Bismillahirrahmanirrahim.Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.In syaa Allah Abang Farid akan melangsungkan penikahannya pada 30 Oktober 2021 bersamaan hari Sabtu di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, Batu Caves Selangor.Mohon doa daripada rakan-rakan dan pengunjung setia Amie's Little Kitchen agar segala urusan dipermudahkan.Kad undangan ini sekadar untuk kenang-kenangan walimatulurus di musim wabak Covid -19 masih melanda dan tidak menentu, juga barangkali...
Awal pagi tadi Ecik Suami ke kampung. Katanya ada urusan pembahagian tanah pusaka. Sebelum ke kampung sempat pula dibelikannya nasi kuning bungkus daun pisang dengan kuih-muih.. Kebetulan kita pun ada kerja yang perlu diselesaikan, memang syukur sangatlah sarapan di dapur.Menjelang tengahari, tiba-tiba Encik Suami telefon minta Amie dan Firdaus bersiap. Katanya adik ipar ajak makan tengahari. Apalagi! Pucuk dicita, ulam mendatang. Kita pun...
Hari ini Firdaus mengikuti Kem Bestari Solat Tahun 2 dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari secara online. Nampak seronok sangat Firdaus dapat berinteraksi dengan kawan-kawannya secara maya. Sayangnya tak boleh ditinggalkan bersendirian. Sewaktu kita masuk ke bilik air, apabila keluar budak kecil itu sudah tidak ada! Sakit tekak berteriak memanggil namanya. Rupanya dia pergi main dengan anak kucing di luar rumah! Terpaksalah...
Rezeki sungguh kalau kita tak sempat masuk dapur, tiba-tiba ada orang ajak makan di luar. Sudah dua kali anak buah belanja kami makan malam di restoran yang sama iaitu Restoran Ala Thai Marin Port Lahad Datu. Terima kasih Ummi Syazana yang manis. Moga tambah rezeki pada masa-masa akan datang.Ummi Syazana pilih makanan berhidang. Kami datang terus makan. Bismillah.Masih simpan lagi gambar makan malam dalam...
Di LD tidaklah banyak tempat makan yang boleh dikunjungi seperti bandar Tawau atau Sandakan, apalagi Kota Kinabalu. Kami pun tidak ada banyak pilihan melainkan itu itu jugalah tempat yang kami tuju. Apabila keadaannya sedemikian, sudah tentulah juga hidangan yang ditawarkan tidak semeriah di bandar besar.Namun begitu, adalah juga tempat-tempat tertentu yang masih boleh dijadikan pilihan untuk menjamu selera seadanya. Salah satu tempat yang...