Kek Lapis Kukus Cream Cheese

3:44 PTG

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat berhujung minggu buat semua. Alhamdulillah, petang ini Amie dapat kongsi bersama resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese yang ternyata sungguh lazat! Resepi istimewa ini Amie kongsi daripada Nor Hayati Ramlan, teman blogger masakan yang sangat rajin menghidangkan pelbagai menu yang enak iaitu di dapur SINAR KEHIDUPANKU - Yatie Memories. Terima kasih daun keladi wahai Yatie, lain kali Amie ingin pinjam lagi resepi yang lazat-lazat dari dapur Yatie! Memang tidak rugi mencubanya, kerana selain mudah cara penyediaannya, rasanya pula sungguh enak! Nampaknya Amie kena buat lagi Kek lapis Kukus Cream Cheese ini kerana setelah sejuk, dipotong dan dihidangkan bersama anak-anak, kek ini habis licin tidak sampai berapa minit!
Semua ahli keluarga kecil Amie menyukainya termasuk Encik Suami!


Mohon izin ye Yatie, Amie ingin panjangkan pula resepi Kek Lapis Cream Cheese di sini untuk tatapan dan perkongsian rakan-rakan yang lain.

Resepi : Kek Lapis Kukus Cream Cheese
             ( Yatie gunakan loyang 8X8X3 inci)
Sumber : Yatie Memories



BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sudu kecil vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan cwn susu segar/cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan tpng gandum*
  • 3 sudu besar serbuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan-bahan perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pukal telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi kepada 2 bahagian. 
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Kalau tak ingat orang lain, rasanya nak makan satu loyang sendiri he he he hehh.



27 comments

  1. cantiknya gambo menyerlahkan lagi kesedapan kek tu... :)

    BalasPadam
  2. Salam Amie

    Waa... dah buat dah Amie, akak pun baru berangan nak buat.. kalau amie kata sedap lagi lah bertambah bersemangat akak nak mencuba!

    BalasPadam
  3. Tihara,
    alhamdulillah... walaupun cuaca mendung sepanjang hari, dapat jugalah tangkap gambar tepi jendela dapur!

    Azlita,
    haa... dapat buat akhirnya, memang sedap! Rugi tak cuba he he hehh

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Amie,
    waduhhhhh...tak tahan tngk godaan kek Amie ni, mcm skrng je nak buat lagi...cantik yg amat sngt kek Amie, berkilat terasa betapa moistnya..tq sudi mencuba, lenkali buat lagi bagi Yatie 1/2 loyang ya....leh kan..

    BalasPadam
  5. Yatie,
    memang nak buat lagi ni Yatie, tak sangka pula rasanya sangat sedap! Kesian anak-anak...Amie buat seloyang tak puas makan!

    BalasPadam
  6. Wah...berkobar-kobar lagi perasaan ini membuat kek coklat lapis cis...kemas n cantik kekmu itu Kak Amie...

    BalasPadam
  7. nak sikit Kak Amie...
    org kt sini x rajin nk membuatnya..ditambah pula anak2 x suka sgt cheese...

    BalasPadam
  8. Rahel,
    sebenarnya Rahel pun turut membakar semangat kakak untuk belajar mengekek! Terima kasih rahel kerana selalu memaparkan hasil kek yang cantik2!

    Myda,
    alhamdulillah, anak-anak Amie boleh terima hasil air tangan Amie.

    BalasPadam
  9. Kak Amie..kemas nye kek lapis kak amie ni..mieza belum try lg kek kukus ni..sebabnya pengukus umah mieza ni kecik benar...tu yang malas skit kalau resepi tu kena kukus mengukus...insyaAllah nnt kita beli kukus besar skit hahah..sebelum tu mieza bertandang la ke umah kak amie dulu...kak amie skg dah makin kreatif menghasilkan masakan berasaskan tepng...tahniah kak :)

    BalasPadam
  10. Sedapnyaaaaaa....kemas sungguh akk ptg kek tu

    BalasPadam
  11. terliurnye tgk kek Kak Amie>_<..saya dah lama nak cube resipi ni tapi asek tertangguh je..huhu

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Amie,
    Waaaa...ni dah lawan tokey dah ni...hehehe. Cantik dan nampak sedapla kek tu Amie, nanti ada masa nak cubalah....kot kot boleh buat hidangan raya nanti....

    BalasPadam
  13. salam amie..waahh sedaapnyer..bak sepotong boleh?

    BalasPadam
  14. sukenye!!! nani pernah buat kek ni. tak jemu makan sampai tak ingat dah berapa banyak ditelan.

    BalasPadam
  15. Amie, best nyer buat kuih muih ramai yg meminatinya... Saya dah tak boleh buat kecuali klu ada majlis sebab apa yg dibuat, depa tak suka...

    BalasPadam
  16. Salam Amie..mengodanya kek kukus cream cheese ni,mengodanya!
    Carik cream cheese dulu :)

    BalasPadam
  17. Mieza,
    terima kasih Mieza kerana suatu ketika dulu pernah beri semangat kakak untuk mengenali dunia muffin,siap hantar cawan muffin yang pelbagai tu, ada lagi lebihnya kakak simpan, lama-lama kakak pun berkenalan pula dengan tepung and the gang he he he hehh

    Mas Sani,
    terima kasih Mas...kakak potong bila kek tu betul-betul sejuk!

    Maira Anjami,
    samalah tu... mula-mula memang berkira-kira sangat nak buat, bila dah buat terfikir pula kenapa tak buat dari dulu sebab sangat mudah!

    BalasPadam
  18. Wattie,
    waalaikumussalam... he he heh tokey Penang dah tercabar ye...hihihiiii..., alahai kalau Wattie buat ni, memang menjadi punya!

    Inahar Ali,
    rasanya sepotong tak cukup... he hehee kena ambil lebih sebab sedap!

    Nani,
    itulah pasal Nani... kalau tak ingat ada orang lain, memang Kak Amie habiskan satu loyang tu ha ha hah.

    BalasPadam
  19. salam Mie,amboiii semenjak dua menjak rajinnya Amie ya akak yg duk kt umah ni pun tak sempat nak buat kek yg bersongeh2 ni tabikk spring lah kat Amie,sbb sebab tu maka nya akak pun sangat teruja nak buat jugak nunggu masa jika dizinkan hee

    BalasPadam
  20. Azie,
    ada juga resepi Amie buat anak-anak kurang berminat, biasanya Amie bawa ke tempat kerja, boleh makan dengan kawan-kawan.

    Azatie,
    betul tu Atie... cari cream cheesenya dulu, bahan lain semua ada di dapur!

    BalasPadam
  21. Kak Noor,
    ada pun kek ini dikukus pada malam semalam, bersekali dengan banjir kilat yang tiba-tiba melanda... alhamdulillah sebaik sahaja kek masak dalam kukusan, hujan pun berhenti, air masuk sikit di bahagian toilet, lepas tu surut...

    BalasPadam
  22. salam kak amie..cantik jew akk potong kuih tue..x der senget langsung..camner caranya tue..:)kasi petua sikit.:)

    BalasPadam
  23. kak amie... wah dah tayang kek lapis krim cheese dah.. wani lagi yg belum cuba nak buat hihi..menggoda betol bila dulu ramai gak orang tayang kek neh..

    BalasPadam
  24. Assalamualikum Amie,

    mintak izin nak copy resipi ni. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

    BalasPadam
  25. Zila,
    tak ada guna apa-apa petua sayangggg.... cuma guna pisau tajam aje.

    Wani,
    teringin nak makan, tu sebab merajinkan diri buat kek ni Wani.

    FnF,
    alhamdulillah...memang sedap!

    Noname,
    waalaikumussalam... selamat menyambut kedatangan Ramadhan juga Noname.
    Silakan....

    BalasPadam
  26. ehem sedapnya..pos kat mama sepiring..hikk2x..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe