Iftar Hari Ke 9 : Yong Tau Foo Sos Hitam

8:14 PTG

Assalamualaikum.


Dulu Amie sediakan Yong Tau Foo bersama kuahnya dengan cara DI SINI. Mudah dan sedap! Untuk juadah berbuka kali ini Amie gunakan resepi daripada YB Drs Khalil Idham Lim walaupun tidak sepenuhnya. Amie hanya mencuba resepi kuah Sos Hitam YB. Bahan yang lain Amie gunakan kreativiti sendiri seperti yang sebelumnya.



Amie kongsikan bersama resepi sepenuhnya yang diperturunkan oleh YB di bawah ini. Terima kasih YB, kerana dalam kesibukan tugas, sempat juga YB berkongsi resepi istimewa ini. Semoga apa yang diperturunkan ini akan dimanfaatkan bersama oleh rakan-rakan pengunjung.

Resepi : Yong Tau Foo

Sos Hitam
Bahan-bahan:
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.


Sos Pedas
Bahan-bahan:
20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
garam, gula & cuka secukup rasa
2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

Sup Yong Tau Foo
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kiub ayam
Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.
4. Keluarkan bebola/fishcake.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.



Setelah menyiapkan Sos Hitam, Amie tumbuk kacang tanah serta menyangan bijan. Selain itu Amie juga sediakan sambal daripada cili merah dan cili padi, siap dengan garam gula dan perahan jus limau kasturi. Bukan apa, anak-anak kurang berminat untuk menjamah hidangan pedas, jadi Amie sediakan dalam bentuk begini.


Bahan Yong Tau Foo yang Amie gunakan adalah seperyi berikut:
10 biji white fish ball
10 biji lobster flavoured ball
10 biji crab meat squid ball
10 biji scallop shape seafood tofu
10 ketul golden seafood nugget
10 biji wantan ikan
10 tangkai kangkung
2 keping tauhu lembut
5 batang sosej

Kesemua bahan di atas Amie celur.


Apa pun, Yong Tau Foo Sos Hitam selamat dinikmati hingga ke titisan kuahnya yang terakhir! Selamat berbuka puasa!

22 comments

  1. assalam & salam ramadhan buat amie & family..maaf baru arini dpt jenguk amie..mama tak sihat sikit.. :(
    mama tak makan yong tau foo..hb & anak je yg suka makan..selalunya beli je..hu2x..

    BalasPadam
  2. As salam kak,
    rajinnya la kak Amie nie....

    BalasPadam
  3. slmt malam kak amie..dh malm2 bru brkesempatan BW..sblm tido nampak YT..terus kemari..rajin btl akk amie nie lah utg ank2..dpt mkn best2:)

    BalasPadam
  4. Amie kalau buat sesuatu masakan, memang complete. Tengok gambar, mcm semua lengkap

    BalasPadam
  5. Salam Amie. YTF....mmg kegemaran tp belum pernah mkn yg versi sos hitam...guna taucu dikisar.numpang jamu mata di dapur Amie ya....nak buat sendiri fishball and the gang tak da kat Cairo ni.

    BalasPadam
  6. Saya suka...saya suka...teruja sungguh tekak mas tgk ytf kak amie hah.... Sabar ye tekak...dugaan pose je tu hihihihi....sedap...sedap...kalo akk jiran sy, memang sy terjah je dpr akk tu hehehe

    BalasPadam
  7. adehh.. terliur! pagi2 nmpk ytf nih, sure teringat2 sepanjang hari. hihi

    BalasPadam
  8. wowww rajinnya kak amie buat kuah tu sendiri...kalau saya pikir 10 kali belum tentu rajin..kekekek..sedapnya tengok...huhuhu

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..best jgk bebuka dgn ytf kan..rajin tul akak bt kuahnya ^^

    BalasPadam
  10. As salam k.amie...
    harap2 sihat ye..
    dah berbulan2 nk buat yong tau foo sendiri tapi sampai sekarang tak terbuat2 lagi..
    ucu kopipes dulu akak punya resepi ni ye..tapi kalau nk buat kena tunggu seru dulu kot bru jadi...hahaha..

    BalasPadam
  11. banyak bahan utk buat yng taufu ni kan...hehe selalunya saya beli ja..(pemalas)

    BalasPadam
  12. Mama Aini,
    waalaikumussalam,
    manalah nak dapat yong tau foo di tempat Amie ni...

    Asyifa,
    Waalaikumussalam,
    nak makan Asyifa kenalah buat sebab tak dijual di sini.

    Adda,
    Jom makan Adda.

    BalasPadam
  13. Zila,
    sebenarnya tak rajin mana pun Zila, sebab nak makan tapi ytf tak dijual di tempat kami.

    Azie,
    Terima kasih Azie...

    Mamasya,
    syukurlah di tempat Amie bahan ada, tapi tak ada orang jual yang dah siap, kenalah merajinkan diri membuatnya sebab teringin nak makan.

    BalasPadam
  14. Mas Sani,
    ni yang best ni... boleh tolong kak Amie makan he he heh

    Tun Telani,
    sebelum ni kalau teringat ytf memang terliur sampai terbawa dalam mimpi sebab nak makan, usaha juga buatnya ni Tun sebab nak beli ytf siap tak adalah pula dijual di sini.

    Quinnie,
    Kak Amie pulak kena fikir 10 kali kalau nak makan ytf, nak buat sendiri atau nak tunggu balik kampung bei di pasar malam! daripada kempunan baiklah buat he he he ehh

    BalasPadam
  15. Yana,
    taklah sesusah mana nak buat Yana, kalau kakak tinggal di semenanjung memang tak payah buat, beli aje kalau teringin...

    Ucu,
    iyelah Ucu... manalah ada ytf siap di sini, daripada asyik ngences baiklah buat sendiri, taklah susah mana pun, nak makan, kenalah buat sendiri kan kan kan

    Kamsiah,
    saya pun pemalas juga Kamsiah, tapi nak beli di mana.... kalau malas di tempat Kamsiah boleh beli aje, kalau malas di tempat kami....???? nak tunggu balik semenanjung pun setahun sekali..... kita nak makan ytf selalu.

    BalasPadam
  16. assalam k.Amie
    menduga iman ni tengok siang2 he he

    BalasPadam
  17. salam kenal..

    suka yong tau fu. tapi kalau beli tu kenapa lah mahal sangat.. tak faham..

    BalasPadam
  18. Assalam Amie,
    wah ada ypng tau foo kat sini..
    so far kita belum pernah masaka sendiri..selalu makan kat luar aje..sedap namapknya amie..

    BalasPadam
  19. Mama Sara Nur,
    kena datang waktu malam he he he h

    Azian,
    salam kenal juga.....bahan ytf mahal kott...

    Ayu,
    balik kampung nanti Amie nak beli di pasar malam...

    BalasPadam
  20. Taucu masin ke manis sis amie?ke x kisah mana2 rs..

    BalasPadam
  21. Salam...ti nak test buat tp msti sedapkan..sye kebanykan selalu ikut resepi amie ni..kene dgn tekak saya..pe2 pun terime kasih kongsi resepi n ilmu..saya hargai..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe