Turki (28) : Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai

1:01 PTG

Hari ini : 24 Mac 2017 bersamaan pada hari Khamis.
Bas meluncur keluar dari perkarangan Venessa Seramik Art Gallery.
Rasa sejuk yang teramat sangat dan bila buka sarung tangan, kelihatan kulit jari yang kecut! Baru tersedar kulit mula mengering dan bersisik! Bibir pun mula rasa perit dan pecah-pecah! Oh! Sudah berapa lama berada di Turki? Hari keenam rupanya!
Salawati, mari kita sapu losyen minyak zaitun di tangan!
Sekarang jam menunjukkan angka 11.30 pagi, bermakna di negara kita sudah petang, sudah pukul 4.30 petang!

Hayati memberhentikan bas di tepi jalan, berhadapan dengan pintu gerbang salah sebuah caravanserai! Jom berkenalan dengan Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai.
Nak memulakan cerita kali ini agak sukar sedikit...hiks!
Wokey, kita mulakan begini:
Aktiviti perdagangan di seluruh Turki  pada zaman pertengahan khususnya di bawah kerajaan Seljuk adalah bergantung kepada kafilah,  yang membawa maksud deretan unta. Kafilah-kafilah ini mula digunakan seawal abad ke 10M. Pada waktu malam, rombongan pedagang ini akan berhenti di rumah-rumah tumpangan yang dipanggil caravanserai (istana tumpangan). Mereka akan mendapat kemudahan tempat penginapan, makanan, tempat beribadat, mendapat rawatan sekiranya sakit (sama ada pedagang atau haiwan mereka) dan juga ruangan untuk haiwan mereka. 
Selain menjadikannya sebagai tempat berehat buat sementara waktu, caravanserai juga menjadi tempat berlindung dari sebarang ancaman atau kejadian bahaya di pertengahan jalan. Perkhidmatan kepada kafilah (tetamu) adalah percuma, dan pekerja dibayar gaji oleh pihak kerajaan.
Dengan adanya caravanserai di sepanjang laluan perdagangan, kafilah tidak perlu berasa takut barang dagangan akan dirompak apabila melalui kawasan yang berbahaya. Mereka hanya perlu meminta bantuan para pegawai caravanserai yang akan menemani mereka melalui kawasan yang dianggap mengancam keselamatan kafilah mereka.
Bayangkan betapa makmurnya ekonomi negara pada masa ini!

Mengabadikan kenangan di halaman Agzikarahan - Hoca Mesut Caravanserai.
Suhu sangat sejuk ketika ini walaupun matahari bersinar terang. Rasanya tak boleh berada lama di tempat terlindung sebab tak tahan sejuk! Sekejap-sekejap lari ke halaman untuk mendapatkan hangat cahaya matahari!

Ini ialah pintu masuk caravanserai di lokasi lawatan kami.  Inskripsi pada pintu berbentuk mahkota  dibina antara 1231-1236, semasa pemerintahan Allaeddin Keykubat, dan  telah disiapkan pada 1239, semasa pemerintahan Giyaseddin Keyhusrev. Pintu mahkota dan dinding luar yang dihiasi dengan bentuk geometri. Terdapat dua bahagian utama caravanserai ini. Satu bahagian terbuka dan satu lagi tertutup atau dilindungi. Bahagian yang terbuka dibina pada tahun 1231M oleh Allaeddin Keykubat (Aleattin Keykubat) dan bahagian yang dilindungi dibina oleh Giyaseddin Keyhusrev pada tahun 1239. Caravanserai ini merupakan bangunan  ketiga terbesar di Anatolia.
Caravanserai ini terletak 15km dari Nevsehir ke Aksaray. Nama Agzikaharan diperoleh dari nama seorang ahli kaligrafi terkenal yang dipanggil Agzikara yang bermaksud 'mulut hitam' dalam bahasa Turki. Caravanserai ini dikelilingi tembok yang kukuh dilengkapi dengan menara sebagai tempat untuk mengintai dan mengawasi kawasan sekitar dari mara bahaya. Gerbangnya pula diperbuat daripada besi yang kukuh dan sukar untuk ditembusi. Susunan batu-bata yang tersergam agam ini merupakan batuan gunung berapi.


Encik Barchin menerangkan fungsi dan kepentingan caravanserai kepada para pedagang yang singgah di sini. Banyak ruangan atau bilik tertentu dibina untuk tujuan sebagai bilik tidur, dapur (oven dalam tanah), bilik mandi, bilik penyimpanan dan tandas. Tempat berdiang (memanaskan badan) dan lampu turut disediakan. Pada masa yang sama, kafilah-kafiah yang datang dari pelbagai wilayah menjalin hubungan dalam bentuk komunikasi bersilang budaya. Di sinilah mereka melepaskan lelah setelah 8 hingga 10 jam berjalan kaki, atau seharian menaiki unta mereka. 
Di sekitar Anatolia, terdapat hampir 200 caravanserai yang dibina dengan jarak antara 30-40km di antara satu sama lain!

 Kelihatan anak-anak tangga yang dibina menuju ke bumbung di luar bangunan.


Di atas dan bawah ini, gambar pintu masuk Summer Sleeping Quarters.

Ciri-ciri keislaman terlihat  sangat menonjol dan dapat dilihat di sekitar bangunan ini  Ini terbukti dengan tiada sebarang motif pepatung atau berhala di sini. Dari pintu gerbang sehinggalah ke bahagian dalam caravanserai,  hanya memperlihatkan ukiran bentuk geometri yang sangat halus. 

 Hasil ukiran bentuk geometri abad ke-13M.

 Masuk ke kawasan Summer Sleeping Quarters.
Sejuknya.... brrrrr!


 Bahagian dalam Summer Sleeping Quarters.

 Bumbung terbuka, memberi laluan cahaya matahari memasuki kawasan Summer Sleeping Quarters. 


Masjid?

 
Akhirnya, dapat juga menjejak kaki (walaupun cuma seketika dan hanya di sebuah tempat persinggahan caravanserai), namun rasa teruja dapat menyaksikan sendiri kesan sejarah Laluan Sutera (Road Silk) yang merupakan rangkaian laluan perdagangan di seluruh benua Asia. Laluan Sutera ini menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan asia Barat dengan rantau Mediterranean, Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah!
Berdasarkan pengamatan hasil lawatan dan pembacaan, dapat disimpulkan bahawa terdapat dua laluan pintu masuk Jalan Sutera (Laluan Sutera) atau Silk Road ke Anatolia. Laluan pertama adalah untuk ke pelabuhan Nikomedia (Izmit) melalu Bosphorus. Pintu kedua untuk ke Kyzkos (Bandima) dan Dorulaion (Eskisehir) melalui Dardanelles (Canakkale) dan laluan masuk ke tiga menerusi Sardes, melalui bandar pelabuhan seperti Aegean, Troy, Izmir, Ephesus dan Milotos.

 
Pengangkutan sutera dan rempah dan pelbagai barang dagangan dari timur ke barat dengan terciptanya corak perdagangan Silk Road (dari China ke Eropah), yang sebenarnya melintasi Anatolia! Aktiviti ini bukan sahaja sebagai satu corak perdagangan kafilah-kafilah tetapi secara tidak langsung mewujudkan pertembungan budaya antara timur dan barat!


Namun, apabila Eropah telah menemui cara dan jalan baru ke China, kepentingan kafilah Jalan Sutera mula merosot. Sebahagian besar kafilah-kafilah tidak digunakan lagi mulai abang ke-16 abad hingga ke -17.

Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai ini merupakan lokasi terakhir lawatan kami sepanjang berada di Cappadocia. Sebagaimana yang pernah Amie tuliskan sebelum ini, tidak cukup masa selama dua hari untuk meneroka segalanya di sini. Sekiranya anda berkesempatan untuk berada lebih lama di Cappadocia, jangan lepaskan peluang untuk ke Salt Lake (Tuz Golu), Kizilirmak The Red River) dan banyak lagi.
Sekian dahulu, catatan perjalanan untuk kali ini. Kami akan meneruskan perjalanan ke Ankara.


Selamat tinggal Cappadocia!

Entri berkaitan kembara ke Turki:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe