Kongsi lagi satu resipi biasa-biasa tapi penuh nostalgia. Resipi ini tersimpan agak lama dalam folder, Amie masak sewaktu di kampung Bonda. Di sana mudah untuk dapat bekalan kerang. Maklumlah Mukim Jeram, daerah Kuala Selangor memang terkenal dengan hasil lautnya yang segar-segar. Masa kecil dahulu memang inilah hidangan istimewa yang Bonda masak untuk kami. Cara memasaknya sangat mudah, tapi rasanya sungguh lazat! Ditambah pula...
Minggu lepas dan minggu ini Encik Suami sering balik lewat hingga ke malam. Ada urusan luar daerah yang perlu diselesaikan. Pada masa yang sama, jika berkesempatan Encik Suami akan singgah membeli oleh-oleh berupa ikan dan sayur-sayuran. Pada petang Isnin, dua hari yang lalu ketika Encik Suami pulang, Amie sedang menidurkan Firdaus. Sempat Encik Suami menjenguk ke bilik dan bersuara perlahan : Ada kahanga...
Petang kelmarin, berkali-kali Firdaus dan Encik Suami panggil Fairuz untuk makan nasi, barangkali terlalu letih Fairuz lebih utamakan tidurnya. Rupanya Fairuz tidak sempat menjamah nasi, dan kelam-kabut pergi tuisyen di sebelah malamnya. Sekembalinya dari kelas tuisyen, Amie panaskan lauk RUSA MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN BELIMBING BULUH. Memandangkan Firdaus asyik merengek minta temankan tidur, Amie pun tinggalkan Fairuz yang ditemani pula oleh Encik Suami...
Sesekali masak daging rusa memang mengujakan! Bukan hanya disebabkan kesukaran mendapatkan dagingnya, tetapi memikir untuk mengolahnya menjadi masakan juga turut diambil kira. Bukan apa, kadang-kadang terbeli daging yang agak liat, mungkin rusa tua dan adakalanya dapat rezeki daging muda! Untuk hidangan petang ini (makan tengahari merangkap makan malam), Amie olah daging rusa dengan cara memasak lemak cili padi. Alhamdulillah, sebaik sahaja Encik Suami...
Gerai jualan yang kami kunjungi tidak jauh dari tempat kediaman kami. Kalau berjalan kaki pun, tak sempat keluar peluh. Maknanya dekat sangatlah. Setiap petang hinggalah ke malam, memang sentiasa penuh dengan pelanggan. Selain gerai menjual pelbagai jenis kuih, ikan bakar dan sayap ayam panggang, warung-warung yang tersusun di situ turut menawarkan hidangan segar dari laut. Paling nikmat apabila dapat menghirup air kelapa muda!...
Asam Rebus Ikan Pari, salah sau menu menyihatkan. Ringkas dan mudah. Rasanya pun sungguh menyelerakan. Paparan resepi kali ini hanya menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja. Bahan-bahan: 800 gram ikan pari - potong ikut suka 4 biji tomato hijau - belah dua 1 labu bawang besar - mayang kasar 7 biji cili padi 2 keping asam gelugur 2 batang serai - diketuk...
Tengah rajin belek-belek folder, terjumpa lagi beberapa masakan yang tersimpan lama. Antaranya termasuklah resipi ciptaan sendiri, Nasi Gajus konon namanya. Memang sedaplah, sebab dapat penuhi citarasa sendiri. Asal resepinya guna bahan-bahan untuk buat nasi tomato, tapi tangan tu gatal tambahkan kacang gajus dan kacang badam kisar. Agaknya kesan kulit badam yang coklat itu, menjadikan warna nasi lebih gelap! Itu pasal, tak jadi nak...
Menikmati sajian tengahari tanpa masakan berkuah memang sedap! Nampaknya kali ini hidangan kami terdiri daripada lauk-pauk kering belaka, kecuali acar timun yang sedikit berkuah oleh kesan perapan jus limau nipis bersama gula. Selain acar timun, Amie sediakan Sambal Belacan, Ikan Buna Goreng, dan Cendawan Tiram Goreng Salut Tepung. Acar Timun ini Amie olah mengikut selera Encik Suami. Suka benar Encik Suami meratah Acar...
Syukur Alhamdulillah. Dunia teknologi moden semakin memudahkan cara komunikasi. Yang jauh menjadi dekat, harap yang dekat sentiasa dekat-dekat...hiks! Diam tak diam sejak 2013 Farid hidup berdikari bermula sebagai pelajar matrikulasi di Labuan, sambung belajar di UKM untuk ijazah sarjana muda, dan terus ke UTP untuk sarjananya pula. Kemudian Fuad pula menuruti jejak Farid, bermula dari Kolej Matrikulasi Labuan, terus merantau ke UTHM, Johor....