Bermalam di Sea Park Condotel Lagi

3:56 PTG

Kawan-kawan  kami yang ingin berehat di Kundasang terpaksa membatalkan hasrat kerana tempat penginapan penuh sepanjang cuti sekolah Disember 2021 lalu. Kami percaya sebab sebelum ini memang kami pernah mengalamai masalah yang sama untuk mencari tempat penginapan. Malah, kami sendiri dapat saksikan pengunjung terpaksa tidur di kereta kerana ketiadaan tempat penginapan. Jadi, kami pun tidak menoleh kali kedua ke arah Kundasang.

Memandangkan kali ini kami tidak tempah mana-mana tempat penginapan, jadi tawakal sajalah dengan cara walk in saja ke mana-mana  hotel. Malas dah nak booking online sebab awal tahun 2021 ada masalah berlaku sehingga menyebabkan kerugian lebih RM500.

Benarlah kata Mama Cella. Kalau asyik zikir tentang satu-satu perkara memang akan terzahirlah akhir kejadiannya. Seperti biasa Encik Suami asyik sebut tempat penginapan di Sea Park  Condotel Tanjung Aru. Padahal bagi Amie, itulah pilihan akhir untuk menginap. Kebetulan pula ketika itu talian putus-putus. Cuaca kurang elok. Hari pula hampir menjelang petang. Anak buah kami maklumkan banyak hotel di Kota Kinabalu yang penuh.

Akhirnya setelah memikirkan Encik Suami yang penat memandu serta perut yang lapar, Amie cuba telefon Sea Park Condotel Tanjung Aru. Memandangkan itulah hotel kesayangan Encik Suami, jadi dapatlah kami tempah satu bilik, family room dengan harga RM169 satu malam.


Agaknya, memang inilah salah satu destinasi wajib kami untuk bermalam setiap kali datang ke Kota Kinabalu. Entah berapa puluh buah bilik sudah kami tiduri di Sea Park Condotel ini. Pernah beberapa kali kami tidur dalam bilik lima katil. Memang sesuai sangatlah untuk satu keluarga. Waktu Bonda kita datang ke sini pun kami menginap di sini. Begitu juga sewaktu kakak kita datang. Pendek kata memang hotel persinggahan keluar kami...ahaks! Encik Suami suka sangat menginap di sini kerana dia tak perlu mencari tempat letak kereta!


Peralatan di dalam condotel ini hanya seadanya sahaja tetapi kami rasa selesa di sini.


Buka saja pintu bilik, ada ruang tamu untuk berehat-rehat sambil minum atau makan.

Firdaus di ruang tamu.


Bersebelahan katil ada kaca penghadang serta langsir. Kalau masuk ke ruangan tersebut, ada sebuah meja, sebuah peti sejuk dan di sebelahnya pula bilik air.


Boleh simpan buah-buah dan minuman di dalam peti sejuk ini.

Encik Suami rajin masak air dan minum teh atau kopi di sini.

Bilik air agak kecil dan old style.



Setelah kami jalan-jalan ke beberapa buah daerah, kami kembali semula ke Kota Kinabalu pada 23 Disember 2021 kerana Abang Farid tiba bersama Aseeyah dari Kuala Lumpur. Setelah beberapa kali walk in di beberapa buah hotel sekitar Kota Kinabalu termasuk Hotel Raia dan Sky Hotel,  akhirnya kami kembali mencuba nasib di Sea Park Condotel Tanjung Aru. Menurut Mr. Teo  memang minggu tersebut semua bilik penuh. Syukurlah kami dapat juga dua bilik. Satuu bilik untuk kami bertiga, dan satu bilik untuk Abang Farid dan Aseeyah.

Bilik kami ada tiga katil. 


Bilik Abang Farid dan Aseeyah berhadapan bilik kami. Kata Mr Teo kalau kami mahu memasak, dia boleh sediakan dapur. Kami ucapkan terima kasih kerana hanya bertujuan untuk tidur dan berehat sahaja. Bilik kami tiga katil RM160 dan bilik Abang Farid, satu katil besar RM140.


Memang rezeki kami kerana setiap kali ke Kota Kinabalu sekiranya tidak dapat cari hotel lain kami pasti dapat menginap di sini! Tempatnya tersorok sedikit tetapi tidaklah jauh dari Kota Kinabalu. Berhampiran dengan pantai Tanjung Aru. Kalau berjalan kaki ke pantai hanya memakan masa lebih kurang 15 minit sahaja. Jarak condotel ini dengan lapangan terbang Kota Kinabalu hanyalah 5 kilometer. Cuma, ada masalah talian internet sahaja yang tidak sampai ke blok B. Kalau menginap di Blok A, masih boleh akses wifi.

Ini bilik air di bilik kami yang berkatil tiga.

Amie kongsikan alamat Sea Park Condotel Tanjung Aru di sini untuk rujukan sendiri dan yang lain. Mana tahu datang ke Kota Kinabalu dan susah untuk dapat hotel, bolehlah cuba di sini. Setakat ini kawan-kawan dan saudara mara sebelah Encik Suami yang pernah minta tolong cari penginapan, akan mengulang tempah di sini.

Sea Park Condotel
Jalan Murni, Tanjung Aru,
88100 Kota Kinabalu Sabah, East Malaysia.
Tel: 6088-282828  Fax: 6088-282825
HP: 017-8602363 (Mr. Teo)
E-mail: seaparkcondotel@yahoo.com

13 comments

  1. Thanks for sharing kak Amie. Manalah tau kan info berguna buat yang kali pertama nak ke Kota Kinabalu. Dekat dengan pantai dan airport tu antara kelebihan jugak

    BalasPadam
  2. Hotel lama ye Kak Amie? Kelebihan hotel lama biasanya bilik besar-besar, itu yg best :)

    BalasPadam
  3. Tgk bilik just nice tu kak.. Yg penting dpt tido dan mandi...

    BalasPadam
  4. nampak selesa juga hotel dia walaupun perabot nampak old school.

    BalasPadam
  5. Rindunya Sabah. Bila la nak sampai pula ke sana.. InsyaAllah satu hari nanti. Bawa anak-anak pergi tempat ummi abah nya bertemu..

    BalasPadam
  6. firdaus la untung, jenjalan merata :)

    BalasPadam
  7. Kan...
    Sepatutnya booking online memudahkan kedua belah pihak.Tapi sekarang kena hati2 kan...

    Seronok la Daus dapat jenjalan + dapat kakak ipar...🥰

    BalasPadam
  8. Rezeki hotel ini lagi.
    Wah rugi sampai RM500. Kadang-kadang tempah awal tapi tidak dapat pergi. Senang walk-in tapi mungkin mahal sedikit.

    BalasPadam
  9. SA yang penting bilik air bersih, katil best..lain2 xde pun x pe...nak tido je pun kan...okey boleh simpan contact condotel ni..mana tau tersesat ke KK

    BalasPadam
  10. walaupun hotel lama tapi bilik luas kak, peti ais dia pun besar betul.... harga pun murah bebeno nya

    BalasPadam
  11. Sebab selesa Dan dah biasa rubyg repeat hotel ye kak.. mcm saya juga

    BalasPadam
  12. Sea Park Condotel dah jadi tempat penginapan wajib untuk keluarga kak Amie. Bersih dan selesa dah memadai. Boleh tahan ramai orang datang ke sana bercuti sampai fully booked hotel. Special nampak tempat mengopi tu separate dari bilik. Harga bilik pun masih okay lagi lah. Datang berehat untuk tidur je kan. lepas tu jalan jalan dah.

    BalasPadam
  13. menarik jgk condotel ni. bleh stay ramai2. xtahu pula mengenai tmpt ni sebelum ni.
    thanks kak amie share sini..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe