Jus Tembikai Susu

9:40 PG

Pagi Jumaat ini cuaca cerah, suasana tenang tapi Amie rasa sunyi sepi. Mungkin ada yang sudi temankan Amie minum Jus Tembikai Susu. Oleh kerana Amie keseorangan di rumah, jadi aktiviti masak-memasak terpaksa ditangguhkan hingga ke petang. Amie sediakan dua gelas Jus Tembikai Susu. Satu gelas untuk Amie, satu gelas untuk anda yang sudi berkunjung ke dapur Amie......


Resepi : Jus Tembikai Susu
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan potongan tembikai susu
2 sudu makan madu
 1 sudu makan jus limau nipis
500ml air masak
ketulan ais - pilihan

Cara:
1. Kisar tembikai susu bersama 500ml air dan madu.
2. Tapis bahan kisar.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Tambahkan jus limau nipis dan ketulan ais jika suka.

Mari kita semak apa khasiat yang terkandung dalam buah tembikai susu.Info yang Amie perolehi dari http://ur-beautytips.blogspot.com/2008/08/18-jenis-buah-dan-sayur-paling.html menyatakan tembikai susu kaya dengan khasiat vitamin C, iaitu kira-kira 117 mg dalam setengah isi kandungannya sahaja. Selain itu, ia juga kaya dengan beta karoten. Kedua-dua khasiat in berkesan dalam melindungi sel tubuh akibat kesan radikal bebas. Selain itu, setengah biji buah ini mengandungi 853 mg potasium dan ia lebih banyak khasiatnya berbanding buah pisang dalam tindakan menurunkan tekanan darah. Setengah biji buah ini mengandungi 97 gm kalori, 1 gm lemak dan 2 gm serat.

20 comments

  1. assalammualaikum dan selamat pagi kak amie...aduss sedapnya air jus..saya suka betul buah ni kak...potong2 lepas tu simpan dlm peti ais...hehehe...selalu nya saya beli je air ni kat pasar malam..heheheh

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. sedappppp...segarr je tekak
    bila dpt minum jus ni

    BalasPadam
  4. Macam-macam paparan minuman segar yang Amie dah buat. Bulan puasa nanti adalah idea nak buat jus apa untuk berbuka. Ayah cuma takutkan si malas melanda.... sampai cari minuman di gerai Ramadhan.

    Selamat menyambut Ramadhan mulia & menjalani ibadah puasa dengan sabar dan ikhlas.

    BalasPadam
  5. salam Amie...atie dtggggg nk temankn Amie minum jus tembikai susu tu.Ada lg tak?ramai yg dah singgah nih :D
    Klu bulan puasa br rajen beli tembikai susu....klu idak,xdernya..

    BalasPadam
  6. sedapnya jus tembikai susu tu...dengan cuaca yang panas skg ni...sesuai sgt nak buat bashkan tekak...

    BalasPadam
  7. Salam rindu kak Amie... alahai sedap dan segar jus tembikai susu ala Kak Amie nih... sedap2 dan special sumer air tangan kak Amie... suka sgt... resepi daging sekilo bawang sekilo tu pun unik sgt...cmane rasa dia ye... smoothies kak Ami terbaek lah... mcm2 smoothies ngn fruit juice kak Amie dah buat...suka3x...

    BalasPadam
  8. Lemak manis... alahai belum apa2 teringat bulan Ramadhan yang hampir tiba...

    BalasPadam
  9. Quinnie,
    waalaikumussalam.... kakak jarang pergi pasar malam (opppsss...di sini tak ada pasar malam macam di tempat kita)...

    Kasih,
    alhamdulillah...jemput minum sama Kasih.

    Ayah Temuk,
    Agaknya memang hati dan tangan Amie ni tak senang duduk diam kalau nampak buah, ada sajalah yang nak diolahnya walaupun simpel saja, tapi nak kongsi juga dengan kawan-kawan he he heh...
    Selamat menyambut Ramadhan juga Ayah, insya-Allah mudah-mudahan ibadah sepanjang bulan ini terisi dengan segala kesabaran dan keikhlasan.

    BalasPadam
  10. Atie,
    terima kasih Atie kerana sudi temankan Amie minum!
    Si bongsu suka sangat makan tembikai susu, kelmarin beli lagi 3 biji, habis sebiji dia makan seorang saja!

    Ummiakid,
    alhamdulillah... buatan sendiri tentu lebih terjamin kebersihannya ye Ummiakid.

    FnF Simple,
    rindumu sudah kakak sambut terus masuk dalam tupperware kedap udara supaya tak lari lagi ha ha hahh...
    memang ini jus tembikai susu ala kak Amie gitu he he hh
    Rasa daging sekilo bawang sekilo? Rasa manis bawang besarnya, tapi secukup rasa dengan garamnya dan kakak bubuh sedikit asam jawa.

    Kamariah,
    alhamdulillah... marilah kita sama-sama membuat persediaan untuk menyambut Ramadhan yang mulia ini.

    BalasPadam
  11. salam k. amie...
    walaupun cuma dpt segelas...tapi kenyang sampai hari isnin minggu depan tau....hahahaha..
    akak sihat..?

    BalasPadam
  12. Ucu,
    sampai juga ye dia hari ni... Kak Amie sihat, cuma hari ni cuti peristiwa.

    BalasPadam
  13. Best datang sini,byk resepi minuman enak2 yang Amie sudi berkongsi bersama.Dah masuk list utk bulan puasa yang bakal menjelang.

    BalasPadam
  14. Cm boleh tolong temankan..minta 2 gelas hehe

    BalasPadam
  15. Sedapnya kak di tgh hr jmaat ni merasa jus tembikai akk, terasa segar hah....macihhhh kak hihihihi

    BalasPadam
  16. mesti sedap! first time tengok ada letak limau nipis. ;)

    BalasPadam
  17. assalam amie...
    masih ada tak lagi jus tembikai susu tu ye.. pasti dah habis dek tetamu yang terlebih dulu bertandang ke rumah amie ni... kalau mcm tu.. kita ngecek sepiring daging sekilo bwg sekilo kat bawah tu ye... nak rasa dulu... dulu kata nak buat tp tak sempat juga nak dicuba... terliur pula dibuatnya..heee

    BalasPadam
  18. kak amie cayang!! buah tembikai susu memang kite suke...masa berkursus kt hotel tu mmg berhabis kite makan buah. nak beli sendiri takot tak habis sebijik

    BalasPadam
  19. Salam puan,

    Tembikai susu campur madu tidak memabukkan ke? Sebab ada dengar kalau tembikai cina campur madu tak boleh. Tembikai susu tak tahu pula.

    TQ

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe