Papaya Passion Smoothies
8:16 PGSetelah beberapa kali menyediakan smoothie mengikut panduan Culinary Notebooks - Smoothies & Juices oleh Carla Bardi, Amie dapati sebenarnya rasa betik tidak kurang lazatnya berbanding buah-buahan yang lain. Menyedari hal ini, Amie lebih suka mempelbagaikan penggunaan betik, kerana selain harganya yang jauh lebih murah berbanding buah-buahan tropika lain, dan juga buah-buahan import, betik memang tidak kalah dalam membekalkan pelbagai zat dan khasiat. Pendek kata dari akar sampai ke pucuk betik mengandungi pelbagai rahsia untuk kesihatan. Namun begitu, Amie hanya kongsikan khasiat buah betik sahaja. Selain memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit, buah betik juga dikatakan boleh merawat jerawat dan kedutan dengan cara menghancurkan buah tersebut dan menampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. Dan yang paling ingin Amie kongsi bersama tentulah ..... khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan di samping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda! Benarkah begitu? Boleh klik DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Amie hanya gunakan betik sahaja tanpa campuran passion fruit atau buah markisa. Ada pokok markisa di tepi rumah tapi tak pernah berbuah! Resepi ini Amie tulis untuk perkongsian sahaja, kalau ada buah markisa Amie akan cuba buat juga tetapi dengan menggunakan buah betik pun sudah cukup mewah dengan segala khasiatnya!
Resepi: Papaya Passion Smoothies
Sumber : Culinary Notebooks - Smoothies & Juices by Carla Bardi
Ingredients:
2 papaya peeled, seeded, and chopped
pulp from 3 passion fruitr + 1-2 tablespoon extra to garnish
2 cups (500ml) milk
1/2 cup (90ml) sweetened condensed milk
1 cup (250ml) vanilla yogurt
1 cup (250ml) crushed ice
Method:
1. Place four tall glasses in the freezer to chill.
2.Combine the papayas, passion fruit, milk, sweetened condensed milk, yogurt and crushed ice in a blender and blend until smooth.
3. Pour into the chillied glasses, garnish with the extra passion fruit pulp, and serve.
Syukur Alhamdulillah... negara kita kaya dan makmur dengan pelbagai hasil buah-buahan. Marilah kita manfaatkan kemakmuran ini untuk kesejahteraan bersama.
16 comments
Assallamualaikum Amie..
BalasPadamWahh..smootie.. Betik lak tu.. ermmm sedap diminum pada waktu panas2 ni..hehehee
smoothies memang susuai untuk musim panas skrng ni...last week baru buat carrot smoothies ...but x leh minum yg terlalu sejuk tekak x brpa nak ok lagik la kaka
BalasPadambuah2 an tempatan pon setanding ngn smoothies buah oberC...nyum2..sedapnyer...
BalasPadampelawas terbaik ni!
Salam Amie..klu atie makan gitu jer betik masak ni.
BalasPadamRajinnya Amie buat smoothies...warnanya cantik!
Menu kat n3 bawah tu mmg memikat selera,nambah2 nasik gitu!
salam wbt kak amie..
BalasPadamsedapnya betik ni,warna dia puncantik ja..
kak, bagi saya betik sebijik,kat sini mahal sanagt la kak..huhu
waduhai...makmurmya tekak kalau dapat meneguk segelas passion smoothies tu..kalau ngantuk jadi segerr bugerr kak..
BalasPadamSaya suka betik, walau hanya makan begitu saja.
BalasPadamSedapnya tengok smoothie masa tengahari ni, sejuk je tekak rasa, ummi pula memang suka betik Amie..
BalasPadamSalam Amie.sedapnya smootie betik...dlm cuaca panas skrg...dpt minum segelas nyamannnya....
BalasPadamsedap tgh lauk lunch Amie kat bawah tu....udang..ikan..sayur labu... menyelerakan sekali...
Naz,
BalasPadamwaalaikumussalam... segar dan menyihatkan!
Lady Ayu,
kesiannya dia! Sabar ajelah Ayu cayanggg...
Nens,
Memang pelawas terbaik! Murah dan berkhasiat he he hehh
Atie,
BalasPadamdulu (masa pregnant anak sulung) Amie selalu order smoothie betik dari seorang kawan, teringin pulak nak buat he he hehh....
Kamalia,
kesiannya dik... betiklah buah paling murah di negara kita ye, mahal pulak di sana harganya!
Rohah,
haaa... memang kalau ngantuk jadi segar bugar sebab betik ni bagi kejutan kat perut ha ha hah
Hazila,
BalasPadamsedap makan betik, Amie pun suka terutama betik kawin ... manisnya lain.
Ummiross,
buat smoothie lagi Ummi...
Mamasya,
memang bagus smoothie betik... sebelum makan kat bawah tu, elok makan smoothie betik dulu barang segelas, jadi... ratah lauk aje, tak risau nak tambah nasi sebab dah kenyang makan smoothie he he heh
Segernya smoothienya,melly pun hari ini makan papaya tapi makan buah nya aja..hehe
BalasPadamwah! tak pernah try lagi jus betik. sebelum ni dah pernah buat cekodok betik. pasni leh minum jus betik lak.
BalasPadamassalam..ehem sedapnya..
BalasPadamMelly,
BalasPadammemang menyegarkan! ahhh....
Nani,
ooo cekodok betik ye Nani... tentu manis rasa cekodoknya tu.
Mama Aini,
waalaikumussalam... sedap!