Turki (15) : Pamukkale - Hierapolis
1:07 PG
Pamukkale : Gabungan daripada dua patah perkataan.
Pamuk : Kapas / Cotton
Kalle : Istana / Castle
Pamukkale : Istana Kapas / Cotton Castle.
Itulah penerangan yang diberikan oleh Encik Barchin. Dan petang itu, setelah selesai menunaikan solat di Isa Bey Mosque, bas terus bergerak dari Selcuk ke Pamukkale. Jarak antara Selcuk dengan Pamukkale lebih kurang 188km.
Tidak banyak catatan yang Amie tulis untuk rujukan. Hanya menyebut sepanjang kiri kanan jalan menuju ke Pamukkale, terbentang ladang zaitun, pic, limau, strawberri, anggur dan sayur-sayuran. Banyak gerai buah delima dan limau di tepi jalan. Pokok delima kelihatan gondol, tanpa daun tetapi kelihatan buah-buahnya yang kering tergantung di ranting. Begitu juga dengan pokok-pokok tin.
Menjelang sore, kami tiba di Istana Kapas.
Marilah kita saksikan satu demi satu keajaiban dan keagungan ciptaan Allah. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu bertujuan supaya hamba-Nya sentiasa berfikir menggunakan akal, dan mensyukuri segala pemberian-Nya.
Pada mulanya, rasa sungguh hairan terpegun melihat persekitaran yang memutih!
Apa benda yang putih melepak macam bukit kapas di belakang sana tu?
Menurut kisahnya, beratus ribu tahun dahulu kawasan ini merupakan lautan. Lama-kelamaan air laut menjadi surut dan banyaklah mineral di dalam laut lalu terbentuklah dataran seputih salji yang mengandungi mineral teres berkarbonat. Kepekatan calcite yang tinggi di dalam air itulah yang menyebabkan persekirannya menjadi putih. Pertama kali menyaksikan dari kejauhan, kami menyangka ia adalah salji yang membeku!
Melihat itik-itik berenang di dalam tasik nan biru dan titisan air yang mengalir dari bukit kapas sudah cukup membuatkan hati ingin berlama-lama di sini!
Setelah kita memahami apa itu Istana Kapas, marilah kita berkenalan dengan apa itu Hieropolis seperti dalam pelan di bawah ini. Hieropolis ialah sebuah kota purba di Turki yang telah diisytiharkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1988.
Hieropolis ini terletak di atas mata air panas Pamukkale, dan tidak jauh dari Denizli.
Berdasarkan pelan perjalanan ke kawasan Hieropolis seperti di atas, rasanya tidak mungkin kami mampu mengunjungi kesemua tempat dalam masa yang begini singkat! Apa pun eloklah kita singkap sedikit sejarah kota purba ini.
Kota Hieropolis terletak bersebelahan dengan Istana Kapas. Keluasannya sekitar 2,700 meter panjang dan 160 meter tinggi. Hieropolis berasal dari perkataan Greek yang bermaksud bandar suci. Runtuhan kota purba kerajaan Greek-Rom ini wujud lebih 2,000 tahun lalu dan musnah akibat kejadian gempa bumi pada awal abad 1 Masehi.
Hieropolis terkenal sebagai tempat penyembuhan kerana adanya mata air panas!
Ini sebahagian daripada pemandangan taman di bahagian bawah bukit kapas.
He he hee.... leka tangkap gambar itik!
Cantik sungguh itik-itik yang berkeliaran di tepi tasik, yang seolah-olah menyambut kedatangan kami!
Tinggalkan itik itu dulu. Kita posing beramai-ramai.
Sebentar lagi kami akan di bawa ke Hieropolis.
Tengok dulu apa yang ada di sini.
Ingatkan penjual aiskrim... rupanya bukan!
Asyik sungguh melihat percikan air di atas batuan kapas!
Tinggallah itik-itik berenang di teres berkarbonat!
Ketika kelam-kabut berlari untuk naik bas sebab sudah dipanggil berkali-kali, sempat tangkap gambar di hadapan taman. Ketika berpapasan dengan seorang wanita bertudung biru, sempat juga bertanya berapa harga sarung bantal di tangannya! Amie dengar harganya 2 lira! Macam nak berhenti, macam nak terus lari ke arah bas!
Akhirnya terus terburu-buru lari masuk ke dalam bas! Sesungguhnya rasa sangat menyesal kerana tidak membeli walau sehelai! Yang sempat Amie beli hanya sebuah buku Pamukkale - Hieropolis & Laodikeia & Afrodisias tulisan Tevhit Kekec. Penjual buku turut menghadiahkan 10 keping poskad!
Bas membawa kami ke pintu masuk Hieropolis.
Aduhai!
Pemandangan berlatarbelakangkan gunung , kelihatan sayup-sayup mata memandang dan nampak sungguh indah!
Oh!
Rindu pada sinaran matahari!
Pintu masuk ke runtuhan Hierapolis.
Hati tertanya-tanya...
Berapa banyakkah tempat di antara 18 yang tersenarai dalam kota purba ini yang mampu kami jejaki dalam masa yang begitu singkat? Di manakah theater, mana satukah Hellenistic Theater? Bagaimana rupa Frontinus (Dominitian) Door dan Southern Byzantine Door? Sempatkah menjengok Apollon Temple dan Monumental Fountain? Oh! Banyaknya.... berapa jauh perjalanan untuk sampai ke Gymnasium and its Agora, Martyrion of St. Philip serta Basilica? Oh! Apa lagi? Oh...ya! Southern dan Northern Grand Bath dan dan dannnn.....
Nun di sana... Roman Amphitheatre!
Di hadapannya terbentang hamparan seolah-olahnya bunga poppy merah yang sangat cantik!
Benarkah ini punya poppy!
Melihat Salawati bersama Nurhidayah sedang sibuk berswafoto, Amie pun ingin tumpang sekaki. Memandangkan ahli kumpulan sudah jauh meninggalkan kami, jadi Amie ingin cepat-cepat berposing di sini. Dapat sekeping dua gambar jadilah! Untuk segera sampai ke hamparan bunga poppy Amie pun segera buka kasut dan terus berlari supaya dapat menjimatkan masa!
Tapi...adddduuuhhhh!
Tapak kaki seolah-olah terpijak berpuluh-puluh duri tajam! Ya..... sesungguhnya kawasan itu dipenuhi dengan duri!
Nampaknya, hanya inilah sahaja gambar yang agak sempurna setelah menyeringai menahan sakit! Duduknya pun dah tak betul! Untuk kembali ke tempat kasut ditanggalkan, satu masalah lagi! Terpaksa pijak duri lagi! Huhuhuuuuuuuuu! Ha... kalau anda datang ke sini dan teruja ingin ambil gambar, hati-hati dengan duri! Jangan buka kasut!
Kenangan!
Tengok sajalah gambar-gambar di bawah ini ye...
Kami pun tiba di sini.... tempat yang kelihatan putih seperti kapas jika dilihat dari kejauhan!
Inilah gambaran sebenar yang Amie dapat kongsikan!
Subhanallah!
Bayangkan jika anda berada di sini, di atas lapisan berteres seputih kapas dan kelihatan seperti salji! Cuba perhatikan gunung-ganang di kejauhan! Barangkali perasaan inilah yang dialami oleh penduduk kota purba ini beribu-ribu tahun yang lalu! Bayangkan mereka menikmati air panas hangat semula jadi yang bermineral, serta bermandi lumpur putih yang lembut!
Kami diberi kebenaran untuk merasai sendiri kehangatan air di sini, bermain lumpur dan memijak batuan seputih kapas ini! Amie tidak turut serta!
Betul tak mahu ikut?
Kenapa?
Jangan menyesal!
Itu antara kata-kata Salawati dan Nurhidayah.
Kenapa Amie tidak turut serta berjalan di atas batuan kapas yang sangat indah, putih tak tercela ini?
Keesokan pagi barulah Amie beritahu mereka!
Tapak kakiku sakit! Ingat tak waktu terburu-buru ambil gambar dekat bunga poppy itu?
Sepanjang petang itu, sehinggalah tiba ke hotel, Amie diam-diam sahaja menahan pedih di tapak kaki. Haa... itulah! Sengaja cari bala...hiks!
Ini pula pemandangan tasik di bahagian bawah bukit.
Siapa kata tak rugi sebab tak masuk ke situ?
Hai tapak kakiku yang pedih!
Sementara menunggu rakan-rakan naik ke 'darat', Amie habiskan masa meninjau bunga-bunga di sekitar.. Pokok lavender lebat berbunga!
Yang ini, tak tahulah bunga apa.
Datang seekor kucing gemuk!
Hai ...selamat petang!
Dan sempat tangkap gambar suasana hampir senja!
Dan seterusnya gambar-gambar runtuhan kota purba yang sempat dirakam.
Tempat-tempat yang Amie senaraikan di atas, ada tertulis di sini. Kita buat teka-teki.... namakan tempat yang terdapat dalam gambar...... he he heee! Contohnya Southern Grand Bath!
Ini yang tak tahan hati...bila melihat pohon tak berdaun di kala senja mula menjelma!
Rasa sayu, dan sepi!
Pohon delima...buahnya yang kering masih bergantungan di ranting!
Sekian, serba sedikit cerita dari Pamukkale tentang Istana Kapas dan sepanjang pergunungan kapur atau The White Travertines dan sisa runtuhan Hieropolis.
Hayati membawa kami ke hotel Pam Thermal.
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1 comments
Patut pergi jln dlm air tu. Best antiseptic.
BalasPadam