Menelusuri Jiwa Lisbon - Dari Rossio ke Praça do Comércio

6:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita tentang Lisbon, udaranya yang terasa lembut, dengan cahaya matahari yang memantul pada mozek lantai berbentuk ombak di Praça Dom Pedro IV  atau lebih dikenali sebagai Rossio Square. Di tengah dataran berdiri megah patung Raja Dom Pedro IV, sementara di sekelilingnya bangunan bergaya klasik memancarkan aura sejarah yang masih hidup. Suasana tambah meriah dengan bunyi tapak kaki bercampur dengan aroma kopi dari Café Nicola, salah satu kafe tertua di Lisbon.




Dari sini, langkah kaki membawa kami menyusuri Rua Augusta, jalan pejalan kaki yang menjadi nadi kota. Kedai-kedai fesyen, cenderamata, dan restoran berdiri di kiri kanan, sementara muzik jalanan mengisi ruang udara. Wajah-wajah pelancong dari pelbagai negara kelihatan ceria, pemudanya nampak kacak dan tampan manakala wanitanya kelihatan ayu jelita menambah warna pada suasana yang ceria.

Patung Raja Dom Pedro IV

Kami memulakan langkah pagi dari Praça Dom Pedro IV. Lantai mozek hitam putih bergelombang di bawah kaki, seolah-olah meniru ombak laut yang menjadi lambang Portugal. Patung Raja Dom Pedro IV, teguh memandang ke arah kota yang pernah bangkit daripada runtuhan gempa.

Fontes do Rossio

Gambar di atas merupakan salah satu dari dua buah kolam air pancur dikenali sebagai Rossio Fountains atau dalam bahasa Portugis: Fontes do Rossio. Air pancut ini dibina pada abad ke-19. Direka di Paris dan kemudian dibawa ke Lisbon. Kolam air pancut ini dihiasi dengan patung gangsa figura mitologi termasuk makhluk laut, dewi, ikan dan duyung.




Sepanjang 800 meter di kawasan pejalan kaki, banyak lorong dan simpang di kiri kanan jalan.





Di kiri kanan banyak bangunan dan premis perniagaan.  Di sebelah kanan, Café Nicola sudah mulai dipenuhi pelanggan tempatan menikmati espresso panas dan pastel de nata yang masih berasap. Bau kopi dan mentega yang wangi seakan memanggil kami untuk berhenti seketika menghirup minuman panas bersama-sama!


Penjual chesnut panggang.


Bangunan di kiri kanan berwarna pastel lembut, balkoni besi tempa dihiasi pasu bunga. Kedai-kedai menjual kasut kulit buatan tangan, ada yang menawarkan cenderamata bergambar azulejos biru putih. Menarik!




Di sebalik megahnya bangunan dan sejarah yang terakam, tidak ketinggalan pemandangan peminta sedekah atau pengemis jalanan di beberapa penjuru.


Amie perasan ada sesuatu yang unik di sepanjang laluan 800 meter dari Praça Dom Pedro IV hingga ke Praça do Comércio. Permukaan jalannya penuh corak hitam putih seolah-olah lukisan besar di atas tanah.


Jalan itu diperbuat daripada batu kecil berwarna hitam dan putih yang disusun tangan satu demi satu. Ia dikenali sebagai Calçada Portuguesa, iaitu seni mozek jalan tradisional Portugal. Batu-batu ini biasanya daripada limestone atau batu kapur berwarna putih dan basalt batu gunung berapi berwarna hitam. Tukang yang menyusunnya dipanggil calceteiros, dan kerja ini dianggap seni warisan Portugal.


Di Praça Dom Pedro IV (Rossio Square), coraknya berbentuk ombak hitam putih atau mar largo pattern yang melambangkan laut dan semangat pelaut Portugis.

Di sepanjang Rua Augusta pula corak mozek diubah menjadi corak geometri, bunga, atau bintang, bergantung pada kawasan. Semua disusun dengan tangan secara tradisional, tanpa mesin, menjadikan setiap kawasan sedikit berbeza dan unik.


Corak hitam putih itu bukan sekadar hiasan; ia menggambarkan sejarah maritim Portugal sebagai negara pelayar dan penjelajah dunia.

Gaya mozek ini juga boleh ditemui di bekas jajahan Portugis seperti Macau, Goa, dan Brazil, menjadikannya simbol warisan global.


Pendek kata, jalan sepanjang 800 meter dari Rossio ke Praça do Comércio dibina daripada batu kapur putih dan basalt hitam yang disusun menjadi lukisan mozek di tanah hasil seni tangan tukang tradisional Portugal yang masih dipelihara hingga kini.













Di sekitar Praça do Comércio, Lisbon ada beberapa muzium menarik yang mudah dilawati dengan berjalan kaki. Kawasan ini bukan sekadar dataran bersejarah, tapi juga pusat warisan budaya Portugal seperti:
  • Museu de Lisboa – Torreão Poente : Pameran mengenai kehidupan bandar Lisbon, termasuk peta lama, model bandar selepas gempa bumi, dan artifak sejarah.

  • MAAT & Museu Nacional de Arte Antiga : MAAT (Museum of Art, Architecture and Technology),  seni moden dan reka bentuk kontemporari. Museu Nacional de Arte Antiga : koleksi seni klasik Portugis dan Eropah, termasuk karya zaman penjelajahan.

Banco Nacional Ultramarino

Bangunan Banco Nacional Ultramarino (BNU) berdiri megah di bahagian utara Praça do Comércio, menghadap ke arah Arco da Rua Augusta dan Sungai TagusIa dibina pada akhir abad ke-19, ketika Portugal sedang giat memperkukuh hubungan perdagangan dengan wilayah seberang laut seperti Angola, Mozambique, Goa, dan Macau.

Pada masa itu, BNU berperanan bukan sekadar bank biasa  tetapi jantung ekonomi empayar Portugis. Dari bangunan inilah urusan kewangan, perniagaan kapal, dan pengeluaran mata wang untuk wilayah jajahan dikawal.


Kami berdiri di hadapan bangunan berwarna kuning keemasan di tepi Praça do Comércio. Di fasadnya terpahat nama yang pernah menggerakkan urat nadi ekonomi empayar Portugis :  Banco Nacional Ultramarino. Bangunannya tegap, klasik, dan tenang seolah-olah menyimpan kisah ribuan pelaut, pedagang, dan pengembara yang suatu masa dahulu menjadikan Lisbon sebagai pintu dunia.

Hari ini bangunan itu berdiri sebagai saksi masa. Walau fungsinya berubah, namanya masih kekal, menjadi penanda sejarah kewangan dan maritim Portugal.

Banco Emissor do Ultramar

Banco Emissor no Ultramar bermaksud bank pengeluar di wilayah seberang laut, iaitu bank yang diberi kuasa oleh kerajaan Portugal untuk mencetak dan mengedarkan wang di jajahan mereka, dan bank utama yang memegang peranan ini ialah Banco Nacional Ultramarino (BNU).

Banco Nacional Ultramarino
Lisboa 1864






Di penghujung jalan, tampak Arco da Rua Augusta, gerbang megah yang seolah-olah menjadi pintu ke dunia lain. Berhenti sejenak, memandang ke atas: Ada ukiran dan patungnya menceritakan kisah kejayaan dan kebangkitan Lisbon selepas gempa bumi besar tahun 1755. Dari atas gerbang, pemandangan kota dan Sungai Tagus terbentang luas.


Beberapa langkah lagi, terbentanglah Praça do Comércio, dataran besar berbingkai bangunan berwarna kuning keemasan. Di tengahnya berdiri patung Raja José I menunggang kuda sebagai simbol kekuatan dan keteguhan bangsa Portugis.

Dari sini terasa-rasa angin dari sungai membawa bau masin laut dan bunyi camar, seolah menyapa pelancong yang tiba.


Kami berdiri di tepi Cais das Colunas, dua tiang marmar putih yang menandakan pintu masuk simbolik ke kota Lisbon dari arah laut. Di hadapan terbentang air Sungai Tagus yang berkilau, seolah berbisik : Selamat Datang ke Kota Lisbon!



Kami beratur menunggu lampu isyarat bertukar warna untuk melintas jalan. Dalam gambar nampak seperti kami hendak naik bas!






Kami menyeberang ke seberang gerbang dan di hadapan kami terbentang Praça do Comércio, dataran luas berbingkai bangunan kuning keemasan. Di tengahnya berdiri patung Raja José I menunggang kuda, memandang megah ke arah sungai Tagus.



Seolah-olahnya ada gambar kapal laut di sebelah sana, namun itulah rupa sebenar kapal laut sedang belayar di Sungai Tagus. Kami duduk-duduk di tebing sungai menyaksikan suasana di sekitar.

Menyedari tidak boleh berlama-lama di sini, kami segera meninggalkan dataran dan menapak semula ke pangkal jalan dan untuk sampai ke tempat bas yang menunggu kami, langkah kami diperlukan untuk menapak lebih kurang satu kilometer jauhnya dari sini.


Dari jauh kelihatan kenderaan di atas jalan raya, dan bermakna kami sudah menghampiri bas kami. Mana bas kami? 
Yang ada bas warna kuning dan bas warna merah.
Bas kami warna biru dengan belalai gergasi di hadapannya.

Bas warna kuning.

Bas warna merah.


Di belakang bas merah inilah bas warn biru, bas kami sudah menunggu.

Ini dia bas biru kami dengan belalai gergasinya!

2 comments

  1. Boleh pulak cikgu terfikir nak ambil gambar susunan batu-batu kecil tu🤭..Tapi memang nampak menarik + bas belalai🤭

    BalasPadam
  2. uniknya seni mozek tu. ada banyak2 motif jugak rupanya :D
    cantik dan tersusun deretan shoplot kat situ

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe