ADSENSE

Khamis, 12 Julai 2012

Daging Sekilo Bawang Sekilo

Yuhuuuuu.... esok kami cuti! Setelah 3 hari berhempas-pulas di padang untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Kali Ke-41 sekolah kami, akhirnya warga sekolah diberi cuti peristiwa selama satu hari! Tengahari tadi, guru dan murid masing-masing pulang dengan pelbagai kenangan manis, kerana turut sama memeriahkan suasana sukan tahunan sekolah! Paling melucukan tentulah bila memandang wajah sesama rakan yang gelap berkilat akibat pancaran matahari terik sepanjang waktu! Namun, kepuasan terpancar di wajah masing-masing kerana setiap warga mengambil bahagian dan menyumbang masa dan tenaga demi merealisasikan 1 Murid 1 Sukan! 

Letih? Memang letih tapi dapur kena jenguk juga! Petang ini Amie kongsikan resepi ulangan iaitu Daging Sekilo Bawang Sekilo. Bagaimana asal-usul resepi ini mendapat nama, bolehlah klik DI SINI dan DI SINI.


Menjelang senja barulah hidangan siap disajikan. Seperti biasa, bila suasana alam bertukar dari siang menuju malam, Amie ambil gambar di tepi jendela dapur untuk mendapat sedikit cahaya walaupun kelihatan suram. Amie lengkapkan hidangan Daging Sekilo Bawang Sekilo dengan nasi impit, timun dan potongan bawang besar. Di bawah inilah rupa sebenar Daging Sekilo Bawang Sekilo.


Sekali lagi Amie ucapkan ribuan terima kasih buat Imelda Shahriah Ishak kerana meninggalkan kami bersama resepi yang sungguh enak ini. Biarpun namanya begini... kami yang beri namanya, namun kelazatan ketika menikmatinya sentiasa mengembalikan nostalgia ketika kami bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya di daerah tempat tinggal Amie. Resepi ini merupakan resepi tinggalan nenek Imelda Shahriah (orang Melaka). Amie pernah tuliskan DI SINI. Khabar terakhir tentang Imelda... kini bertugas di salah sebuah sekolah menengah di Gombak. Rindu sangat dengan Imelda! Imelda yang Amie kenali merupakan seorang wanita yang sangat tabah, penyabar dan tenang dalam segala hal. Dulu, Imelda menjadi tukang masak resepi ini dan bawa hasilnya ke sekolah, sementara kami pula membawa nasi impit dan piring serta sudu! Oh...Imelda! Moga Imelda berbahagia bersama suami dan anak-anak tercinta! Jom semak resepi yang penuh kenangan ini.

Resepi: Bawang Sekilo Daging Sekilo
Sumber : Imelda Shahriah Ishak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula / perasa pilihan
minyak
1 sudu teh pati asam jawa - pilihan (kali ini Amie cuba tambahkan asam jawa)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

Biasanya Amie mengambil masa selama 2 jam untuk memasak Daging Sekilo Bawang Sekilo tidak termasuk waktu menyediakan bahan.



Alhamdulillah, Encik Suami dan anak-anak sempat menikmati hidangan ini sebelum ke kampung untuk menghadiri majlis tahlil malam ini. Sebenarnya, bagi Amie, bahagian yang paling sedap dalam resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo ini ialah pada kuahnya. Manis bawang besar telah menghasilkan kuah yang pekat dan manis. Sebelum ini Amie tidak tambah asam jawa, tetapi untuk hasil masakan kali ini Amie masukkan sedikit untuk mendapatkan keseimbangan rasa.


Jika dilihat dalam gambar di atas, warna merah itu ialah hirisan cili merah. Cili merah tidak perlu dikisar tetapi hanya dihiris. Begitu juga dengan bawang besar. Walaupun kuantitinya banyak iaitu 1 kg, tetapi hanya petlu dipotong atau dihiris kasar sahaja. Proses memasak selama 2 jam dengan api perlahan dapat menghancurkan kedua-dua bahan hirisan tadi. Kuantiti sebenar hasil Daging Sekilo Bawang Sekilo (daging dan bawang 1 kilo) setelah dimasak, boleh dilihat dalam mangkuk di atas. 


Orang kata, penggunaan bawang yang banyak boleh menyedapkan masakan. Namun begitu, terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menentukan kebenarannya. Setakat ini, kalau Amie pelawa kawan-kawan mencicipinya, belum pernah terdengar perkataan 'tidak sedap' atau 'tak berapa sedap' sebaliknya mereka akan menambah ke dalam pinggan masing-masing! Ada sesiapa yang berani mencuba resepi ini? Dipersilakan....

18 ulasan:

Melly Octaviana berkata...

Malam Kak Amie..wah seronok nya kalo hari Jumat cuti, cuti panjang tuh..kenapa pula sekolah anak anak tak libur esok..hehe
numpang makan yah kak, melly suka banget makan nasi impit apalagi di makan pake daging.. nyam..nyam
happy long weekend.. ;)

Mamasya berkata...

Salam Amie. nampak pekat masakan daging itu...mcm rendang...pasti sedap mkn dg nasi impit...pulut kuning.

CT Delima berkata...

As'salam Amie

Ada kawan mengajar di area Gombak ker? dah tak jauh dari kediaman ct tu. tapi nak tahu juga nama sekolah tu mana tahu ct tahu tempat tu kan :)

bula baca entri daging sekilo bawang sekilo..telan air liur gap hahaha. banyaknya engunaan bawang tu amie. tapi memnag betul dalam masakan jika banyak bawang memang bagus dan sedap ditambah lagi kalau bawang tu kita blend kasar lagilah sedap hehehe.

CT Delima berkata...

maaf Amie..ayat tunggang langgang..bila taip dia keluar lain pulak..adoiii tenet semput ni tu yang bila taip dia keluar lambat ajeee...

Acik Erna berkata...

assalam amie..acik dah ambik resepi..tapi belum ada kesempatsan nak membuatnya

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. berjaya jugak tun BW.. hihi... hebat betul sampai sekilo bawang ye.. tun xmakan daging, jd tumpang tengok je nih.

Bicara Kak Noor berkata...

sedapnya nampak tu Mie,banyaknya bawanggggg tak sanggup akak ngupas bukan ape sayang air mata ni heee apa2pun sedap lahhhhhhhhhhh kalau bawang banyak kan

Amie berkata...

Malam Melly,
ayok makan sama Mellyyy...

Mamasya,
pekat kuah kerana bawangnya Mamasya, memang macam rendang tanpa kerisik!

Ct Delima,
waalaikumussalam...
Itulah Ct, Amie hanya tahu dia di area Gombak tap[i tak tahu di mana sekolahnya, dah lama terpisah... sejak 2002!
Nanti lain kali mungkin buat cara kisar, agaknya lain kota rasanya berbanding hancur sendiri dalam masakan.

Amie berkata...

Acik Erna,
waalaikumussalam... ni Amie buat sebab tiba-tiba rasa boring pulak nak masak, masak begini sajalah he he heh

Tun Telani,
boleh... tengok aje ye...

Kak Noor,
tak keluar air mata Kak Noor... sebab guna bawang besar semua!

zila norazila berkata...

kak amie cyg..mcm nk raya kan..he hee macam rendang ..resepi best nie kak..nk share mkn sama la:)

shazrina berkata...

Assalamualaikum ..mak kite slalu masak daging sekilo bawang sekilo ni ..tapi kitorang panggil resepi tu sambal goreng :D ..

Zaliedana berkata...

Kak Amie,klo mls nk hiris2,men blend ajer agaknyer sdp x eks..Msti msk lma gini lagi best kan kan,fuhh sekilo bwng tuh,klo bwng merah maunyer meleleh air mata..

cikmanggis berkata...

bawang se kg tu membuatkan rasa daging ni manis kan Amie?dulu ada kawan bg petua untuk buat kuah laksa asam/penang.Katanya ikan se kg ..bawang pun se kg..mmg sedap kuahnya.

Amie berkata...

Zila,
jom makan sama Zila, rendang tak berkerisik!

Shazrina,
terima kasih Shazrina, namanya sambal goreng ye... itulah kawan kami pun tak tahu nak panggil apa, jadi kami sebut begitu.

Zaliedana,
kalau nak kisar pun kena hiris kasar juga, sama saja tu, tapi taklah keluar air mata hiris bawang tu Dana sebab guna bawang besar, bukannya bawang merah yang kecil tu... kata Imelda (empunya resepi ini), kalau dikisar lain pula rasanya, tapi tak tahulah rasa macamana sebab tak pernah cuba.

Cik Manggis,
ini yang best ni... kuah laksa pun boleh guna bawang sekilo gak ye... macam nak cuba je resepi tu CM, terima kasih CM!

lina_pg berkata...

Salam,kak amie gn daging bhgn mana?btg pinang ke?berminat nk try ni.Senang sgt cuma perlu sdkt kesabaran.

lina_pg berkata...

Salam,kak amie gn daging bhgn mana?btg pinang ke?berminat nk try ni.Senang sgt cuma perlu sdkt kesabaran.

Amie berkata...

Lina,
Kak Amie gunakan daging No 1.

MaMa sYahMi berkata...

terliur mira..tapi semalam baru cabot gigi geraham...now tak leh makan yg keras..huhu..geramnya tgk lauk nih...