Jumaat, 27 April 2012

Yong Tau Foo

Salam petang Jumaat. Aduh! Dinginnya petang ini, terasa menyucuk sampai ke tulang sum-sum! Hari hampir menjelang senja, tapi hujan masih turun dengan lebatnya. Kami berkurung di dapur menikmati Yong Tau Foo. Minta maaflah wahai teman-teman tersayang kerana resepi Yong Tau Foo yang Amie sediakan terutama kuahnya tidak seperti yang anda sangkakan! Sebenarnya, kuah Yong Tau Foo ini ada kisahnya yang tersendiri. Mengikut sejarah masa lalu Amie ketika sampai ke Lahad Datu, memang tidak ada hidangan Yong Tau Foo disediakan di mana-mana. Pada tahun 1995, sempena ulang tahun anak sulung Amie yang pertama, kami mengadakan majlis doa selamat untuk meraikannya. Salah satu hidangan yang Amie sediakan ialah Yong  Tau Foo. Oleh kerana waktu itu kudrat masih kuat, dan nilai kerajinan masih tinggi, selain bahan-bahan sedia ada seperti bebola ikan dan sebagainya, Amie sediakan pelbagai bahan segar lain termasuk udang,  daging ayam, sotong dan segala macam keranga-kerangan laut! Dengan penuh keberanian Amie pun mereka cipta kuah Yong Tau Foo kerana sangkaan Amie keluarga sebelah suami bukannya biasa makan Yong Tau Foo, jadi tentulah kalau suka mereka akan makan dan kalau tak suka makan, boleh makan makanan yang lain. Tak terfikir pula Amie bahawa rakan-rakan sekerja yang Amie panggil merupakan rakan-rakan dari semenanjung dan sudah biasa makan Yong Tau Foo!  Mereka minta pula resepi kuah Yong Tau Foo! Masya-Allah... baru Amie tersedar Amie buat kuah ikut kepala sendiri, dan bukannya ada resepi sebenar. Oleh kerana rakan-rakan mendesak sangat sebab mereka pun teringin buat sendiri di rumah, jadi Amie pun dengan rasa takut-takut (takut salah resepi!) beri jugalah resepi tersebut! Kalau kawan-kawan baca resepi kuah Yong Tau Foo di bawah nanti, janganlah rasa pelik dengan bahan-bahan yang Amie gunakan ye... maklumlah, kalau teringin sangat nak makan tapi benda tak ada, keluarlah segala kreativiti untuk memasaknya! Sekarang ini, tak perlulah tunggu balik kampung untuk beli Yong Tau Foo di pasar malam.  Kalau teringin makan, bolehlah Amie buat sendiri dengan kuahnya yang ringkas itu. Sekarang memang ada Yong Tau Foo dijual di Lahad Datu, tetapi Amie jarang membelinya kerana sudah rasa sedap dengan Yong Tau Foo  hasil air tangan sendiri dengan kuahnya yang direkacipta 17  tahun lalu!


Resepi : Yong Tau Foo
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan A - untuk 5 orang:
10 biji white fish ball
10 biji lobster flavoured ball
10 biji crab meat squid ball
10 biji scallop shape seafood tofu
10 ketul golden seafood nugget
10 biji wantan ikan
10 tangkai kangkung

Bahan B - untuk kuah:
1 cawan kicap cair lemak manis - Cap Kipas Udang / Habhals
1 cawan sos tomato - Cap Kipas Udang / Habhals 
1.5cm belacan - tumbuk
7 biji cili padi - tumbuk
1/2 cawan air bancuhan tepung jagung - jika suka

Bahan sampingan:
1 cawan kacang tanah - digoreng dan tumbuk
bawang goreng
daun bawang
sambal : kisar 3 biji cili merah + 3 biji bawang putih + 1 labu bawang besar + gula + garam + jus limau kasturi

Cara:
1. Celur kesemua Bahan A. Potong ikut saiz yang dikehendaki.
2. Panaskan kesemua Bahan B di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Susun Bahan A ke dalam sebuah bekas. Tuangkan kuah dari Bahan B di atasnya.
4. Taburkan kacang tanah tumbuk, bawang goreng,  dan daun bawang.
5. Tambahkan sambal di dalam hidangan.
6. Sedia untuk dinikmati.


Mudah bukan? Sesungguhnya jika anda gunakan sos kicap dan sos tomato Cap Kipas Udang, anda tidak perlu menambah sebarang bahan perasa lain! Semuanya sudah cukup rasa! Kalau tidak suka belacan, boleh gantikan dengan petis atau otak udang! Jika tidak suka pedas, tak perlu bubuh cili padi!


Jika sukakan bijan, sangankan bijan seketika tetapi jika tidak suka, tidak perlu bubuh. Oleh kerana banyak pilihan bahan untuk Yong Tau Foo, carilah  jenis yang disukai! Anda berani mencubanya? Cubalah.... tapi dengan syarat, gunakan sos jenama Cap Kipas Udang!

29 ulasan:

Nuwairani Ismail berkata...

ini resepi kuah yong taufu paling simple pernah nani jumpa. selalu kalau nani buat punyalah.....siap kene blend kepala udang, masak dulu petisnya. kali ni main taruk je belacan. habis cerita! nampak sedap tu!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Sedap tu...lagi best buat sendirikan amie?

Chik Mimi berkata...

Kak amie saya baru je try makan ni,anak2 pelik sbb kuahnya itam heheh sbb maknya pun jakun tak pernah makan

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

SAlam Kak Amie... waduhh ni memang terbaik ni.. ciptaan yang kalau di jadikan francais aje memang meleTOP! hehheee...


wahh sedap kak sedap! ada jual di sini.. tapi rasanya kak Amie punya resipe lebih best.. tak caya sudah hehee.. sedap!

Qasey Honey berkata...

wah bestnya...suka resepi ni...lps ni bleh la buat sendiri...QH amik resepi ni yer....sedapppp...

Anna Qawina berkata...

Aslmkm..rajinnya buat menu ni, kita beli terusla senang..hehe..

Amie berkata...

Nani,
Memang sangat simple, bidan terjun pun boleh buat... ha ha hahhh tak payah susah payah kumpul banyak bahan! Betul Nani... habis cerita...

Puan Ros,
Kalau buat sendiri, kita boleh tentukan bahan yang kita sukai.

Chik Mimi,
oh... kuahnya boleh dikurangkan warna hitam kepada coklat tua atau coklat muda... he he hehhh

Amie berkata...

Shahriah,
Ha ha hahh betul tu Sha... tak caya sudah! Ini menu orang terdesak... apa pun boleh jadi!

Qasey Honey,
Boleh buat QH... pastikan kalau ikut resepi Kak Amie, kena guna sos Cap Kipas Udang ye! Jenama lain kak Amie tak jamin dapat rasa yang seenak kuah kakak ye!

Anna,
kalau di tempat sendiri memang senang beli, tapi di sini jarang ada, jadi dah teringin, kenalah buat sendiri he he hehhh

ibundo berkata...

Salam mie. Sejuk? Bundo kat sini berpeluh-peluh dari pagi sampai kepetang. Panasss sesangat.
Terima kasih amie sebab bagi menu yang senang yang amat ni.

whitecappuccino berkata...

bleh try bila2 nanti. tentu sedap!

ijayuji berkata...

Salam kak amie! semalam kita pun buat yong tau foo :D cepat n sedap, tgk kak amie punyer yong tau foo ni terasa mcm nak buat lagi ehehehe..

Amie berkata...

Ibundo,
Memang senang yang amat sangat! Gerentai jadi punya...

White Cappucino,
boleh cuba... semua bahan ready made, hanya celur, panaskan, hidang. Yong Tau Foo siap!

Ika,
Ini resepi lipas kudung punya Ika he he heh.

ummiross berkata...

Amie,waa simple je kuah Yong Tau Fu ni,bolehlah ummi cuba, simple yang sedap ni Amie, sampai meleleh air liur ummi tengok YTF dengan kuahnya yang mengancam tu

Nora Shahaira berkata...

waaa....ye la kak amie..teramat simple rasanya...mendatangkan idea nak makan yong tau foo dengan kuah buatan sendiri ini..nampak sedap pun...

Nieza berkata...

Assalam kak Amie, sedapnya tgk yong tau foo akak ni.lama dah saya tak buat.memula buat masa sampai Finland dulu juga sebab kes tak ada jual kat sini semua jadi teringin jer nk mkn kalau ada jual mcm kat Msia tu tak la rasa nak mkn sgt..hehe

norlieharumaini berkata...

peberet ni.. selalu beli je kat pasar malam..

Uncle Lee berkata...

Hello Amie, wow! I love your this yong tau fu. Looks really fantastic. I think ini masuk mulut lupa nama mak, ha ha.
Can see you ada black belt in cooking. And I love your presentation. Macham lima bintang hotel.
Very beautiful display.

Have a fun weekend, keep a song in your heart.
Lee.

Sheila Shafeareen berkata...

salam kak gemm li lah fv YTF...kalau g pasar mlm mmg sah beli...dah ada resepi ni lah lah try buat

hazila berkata...

Saya dan suami suka maka yong tau fu. Sekarang tengah giler makan steamboat. 2 hari lepas my husband beli steamboat & tepanyaki grill pan.

Yana Shaiful berkata...

nnt nk cuba lah..simple jer kuahnya.. nyumnyumm..sedapnyaa :-)

Wani berkata...

salam kak amie .. ya ALlah // dah lama dah wani tak makan yong tau fu ni// meh hantar sepiring kat cni hihi//

FnF Simple Life berkata...

salam kenal...fuh...sedapnya yong tau fu... teringin sudaaa

tun_telani berkata...

kak amie! hebat kuah versi kak amie nih. tun pernah buat yg masak letak cili kering tu. len kali nk try versi ni pulak.

Amie berkata...

Ummiross,
memang senang buat yang simpel begini, cepat siap, cepat pula dimakan!

Nora,
kadang-kadang yang simple itulah yang sedap! he he hehh

Nieza,
dulu kalau nak makan beli saja di pasar malam, tapi dah duduk jauh dari kawasan YTF, kenalah buat sendiri.

Amie berkata...

Norlie,
kalau balik kampung memang beli je di pasar malam.

Uncle Lee,
jemput makan uncle!

Sheila,
sekarang ni banyak bahan YTF boleh dibeli, buat kuahnya saja, stye kami ni senang saja Sheila.

Amie berkata...

Hazila,
makan steamboat pun selalunya Amie buat kuah yang sama he he heh

Yana,
silakan Yana, tak sampai berapa minit pun nak buatnya. Senang sangat.

Wani,
mari Wani.. jempiut makan YTF di sini.

Amie berkata...

FnF Simple,
salam kenal juga... terima kasih sudi datang dapur kami.

Tun Telani,
he he hehh ikut kreativiti masing-masing Tun, asalkan boleh diterima tekak...

Melly Octaviana berkata...

Sore Kak Amie.. cocok banget nih kaksekarang pun hujan kuat di sini.. sedap betul yong tau foo nya,. beda sama yg selalu melly makan..slurrp

FARAH deeb berkata...

Wahhh kuah buatan sendiri. Maseh for sharing! Yummy!
My latest Entry :)
The Beginning of the new