ADSENSE

Selasa, 26 Februari 2013

Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum.
Tak sabar nak sambung makan Kek Kukus Asam Manis yang sangat sedap ni! Tengahari tadi sempat jalan-jalan ke dapur Yatie Memories - Sinar Kehidupanku dan menjamu mata pula dengan Kek Kukus Asam Manis yang dipanjangkan dari dapur Ita Masam Manis. Seingat Amie, semua bahan yang tersenarai dalam resepi tersebut ada di dapur kecuali telur! Jadi selepas tamat mesyuarat kewangan petang tadi, Amie terus pecut pulang dan singgah membeli telur di kedai. Seperti biasa, sambil masak nasi, sambil masak lauk, sambil-sambil menggodek tepung!



Oleh kerana masa mengukus diambil selama 1 jam, jadi sempatlah Amie mandi dan menunaikan solat Asar dan kemudian turun semula ke dapur. Oh! Alangkah seronoknya bila Amie buka kepingan aluminium foil dan mendapati Kek Kukus Asam Manis kelihatan sempurna!


Petang yang sudah remang-remang menuju ke senja...., sinaran matahari yang sudah hampir menghilangkan diri sempat menjadi penyuluh Kek Kukus Asam Manis dari celah jendela dapur.  Biasalah kalau nak ambil gambar terpaksa mencari cahaya semula jadi. Apa pun, nampaklah juga kek kukus yang gebu dan lembut!


Kek ini memang sesuai dimakan bila-bila masa. Rasanya yang sudah tentunya sedap, bertambahlah lazatnya dengan kegebuan, dan kelembutannya serta rasa haw flakes yang masam manis itu! Tak rugi mencuba sebab bahan yang digunakan tidak sukar untuk disediakan, serta proses mengukusnya juga hanya memakan masa selama 1 jam sahaja. Minta izin ye Yatie supaya Amie boleh panjangkan resepinya di sini untuk teman-teman lain mencubanya. Resepi asalnya Ita Masam Manis ambil dari buku masakan Chef Zubaidah.

Bahan-Bahan
  • 325 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gram kepingan asam manis ~ dipotong halus

Cara- Caranya
  1. Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
  3. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
  4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
  5. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek masak dengan sempurna.
  6. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum dipotong dan dihidangkan. 
**Aluminium foil hendaklah disapukan mentega di permukaan yang hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Selamat Mencuba. 


Encik Suami sudah makan beberapa keping Kek Kukus Masam Manis di atas.... katanya: sedap! Kalau dah semua orang kata sedap... memang sedaplah kan.... he he ehheh

21 ulasan:

mawar merah berkata...

Salam amie, asam hawflake tu x yah potong2 ke..nmpk kecil2 mcm kena ramas.

Amie berkata...

Mawar Merah,
potong halus-halus... tak diramas nanti melekat-lekat.

mawar merah berkata...

Sory amie, semak balik td bru ternmpk..rangkai kata asam d potong halus. Mata dah kelabu..bru kul 8. Hihihi

Nooriah Abdullah berkata...

akak pun kata sedap sbb nampak pun dah tau dia gebus tu cemana nak rasa ni MIe???

Asyifa Mustaffa berkata...

Dah simpm resepi....nnti nak try buat.....:-)

Suzana Ibrahim berkata...

nak pinjam resepi juga ,nanti nak buat time cuti!

anymz berkata...

salam amie
semakin mengancam dan menarik resepi2 amie di sini..
tak terkejar akak di buatnya..hihi

mama sara nur berkata...

sedap tu makan kek baru masak, memang mabelee kan
asam manis feberet sy, suker dan sentiasa beli simpan bawa kemana2 he he nk lg lepas mkn nasi
nmpk gebus kek ni , blh try nanti

sabar dubai berkata...

Kak amie kite pnh cube mmg sedap dan gebu

faa.rosli berkata...

sedapnya..nampak comelss n gebuss

ummiross berkata...

Nampak tersangatlah sedapnya kek tu Amie,nak jugaaaa!!!

Amie berkata...

Kak Nooriah,
tunggu kat dermaga ye kak.. nanti Amie berenang atas ke sana he he ehhh.

Asyifa,
memang berbaloi-baloi kalau dah siap nanti Syifa... sedap!

Suzana,
silakan Suzana... tak rugi buat kek ni sebab memang sedap!

Amie berkata...

Kak Annymz,
waalaikumussalam... tengah ada mood ni kak... he he ehh.

Mama Sara Nur,
seronok bila dah siap dan menjadi!

Sabar Dubai,
haa... memang tak dapat disangkal lagi... tak ada yang kata tak sedap kan Sabar...

Amie berkata...

Faa,
memang gebussss... lembut...!

Ummiross,
silakan Ummi.. dah siap potong tuu...

Yana Shaiful berkata...

konfem sedap klu en.suami akak dh ckp cmtu hihii..smlm dh tgk kat umah k.yatie..pantas betul akak..insyaAllah nnt yana nk cuba jgk^^

Yatie berkata...

Assalamualaikum Amie,
aku teko arek njalok kekmu..ijek opo orak...enak temen ketok eehhh..he3..

may agumo berkata...

selamat pagi kak amie..
ni kalau dapat breakfast dgn sepotong kek kukus asam manis mesti marbeles kan..

Gee® berkata...

mengguda betol laaa...!!

Delima Zamrud berkata...

Bg sepotong leh tak Amie teringin nk rasa hehhehe :D..

mama berkata...

ehem cantik & gebu kek kukus amie tu..

Babyrenn Ayon berkata...

Hi Cikgu, wah saya pun x sabar2 mo try ni resepi :)