Sup Campur Daun Kemangi

4:01 PTG

Salam ceria buat teman-teman yang terus sudi berkunjung ke Amie's Little Kitchen, juga terima kasih buat rakan-rakan pengikut Amie yang baru, bertambah seorang demi seorang dari hari ke hari. Kehadiran anda amat Amie hargai, dan sebenarnya menambahkan lagi motivasi diri Amie untuk terus berkongsi memeriahkan dunia masakan tanahair kita yang pelbagai, luas bak lautan tak bertepi! 
Malam tadi Amie mendapat teguran daripada Encik Suami, katanya wajah Amie kelihatan pucat! Sebenarnya Amie letih... tapi keletihan itulah yang menyebabkan Amie bertambah rasa segar pada hari ini kerana malam tadi tidur lena, walaupun menjelang pukul 4 pagi kaki Amie kejang! Sebab apa? Sebab seharian berdiri dari seawal pukul 6.30 pagi menyambut kedatangan murid di pintu pagar sekolah, dalam kelas pun berdiri sepanjang waktu, dua belah kaki ini juga yang dibawa meronda kawasan sekitar dari hujung pagar melewati semua bangunan sekolah, ke kantin hinggalah  ke tandas murid. Dan, kebetulan Amie menerima jemputan untuk memberi ceramah teknik menjawab SPM di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu pada sebelah petangnya, berdiri lagi selama 3 jam, tidak sempat sesaat pun untuk duduk! Beberapa hari sebelum itu, Amie juga memberi ceramah yang sama di SMK Sepagaya, Lahad Datu. Mana ada penceramah bercakap sambil duduk, betul tak? Kesian kaki... kalaulah kaki Amie boleh bersuara, barangkali dia merayu kepada Amie.... berehatlah sebentar!!!! Bila cerita tentang kaki, tiba-tiba teringin makan sup kaki ayam! Kelmarin Encik Suami minta Amie masak sedikit juadah untuk di bawa ke kampung pada malam ini, jadi Amie berkira-kira untuk masak ayam. Ada pula kaki dan hati ayam. Amie buat sup campur pelbagai bahan seperti di bawah ini.


Amie memang cukup berselera kalau menghirup sup yang dicampur daun kemangi. Aromanya mampu membangkitkan selera dan memang turut menyegarkan tubuh! Apa tidaknya, dengan tambahan lada putih tentulah berpeluh-peluh jadinya kalau hirup sup panas!


Resepi : Sup Campur Daun Kemangi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 pasang kaki ayam - potong ikut citarasa
4 ketul hati ayam - potong ikut citarasa
3 batang kacang panjang - patah-patahkan
1 batang lobak putih - potong serong
5 biji anak jagung - belah 2 dan potong 2
2cm halia - hiris halus
4 biji bawang putih - pecahkan
1 sudu serbuk pati ayam Tumix
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
800ml air
bawang goreng
3 tangkai daun kemangi

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kaki dan hati ayam. Tambahkan bawang putih dan halia, serta lobak putih.
2. Biarkan sehingga kaki ayam empuk.
3. Masukkan lada putih, kacang panjang dan anak jagung.
4. Perasakan dengan serbuk pati ayam Tumix.
5. Masukkan daun kemangi dan tutup api setelah daun berubah warna.
6. Hidangkan bersama taburan bawang goreng.

Sup Campur Daun Kemangi sudah habis dihirup, tapi ayam yang akan dibawa ke kampung belum Amie masak lagi!

11 comments

  1. Aduhhhhh...baca ntry kak amie, dah boleh bayangkan mcm mana....kesian kat kaki tu...kaki saya pun selalu kejang trutama kalau bnyak berjalan...nak buat mcm mana kan kak...dah kerja ckgu....
    Apa pun jaga kesihatan ya.....

    Opsssss....lupa pulak...sup tu...menggoda kalbuku.....Nak tumpang semangkuk....

    BalasPadam
  2. sedapnya akak buat sup...dugaan pose ni tgk gambo2 mknn :)

    BalasPadam
  3. Alahai kesiannya kaki...tapi gitulah cikgu kan, ummi masa mengajar dulu selalu jugak lenguh2 bahagian pinggang hingga ke kaki.
    Amie, dulu2 masa muda ummi kurus sangat,35-38kg, ada petua suruh makan sup kaki ayam selalu, cubalah juga, tak juga bertambah berat badan.Sekarang tak payah ikut petua apa2, asyik nak naik je berat badan, hehe..

    BalasPadam
  4. as-salam kak Amies
    waahh3..sodap tu kak Amies Sup Campur Daun Kemangi tu..mkn panas2, letak cili kicap..aduhh!! sedap betul!!

    BalasPadam
  5. assalam kak amie..baru perasan, kalau kita menyampaikan ceramah, memang kita akan berdiri. sebab tu nani selalu selitkan video untuk budak2 tengok. jadi, masa tu jela boleh rehat kejap.

    BalasPadam
  6. eh! lupa pulak nak komen pasal sup tu. nani pernah bau daun kemangi tu. pernah makan sambal sanggar peppek yang dibubuh daun tu. tapi dalam sup tak pernah letak pulak.

    BalasPadam
  7. Wah..kesian kakak gue ni...penat ya kak..apa2 pun sabar jak la..sudah tanggung jawab kan...

    Sup kaki ayam memang kesukaan gue...kebetulan di rumah ni ada kaki ayam terperap dlm esbok..plan nak masak sup berherba...perghh mantap..

    BalasPadam
  8. kalau saya beli ayam,kaki @kepala@tongkengnyalah yg saya buang dulu.....nk msk pun x de sapa nk mkn...

    BalasPadam
  9. salam kak amie,sy pgikut kak amie yg lama..he heee..kesian kak amie kan..x per la..nnt zila tlg urutkan kaki tue..sedap nya mkn kaki ayam..mesti wangi buh daun tu kan kak..mablesss:P

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe