Iftar 25 Ramadan 1447H - Yong Tau Foo Sos Hitam / Pedas & Sup Jernih
10:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi ajak Firdaus bantu masak di dapur. Kononnya hendak berbuka puasa dengan Yong Tau Foo. Firdaus tukang rebus telur puyuh dan kupas kulitnya. Selepas itu ajar dia buat sos pedas. Amie sediakan sos hitam. Encik Suami pula hendak makan Yong tau Foo Sup Jernih.
Oleh kerana Amie buat cili sumbat, bendi sumbat dan terung sumbat dengan isi ikan, jadi segala ekor, tulang dan kepala ikan Amie rebus dengan halia dan bawang putih. Kemudian Amie tapis. Bahan Yong Tau Foo lain Amie gunakan dua bungkus Steamboat 5 In 1. Setelah rebus bahan steamboat, Amie campurkan air rebusan tadi dengan air rebusan ikan, tambahkan sedikit stok ayam dan garam.
| Yong Tau Foo Sos Hitam / Pedas & Sup Jernih |
Firdaus teruja hendak susun bahan Yong Tau Foo. Kita pun tak sempat kita berapa jenis bahan yang ada. Yang penting segala yang kita sumbat dengan isi ikan dikukus sempurna. Rupanya Firdaus pun sumbat juga di celah-celah Steamboat 5 In 1.
Resipi Yong Tau Foo ada di sini:
| Sos Pedas |
Sos Pedas ini Amie oleh sendiri. Firdaus haluskan bawang putih dan cili padi merah gunakan chopper. Setelah kedua-dua bahan ini Amie masukkan ke dalam mangkuk, Amie tambahkan Sos Cili Thai Maepranom. Bubuh sedikit garam dan gula dan perahkan jus limau kasturi. Sedap dan wangi!
Kejadian segala yang disumbat tidaklah secantik yang diharapkan. Amie hanya tumbuk isi ikan dalam lesung, tambahkan lada putih dan bawang putih, gula dan garam serta sedikit serbuk cukup rasa. kalau isi ikan dikisar tentu hasilnya licin dan mulus.
| Yellow Sweet Pepper |
Tapi, sedap jugalah rasanya. Tengok dalam periuk pengukus nampak berseri jew sweet pepper yang warna-warni bersama teman-temannya cili hijau, kacang bendi dan terung.
| Cili Hijau Sumbat |
| Sos Pedas & Sos Hitam |
| Yong Tau Foo Sos Hitam & Sos Pedas |
| Yong Tau Foo Sup Jernih |
Fairuz kata sedap makan Yong tau Foo Sup Jernih. Apabila Amie hirup kuah sup jernih, memang sedap! Kedua-duanya sedap. Sos Hitam & Sos Pedas serta Sup Jernih. Alhamdulillah.
| Salad Campur |
Untuk Encik Suami, Salad Campur kali ini Amie gabungkan hirisan daun salad dengan limau bali, baby spinach, tomato ceri dan blackberry.
Selesai menulis entri ini, kita hendak ke dapur. Hendak panaskan sup dan hirup kuahnya yang sedap itu! Bolehlah meratah Yong Tau Foo baki berbuka puasa tadi.
1 comments
Nampak sedapnyer
BalasPadamSelamat berbuka puasa