Pernahkan Anda Berasa Kosong?
8:04 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi Isnin ini, mari kita muhasabah diri tentang kehidupan yang sedang kita lalui.
Pernahkah tiba-tiba kita berasa kosong?
Rasa kosong itu sebenarnya panggilan jiwa.
Kadang-kadang hati terasa kosong bukan kerana kita tidak memiliki apa-apa, tetapi kerana jiwa kita lapar bukan pada dunia, tapi pada makna dan hubungan dengan Allah.
Kita mungkin sudah sibuk bekerja, makan, tidur dan bersosial, tetapi roh kita tak dapat makanan yang diperlukan seperti zikir, solat dengan khusyuk, doa, baca Al-Qur’an dan sujud dengan ikhlas.
Rasulullah SAW bersabda:
Dalam jasad ada seketul daging; jika baik, maka baiklah seluruh jasad; jika rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah hati. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Rasa kosong ini selalunya tanda bahawa hati sedang minta diisi. Kadang-kadang hati rasa berat untuk ibadah kerana kita fikir perlu jadi sempurna dulu. Padahal, Allah suka langkah kecil yang konsisten.
Kita boleh mulakan:
- Solat awal waktu, walau belum khusyuk sepenuhnya.
- Baca satu ayat Al-Qur’an sehari — bukan satu surah.
- Zikir Astaghfirullah 10 kali sebelum tidur.
- Sedekah kecil walau RM1.
Apabila kita lakukan dengan hati yang jujur, Allah akan buka rasa manis beriman sedikit demi sedikit. Dari situ, kekosongan itu akan mula terisi dengan rasa tenang.
Walaubagaimanpun ada kalanya bukan iman yang lemah, tapi jiwa terlalu penat seperti kurang rehat, kecewa, dan kehilangan semangat. Semua itu boleh buat kita rasa jauh dari-Nya. Cuba rehatkan diri dengan berjalan di waktu pagi, duduk di tepi laut, merenung langit, tarik nafas dan sebut perlahan: Ya Allah, tenangkanlah hatiku.
Sesungguhnya Allah tidak minta kita jadi sempurna, namun sentiasalah bergantung harap kepada-Nya.
6 comments
Terima Kasih atas perkongsian ni Kak Amie. Jiwa kita ni pun macam tubuh badan kita, ada masanya tak sihat jugak. Ubatnya dgn zikir, sedekah, baca Quran. Beriadah pun bagus utk kesihatan tubuh dan jiwa 👍🏻
BalasPadamTerima kasih atas pesanan dan perkongsian. Semoga yg baik² saja untuk kita semua 🤲🏻
BalasPadamTerima kasih untuk ingataan kak
BalasPadamAllahu.. benar apa yg Kak Amie kongsikan ini.
BalasPadamPernah di posisi itu, hati macam tak tenang, uang ada, tp tak bahagia. Rasa selalu kurang. Sebabnya, Krn saat itu saya terlalu mengejar dunia. Tak ingat Tuhan. Sholatpun buru2, hanya sekedar kewajiban.
BalasPadamTapi setelah sadar, mencoba utk berbaik sangka dengan Allah, fokus ibadah, pelan2 memang terasa damai dan tenangnya. Mengadu selalu pada Allah, bukan pada manusia.
terima kasih atas ingatannya kak Amie
BalasPadam