dari Sandakan. Terima kasih atas ingatan biras dan adik ipar kepada keluarga terdekat. Mudah-mudahan jualan nasi kuning akan terus memberi pulangan yang lebih lumayan. Khabarnya setiap kali jualan, beras yang dimasak setiap hari antara 80 sehingga 100 kilogram. Lama jugalah Amie berangan untuk ke Sandakan tapi rentas zon belum lagi berpihak kepada LD. Kami berada di Zon 5 iaitu Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna dan Kalabakan. Katanya mulai hari ini boleh rentas daerah dalam zon tetapi hanya LD - Kunak -LD sahaja. Untuk rentas daerah lain masih tidak dibenarkan kerana peratusan vaksin belum mencapai angka sepatutnya!

Jadi, duduk sajalah di rumah.

Jom kita sarapan Nasi Kuning Goreng Petai & Ikan Masin. Lebihan nasi kuning kiriman dari Sandakan Amie simpan dalam peti sejuk untuk digoreng dijadikan sarapan pagi.


Jika tidak ada nasi kuning, boleh gunakan lebihan nasi lemak. Sama sahaja rasanya. Bezanya hanyalah warna. Nasi lemak warna asli, nasi kuning ada tambahan serbuk kunyit.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan nasi kuning sejuk
  • 4 papan petai - ambil isinya
  • 1/2 cawan hirisan isi ikan masin yang sudah digoreng
  • 10 biji cili padi - hiris
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya


Cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan bawang besar cincang hingga layu kekuningan.
  2. Kemudian masukkan nasi kuning.
  3. Gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan petai, ikan masin goreng dan hirisan cili padi. Gaul beberapa kali.
  5. Setelah petai berubah warna, taburkan garam / perasa pilihan secukupnya. 
  6. Gaul dua tiga kali dan padamkan api dapur.

17 comments

  1. Baca dua kali tadi, pulut kuning pernah makan tapi nasi kuning belum lagi, sedap dengan petai, dan ikan masin menambah selera. Moga terus laris dan maju jualannya. Aamiin.

    BalasPadam
  2. Menyelerakan betul. Sedap juga nasi lemak lemak dijadikan nasi goreng. Selalu juga kak Amie dapat nasi kuning, kan. Alhamdulillah rezeki. Semoga perniagaan biras dan adik ipar Kak Amie terus maju. Banyak juga dapat dijual sehari tu.

    Selagi belum boleh merentas, kita duduk je lah di rumah :)

    BalasPadam
  3. Nasi kuning ni pernah jumpa masa di Kedah.

    Sabah ada juga ye? Boleh la cari bila ke sana nanti

    BalasPadam
  4. nasi goreng dgn ikan masin..sedapnya..ada petai lg, bertambah ummphh..

    BalasPadam
  5. Banyaknya Kak Amie 100 kg sekali jualan, lumayan hasilnya. Tentu enak nasi kuning dijadikan nasi goreng

    BalasPadam
  6. Wah sedapnya... ikan kering tu yang membuatkan jadi tak tahan tengok. Kalau ada kat depan mata dah tentu kena ngap. He he he...

    BalasPadam
  7. Kalau dapat kat PH, confirm tak cukup sepinggan ni Kak Amie!
    Tak kisahlah apa jenis, asalkan nasi goreng memang favourite, tambahan regunya ikan masin pulak.

    BalasPadam
  8. Wah ,jadi makin lapar lepas baca entri ni ..

    BalasPadam
  9. Wah...nasi kuning...
    Saya pun pagi tadi makan nasi lemak goreng 🤭
    Simpan pic nak buat entri esok🤣

    BalasPadam
  10. Amboii Amie..membuka selera sungguh menatap gambar nasi kuning tu..ada petai dan ikan masin pulak..

    BalasPadam
  11. pandai kak amie mengolah nasi lemak jadi goreng

    BalasPadam
  12. Kadang2 kalau ada baki nasi ayam/nasi lemak pun ammi jadi kan nasi goreng. Arwah mama selalu kata.. "kita buat dia"

    BalasPadam
  13. apa pun yang ada petai, mesti nampak menyelerakan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe