Turki (11) : Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12:17 PG
21 Mac 2017.
Pagi Selasa. Cuaca cerah, namun suhu masih dingin seperti hari-hari sebelumnya. Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi seterusnya, mata tidak jemu-jemu melihat panorama indah di kiri kanan jalan. Entah pokok apa yang kelihatan memukau mata! Pohonnya sangat rendah. Ada kalanya kami melihat pohon rendang tanpa daun ini berwarna putih saujana! Ada ketiknnya berwarna merah jambu bagaikan hamparan baldu menghiasi alam!
Subhanallah!
Sangat cantik!
Kalau Amie ambil gambar dari dalam bas, tentulah gambar tidak berkualiti memandangkan Amie tidak mempunyai kemahiran teknik mengambil gambar aksi gerakan. Akhirnya, kami suarakan kepada Encik Barchin agar memberhentikan seketika bas untuk membolehkan kami menangkap sekeping dua gambar berlatarbelakangkan pepohonan rendang berwarna merah jambu itu! Encik Barchin mengizinkan, tetapi tempat tersebut tidak sesuai untuk memberhentikan bas. Beliau berjanji akan mencari tempat yang sesuai untuk kami bergambar.
Terlebih dahulu kami dibawa ke pusat pakaian kulit atau Leather Garment Centre, Leatherium Kircilar di Izmir.
Pada mulanya seperti tidak percaya bahawa kami akan menyaksikan fashion show depan mata kepala sendiri! Pada masa yang sama sempat mengingatkan Salawati tentang cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul...hiks!
Salawati sudah melangkah masuk...terlepas dari dua ekor singa hitam di kiri kanan pintu!
Wah! Ini sudah cukup bagus! Kami turut disajikan dengan teh epal panas! Salawati.... Jaket Kulit Kijang dari Istanbul! Memang disediakan teh epal panas...he he heee.
Rasa seperti tetamu VIP pulak bila berada di sini!
Memang benar-benar fashion show...dengan muzik dan para peragawan serta peragawati yang keluar satu persatu menggayakan pakaian kulit!
Dan pada masa yang sama, kami menikmati teh epal yang masih panas dalam gelas masing-masing!
Tak pernahlah seumur hidup Amie, sebagai anak marhaen ini menyaksikan fashion show begini. Inilah kali pertama pengalaman Amie, di negara orang pula.
Banyak jenis pakaian kulit yang diperagakan. Dan entah berapa minit fashion show itu berlangsung, Amie pun tak sedar. Yang Amie ingat memang berpuluh-puluh jenis pakaian yang dipertontonkan dengan pelbagai aksi.
Kedai barangan kulit ini merupakan pembekal kepada jenama terkemuka dunia! Kami juga dimaklumkan, sekiranya membeli pakaian kulit di sini, harganya jauh lebih murah sebab belum diberi jenama!
Rombongan kami sangat dialu-alukan untuk mendengar penerangan lebih lanjut mengenai kualiti barangan kulit dan juga harga yang ditawarkan. Jual beli dalam kiraan matawang USD. Kad kredit juga boleh digunakan serta diskaun harga turut diberikan.
Bagi peminat pakaian kulit atau jaket kulit, jangan lepaskan peluang untuk membeli di sini. Banyak sangat pilihan yang ditawarkan! Semuanya cantik belaka!
Kami dilayan dengan sangat mesra! Para juru jual di situ menunjukkan keramahan dan kemesraannya dengan membantu menyarungkan pakaian kulit ke badan pelanggan. Senyum manis sentiasa terukir di wajah mereka.
Jom lihat harganya!
USD 1,760!
Gluupppppp!!!
Namun pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati pelanggan terutamanya tawaran harga yang lebih rendah dari harga sebenar! Nampaknya mereka tidak jemu-jemu melayan pelanggan yang ingin mencuba dan bertukar-tukar pakaian yang dicuba!
Tidak berminat untuk mencuba, tetapi berminat untuk posing di sudut!
Nampaknya Salawati berminat mencuba pakaian kulit. Untuk jaket kulit seperti di atas, harganya seperti di bawah...
USD1,100!
Oh! Melihat sahaja harganya, memang jauh dari kemampuan untuk membeli apalagi memiliki pakaian kulit dari sini. Kecualilah kalau Amie memang benar-benar berminat, sudah tentu Amie akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya. Jaket kulit tidak terdapat dalam senarai Amie, sama seperti senarai yang ditulis oleh watak utama Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Dapat juga Salawati cuba sehelai jaket warna oren yang cantik!
Cuba saja, lepas tu sempat berswafoto kih kih kihhh!
Agak lama juga kami berada di sini. Syukurlah ada juga di antara peserta rombongan yang membeli pakaian kulit ini. Taklah nampak muka orang naik hangin sebab penat beramah mesra, memujuk dan melayan pelanggan. Berbaloi jugalah teh epal panas itu. Maklumlah, selain cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (walaupun latar cerita di Istanbul), Amie pernah juga terbaca pengalaman seorang blogger yang hanya mencuba pakaian kulit di sini tapi tak jadi beli walaupun dipaksa oleh juru jual. Kemudian katanya, juru jual naik hangin dengan menunjukkan wajah masam mencuka! (Sekadar kongsi pengalaman dari pembacaan).
Memang jenuhlah juga berada di sini.
Ingatkan hanya pakaian kulit sahaja yang ada di sini, tetapi kami juga dibawa masuk mengikut pintu seterusnya.... (sangka Amie pintu keluar).
Sekali lagi rombongan kami digoda dengan barangan kulit yang lain!
Memang sangat cantik dan menawan! Tapi jauh di sudut hati, sentiasa berdoa agar dikuatkan hati menghadapi dugaan dan godaan mata ini....hiks! Nak tanya harga pun tak berani. Bukan apa... takut telinga tak sanggup dengar, tapi jiwa meronta untuk membeli! Nanti kad kredit pula jadi mangsa! Ha haaa.. terus terang sajalah, tak perlu berselindung di sebalik kata-kata yang tersirat... kih kih kih!
Apa pun terima kasih banyak-banyak kerana membawa kami ke sini, menjejak pusat pembekal barangan kulit yang ternyata memang sungguh ekslusif. Ini adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam rangka lawatan kami.
Pusat pembekal barangan kulit ini kami tinggalkan. Dan seperti yang dijanjikan oleh Encik Barchin, Hayati menghentikan bas berhadapan dengan ladang pepohon rendang berbunga merah jambu yang sentiasa mencuri pandangan!
Menurut Encik Barchin, pohon rimbun berbunga merah jambu yang terbentang saujana mata memandang ini ialah ladang peach (buah pic). Sebelum itu, bunga pic ini berwarna putih, dan kemudian berubah merah jambu!
Lihatlah dedaunnya yang hijau baru tumbuh di ranting! Maha Suci Allah yang menjadikan 4 musim dan segala tanam-tanamannya. Walaupun baru sahaja menghadapi musim dingin, pohon pic yang gondol ini mula bertunas dan berbunga di awal musim semi!
Posinglah sepuas-puasnya, walaupun hanya 2 atau 3 minit sahaja berada di situ!
Kalaulah kami boleh berhenti di setiap ladang limau, atau ladang zaitun, atau ladang-ladang lain termasuklah padang ragut kambing biri-biri... alangkah seronoknya! Nak singgah mungkin boleh, tapi kena ingat, kita terikat dengan jadual tau Amie! Ngeeeee.....
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
0 comments