Shimeji Mushroom & The Gang

8:09 PTG

Selamat malam semua. Malam ini Amie ratah sayur Shimeji Mushroon & The Gang. Hmmmm....oleh kerana pagi tadi kebosanan tinggal bersendirian di rumah, kaki dan tangan pun gatal tak senang duduk. Merayaplah seorang diri di Pasar Seri Perdana dan Pasaraya Survey. Terpandang sayur kacang manis, tiba-tiba teringat menu Egg Tofu di dapur Zila Noraliza. Sayangnya sayur kacang manis yang ingin Amie beli kelihatan kekuning-kuningan.  Memang sudah terbayang hidangan lazat berasaskan Egg Tofu, dan biasanya bahan -bahan tersebut banyak terdapat di Supermarket Ridhwan, tapi sebab kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut membantutkan hasrat Amie untuk beredar dari kedai ke kedai lain mencari benda yang dihajati. Bila sampai ke pasar sayur,  kacang manis yang dicari juga tiada. Egg Tofu pun habis! 


Walaupun tidak dapat menikmati Egg Tofu, Amie sediakan hidangan lain yang memang sajian kegemaran Amie iaitu Shimeji Mushroom & The Gang.

Resepi: Shimeji Mushroom & The Gang
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 bungkus Shimeji Mashroom - bersihkan bahagian bawahnya dan cerai-ceraikan
1 batang lobak merah - potong ikut suka
1 tongkol brokoli saiz sederhana kecil - potong ikut suka (asingkan potongan bahagian batang)
6 batang anak jagung - potong ikut suka
10 ekor udang kertas - bersihkan
3 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu makan serbuk pati ayam Tumix
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak minyak
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan udang bersama lobak merah serta sos tiram. Masak seketika sehingga udang berubah warna dan lobak merah menjadi empuk.
3. Masukkan potongan batang brokoli dan anak jagung. Tutup kuali selama 2 minit.
4. Buka penutup kuali dan kacau bahan tumis seketika. 
5. Masukkan brokoli dan tutup semula selama 1 minit.
6. Buka penutup kuali dan masukkan Shimeji Mushroom. Tutup kuali sekali lagi selama 45 saat.
7. Buka penutup. Masukkan serbuk pati ayam Tumix dan gaul sebati.
8. Renjiskan minyak bijan ke atas bahan tumisan sebelum diangkat untuk dihidangkan.


Inilah hasilnya tumisan yang dibuka tutup sebanyak 3 kali! Bukan apa, saja-saja Amie buat begitu sebab bentuk potongan anak jagung Amie kali ini bulat selinder, jadi takut lambat masak! Dan satu lagi supaya warna sayur brokoli cantik menghijau!


Alhamdulillah.... rezeki Allah di petang Jumaat nan mulia! 


15 comments

  1. Salam amie. Sajian sihat ni mie. Makan sayur macam tu je sedap dan dah tentu kenyang.

    BalasPadam
  2. selamat malam k.Amie
    sedap tu sy suker ratah sayur msk gini, takyah nasi pun takper

    BalasPadam
  3. sedapnya Kak Amie,saya suka sayur campur cam gini......

    BalasPadam
  4. nani mcm x pernah makan pulak cendawan jenis ni. tapi setakat ni apa2 jenis cendawan memang nani suka makan.

    BalasPadam
  5. Tipa hari pasti mcm mcm resepi baru yg dimasak. Mcm mana boleh ada byk idea ni ya

    BalasPadam
  6. Very healthy food Amie.. terbaekk..

    BalasPadam
  7. baru saya tau nama mushroom ni kak amie..selalu beli je..hehehehhe

    BalasPadam
  8. Salam kak amie ... nampk sungguh menyelerakan....nyum nyum

    BalasPadam
  9. pun baru tau namanya camtu..selama nie tau mkn..akk mkn camtu jew pun sedap kan:)

    BalasPadam
  10. Waw..tak bole tengok lama2 ni...nanti bejangkit lagi..ahaksss...

    BalasPadam
  11. Ibundo,
    alhamdulillah... masuk kategori sajian sihat, mengenyangkan!

    Mama Sara Nur,
    Kak Amie pun tak makan nasi, ratah aje gitu.

    Myda,
    Memang sedap, masaknya pun sekejap je.

    BalasPadam
  12. Nani,
    memang ada macam-macam rupa bentuk cendawan sekarang ni...banyak di pasaraya.

    Azie,
    sebenarnya tidak ada idea yang dirancang Azie, cuma bila melihat sesuatu bahan di dapur, terus olah dengan bahan yang lain yang ada.

    Sheila,
    betul tu Sheila, sedap pin ye juga.

    BalasPadam
  13. Quinnie,
    Memang banyak jenis cendawan, kadang-kadang main beli je, tak tahu namanya.

    Azumaya,
    jom makan sama...nyum nyummm!

    Zila,
    sedap....tak tersedar habis semangkuk meratah!

    Rahel,
    terjangkit pun ok apa Rahel... hidangan menyihatkan bah ini... he he he hehh

    BalasPadam
  14. salam Amie...sedapnya shimeji mushroom & the geng tu.Atie ni suka mkn sayur..klu dpt camni.mmg meratah je la:D

    BalasPadam
  15. Azatie,
    jom ratah sama-sama Atie.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe