Turki (9) : Natureast Anatolian Taste
3:57 PTG
Petang 20 Mac 2017 itu... petang Isnin. Dah bergerak ke sana ke mari, nama hari pun hampir terlupa! Kami dibawa ke tempat pelbagai manisan dan teh Turki. Dengan kata lain, di sinilah kami temui 'Turkish Delight' buat pertama kalinya pada hari kedua berada di bumi Turki. Kami disambut dengan hidangan teh epal panas, dan disajikan dengan pelbagai jenis manisan 'lukom' serta kacang-kacangan.
Seorang wanita Turki yang barangkali telah menghafal perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu memperkenalkan segala produk makanan yang sedia dipamerkan di atas sebuah meja. Sambil mendengar penerangannya, kami dipersilakan mencicipi hidangan yang dipamerkan.
"Tie... teh epal. Ingat Jaket Kulit Kijang dari Istanbul!"
Sambil tertawa kecil, kami minum seteguk teh epal panas tadi.
Lokum atau manisan Turki yang diperbuat dariada tepung jagung, gula dan pelbagai perasa serta campuran kekacang. Semasa mengunjungi Bosnia tahun lepas, manisan inilah yang paling banyak Amie beli sebagai oleh-oleh.
Pelbagai jenis 'teh' Turki daripada buah-buahan yang dikeringkan seperti epal dan delima.
Produk tempatan ini kelhatan rapi tersusun di atas rak.
Manisan dalam kotak ini memang sangat sesuai dibeli untuk dijadikan oleh-oleh.
Ada Natural Apple Tea
Natural Cherry Tea.
Teh Delima pun ada.
Encik Suami pesan supaya Amie beli teh delima, manakala Farid pula minta teh epal. Produk teh ini banyak juga dijual di kedai lain. Ada dua jenis keluaran iaitu dalam bentuk asli tanpa gula, dan satu lagi dalam bentuk serbuk tetapi ditambah gula.
Nampaknya Natureast Anatolian Taste merupakan tempat terakhir kami singgahi sebelum meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami di Kusadasi.
Sempat 'tembak' rimbunan lavender di hadapan kedai.....
dan juga sang pudina yang subur menghijau!
Jom naik bas.
Bas membelah senja menuju ke Ada Class Hotel.
Entri berkaitan kembara ke Turki:
0 comments