Agar-Agar Santan

6:24 PTG

Hari ini seharian kami berada di padang tetapi waktu tengahari sebahagian besar daripada kami pulang. Ada yang menuju ke sekolah, menyiapkan tugasan sekolah dan menunaikan solat, dan ada yang mengambil kesempatan untuk pulang sebentar ke rumah untuk membersihkan diri. Menjelang pukul 2.30 acara padang diteruskan sehingga pukul 4.30 petang. Namun begitu, ketika Amie pulang petang tadi kerana mengambil bujang sulung dari mengikuti Bengkel Cemerlang SPM Mata Pelajaran Kimia, masih ada guru-guru dan pelajar berada di astaka untuk persiapan akhir sempena kemuncak hari sukan pada esok pagi.


Tengahari tadi Amie menghantar anak bujang kedua pulang ke rumah. Sementara menunggu pukul 2.30 petang untuk kembali ke padang, Amie sempat memasak agar-agar. Selepas menuangkan agar-agar dalam acuan, Amie membersihkan diri, solat Zohor dan bergegas semula ke padang. Petang tadi, sesampainya di rumah, Agar-Agar Santan sudah sedia menanti Amie untuk dikeluarkan dari acuan dan seterusnya diambil gambar dalam cahaya suram waktu petang!


Sebenarnya agak lama juga Amie tidak buat agar-agar kegemaran Amie ini. Mungkin disebabkan berjemur di bawah panas terik di padang, menyebabkan keinginan untuk makan aga-agar dingin tiba-tiba mengganggu Amie! Resepi yang Amie gunakan pun bukan diambil dari mana-mana, kerana resepi ini resepi yang diguna pakai dari dulu. Cuma, Amie gunakan gula melaka sedangkan biasanya untuk kelihatan cantik Amie gunakan gula merah! Amie buat dua adunan untuk menghasilkan agar-agar santan menggunakan gula melaka dan satu adunan lagi agar-agar santan berwarna hijau.

Resepi: Agar-Agar Santan (Gula Melaka)
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 gram agar-agar
1 cawan gula melaka - parut (ikut citarasa untuk rasa manis)
150ml santan pekat
1 biji telur gred B
600ml air
secubit garam

Cara:
1. Didihkan agar-agar di dalam periuk bersama 600ml air.
2. Masukkan gula melaka dan secubit garam.
3. Kacau hingga agar-agar dan gula melaka menjadi larut.
4. Pecahkan sebiji telur ke dalam santan dan kacau sebati.
5. Masukkan santan bertelur tadi ke dalam periuk.
6. Kacau sebentar dan tutup api.
7. Tapis adunan agar-agar dan tuangkan ke dalam acuan yang dikehendaki.
8. Biarkan agar-agar menjadi sejuk dan beku.
9. Untuk rasa lebih enak ketika dinikmati, simpan agar-agar di dalam peti sejuk.



Resepi : Agar-Agar Santan (Hijau)
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 gram agar-agar
3/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan - siat dan simpul
setitik pewarna hijau
secubit garam
1 biji telur gred B
150ml santan pekat

 Cara:
1. Didihkan agar-agar di dalam periuk bersama 600ml air.
2. Masukkan daun pandan, pewarna hijau,  gula pasir dan secubit garam.
3. Kacau hingga agar-agar dan gula pasir menjadi larut.
4. Pecahkan sebiji telur ke dalam santan dan kacau sebati.
5. Masukkan santan bertelur tadi ke dalam periuk.
6. Kacau sebentar dan tutup api.
7. Tapis adunan agar-agar dan tuangkan ke dalam acuan yang dikehendaki.
8. Biarkan agar-agar menjadi sejuk dan beku.
9. Untuk rasa lebih enak ketika dinikmati, simpan agar-agar di dalam peti sejuk.


Hari ini Amie's Little Kitchen kurang berasap! Nampaknya tiada hidangan berat disediakan sebab seisi keluarga makan nasi bungkus berbungkus-bungkus dari pagi sampai ke petang! Kita cuci mulut sajalah dengan Agar-Agar Santan ye....

29 comments

  1. Sedanya agar2 santan ni...yang ijo tu buat Rahel kan..hehe..

    BalasPadam
  2. Sedapnya, segar nampak, sejuk tekak, admire dear pandai masak, pandai ambik gambar mcm painting..cantik

    BalasPadam
  3. lama x makan dan buat agar2 santan ni, sama gak cam k.amie he he
    terliur tgknya

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Amie.. aduhai Kak Amie ni pasti pantas dan cekap di dapur.. sempat je buat agar agar santan.. rajin la Kak Amie ni ada je menu terhidang.. Syabas!! agar agar nampak yummiehhh.. hmm bila Ani nak wat ni.. ?

    BalasPadam
  5. salam Mie
    rajin nya cikgu sorang ni kan macam2 benda dia masak akak sorang ni je belum rajin hee kalau dpt sebijik yg amie masak mmg terlentok ni rasanya kan

    BalasPadam
  6. Rahel,
    udah gue pos ke rumah lu di Hidangan Sedap sana.

    BabyPose,
    terima kasih Baby... he he heh sebenarnya masih dalam proses belajar ni...

    Mama Sara Nur,
    Kak Amie pun nak buat berkira-kira lagi nak cari masa... akhirnya buat juga, jadi juga...

    BalasPadam
  7. Kasih,
    Amie kalau jumpa agar-agar santan memang tak pandai berhenti makan kasih, nak pula yang sejuk!

    Azie,
    memang ramai yang suka ye Azie, senang buat, rasanya pun sedap!

    Choco Ani,
    waalaikumussalam,
    he he hehh biasalah Ani... adakanlanya dapurku laksana kapal karam ha ha hahh

    Kak Noor,
    bila berada di dapur, hilang segala tekanan di tempat kerja Kak Noor!

    BalasPadam
  8. sedapnya kak...bila tgk agar2 santan ni teringat plak kat mama sy, dia suka buat agar2 santan rasa milo.

    BalasPadam
  9. akk amie..sempat jgk cilok kejap tue wt agar2..he hehe cayalah kak..mmg best akk amie nie:)

    BalasPadam
  10. cantiknya agar2..ni kalau makan bulan puasa memang sedap je..:)

    BalasPadam
  11. first time buat agar ni masa tg 2 kelas SRT dulu. sedap!

    BalasPadam
  12. agar2 yg paling senang dan sedap...
    ai selalu buat guna gula merah compare guna pandan tue...but both mmg oishiiiiii

    BalasPadam
  13. Irresistible dessert dear...all time fav ni! :)

    BalasPadam
  14. salam Amie..kat umah atie ni klu masak agar2 bersantan lapis camni mmg xlaku..nape entah.
    Klu buat pon,atie sorangggg jer yg mkn.Klu buat agar2 kosong...baru 'laku'.

    Bungkusan lom sampai ke?Dah semggu..atie guna poslaju tuk htr ke sabah.Risau gak ni....

    BalasPadam
  15. agar-agar memang sedap..
    kak, 10g agar2 tu guna agar2 serbuk ke?
    kalau serbuk bolehla nak cuba jugak..

    BalasPadam
  16. KAK AMI!!.....BANYAK2 AGAR2, AGAR NI SY PALING SUKA..MABELES LAH!!

    NK CUBALAH..;)

    BalasPadam
  17. Rajinnya...sejuk nyaman menelan agar2 santan ni kan ...
    Tq Amie..sudi singgah lagi ke blog akak...baru sempat nak menyinggah ke sini...hope Amie sekeluarga sihat...akak..alhamduliullah..sihattt...:)

    BalasPadam
  18. agar2 kegemaran, paling senang utk hidangan bila ada tetamu kan. :D

    BalasPadam
  19. Mas Sani,
    agar-agar santan rasa milo pun sedap!

    Zila,
    teringin makan punya pasal ni Zila ha ha hahh.

    Quinnie,
    betul tu Q, pemanis mulut di bulan puasa.

    BalasPadam
  20. WhiteCappuccino,
    ohh... masuk kelas SRT ye..

    Myda,
    memang kegemaran ramai!

    Lady Ayu,
    memang senang nak buatnya, sekejap je, dh sejuk boleh makan.

    BalasPadam
  21. Love@Cook,
    betul tu...,evergreen gitu, sepanjang masa...

    Atie,
    tak semua orang boleh terima semua jenis makanan, biasalah tu kan...
    Di sini, pos laju ke, biasa ke... sama saja Atie, lambat... jangan risau ye Atie.

    Kamalia,
    bukan agar-agar serbuk, ni agar-agar apa ye... yang panjang-panjang rupa tali rafia tu he he heh

    BalasPadam
  22. Nens,
    memang sedap agar-agar ni, mudah dan cepat!

    Cik Cek,
    Amie sekeluarga sihat...terima kasih Cik Cek, sudi singgah sini.

    Asmara,
    kalau buat rumah terbuka pun, inilah menu paling simple boleh disediakan lebih awal, simpan dalam peti sejuk, tetamu datang boleh hidang.

    Rohah,
    angger kepingin yo wes endang digawe... ojo sampek ngiler yo

    BalasPadam
  23. Assalam Amie.. menarek ni.. saya mohon amik resepi dulu yer.. nk cuba gak.. :)

    BalasPadam
  24. sedapnyer.... suami imah tringin nk mkn agar2 santan nyh.. hehe.. mohon share resepi ye kak.. ;-)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe