Turki (18) : Özkan Dinlenme Tesisleri
1:08 PG
Bas berhenti di Özkan Dinlenme Tesisleri, tempat hentian dan rehat. Kira R & R : Rehat dan Rawat) di Yeniköy Mahallesi, Afyon Konya Yolu 8. Km, Akşehir/Konya.
Tak tersedar! Sekejap tertidur sekejap terjaga di dalam bas, rupanya sudah menjelang tengahari! Kiranya bas berhenti untuk makan tengaharilah ni!
Kami dipersilakan masuk di bahagian dalam restoran. Pertama kali melihat tempat makan di sini, rasa tenang sekali melihat dekorasi dan latar belakang warna hijau pucuk pisang. Huj! Warna hijau memang merangsang pemikiran untuk selalu berfikiran positif...hiks! Sehinggakan, apabila terpandang roti, hidangan pertama yang disajikan di atas meja, hati berkata : Enak sekali! Walaupun belum dicuba!
Seperti biasa, nun di tengah-tengah kelihatan longgokan limau! Jangan lupa ambil sebiji. kalau tak sempat makan di sini, boleh makan dalam bas.
Nak bawa ke mana roti tu Atie?
Nampaknya sepanjang berada di bumi anbiya' ini, Atie memang peminat tegar roti Turki!
Hidangan panas dari oven sedang disediakan! Pada mulanya restoran tersebut lengang, tetapi beberapa minit kemudian dipenuhi oleh pelanggan yang terdiri daripada pelancong pelbagai negara. Nampak sungguhlah para pekerja restoran tak menang tangan melayan pelanggan. Bagaimanapun, barangkali sudah terlatih dan terbiasa dengan situasi begini, mereka nampaknya sudah cukup terlatih, dan menjalankan tugas penuh tertib!
Dalam waktu yang singkat, hidangan sup tersaji di hadapan kami!
Apalagi! Ambil sebiji roti dan celup dalam sup. Sedapnya!
Eh! Bismillah dulu!!!!
Terima kasih buat Nurhidayah sebab sudi ambilkan gambar! Kadang-kadang dek terlalu leka tembak sana sini, Amie terlupa nak suruh orang tembak muka sendiri!
Eh! Biar betul? Batulkah Amie makan sebiji roti tu?
Betullah tu....
Sup pun kalau boleh nak hirup sampai ke titisan kuah terakhir!
Katanya sup ayam, tapi ada campuran lain seperti tepung! Tiba-tiba Amie teringat sup tarhana seperti yang pernah Amie lihat dalam rancangan masakan di televisyen! Mungkinkah ini sejenis sup tarhana kerana terdapat gandum di dalamnya. Setahu Amie sup terhana mengandungi yogurt dan sejenis pes khas disebut tarhana. Tidak habis setekat sup dan roti sebagai pembuka selera, datang pula hidangan seterusnya... panas dari ketuhar beb!
Ini dia yang dinamakan pipe atau pizza Turki! Pizza Turki diperbuat daripada roti pita dan di bahagian atasnya diletakkan pelbagai bahan seperti kambing atau daging, atau ikan tuna. Untuk melengkapinya, sudah tentu ada tomato, paprika, bawang bombay dan keju. Setia seorang dapat sepotong pizza.
Dah habis kunyah pide @ pizza Turki, datang pula roti pita berkeju!
Makan lagi... tapi sekeping jew tau!
Sedang menikmati roti pita berkeju, datang pula sepinggan hidangan lain berupa sedikit nasi, whipped potato, dan daging yang dibungkus di dalam terung (dolma), dihias dengan tomato dan capsicum panggang.
Ni gaya apa ni? Kiri kanan pegang makanan. Orang tamak selalu kekenyangan...hiks!
Habis licin tak tinggal sisa. Alhamdulillah, tidak berlaku pembaziran. Pandai pengurus restoran ini mengukur perut pelanggan ye...hihihiii!
Cuba semangkuk kecil puding Turki. Rasanya manis dan di atasnya ditabur sedikit kayu manis.
Eh! Bukan pinggan kita jew yang kosong licin, pinggan orang lain pun sama!
Suka sangat makan dessert di atas tu. Tidak terlalu manis walaupun ada rasa gula karamel. Atie paling suka makan puding ini sehingga setiap kali waktu makan sama ada sarapan pagi atau makan malam di hotel (kebetulan mana-mana hotel memang sediakan puding ini) Atie mesti ambil sepotong atau lebih!
Atie, ini Kak Amie dah tanya Pak Google. Nama dessert ni :Turkish Burned Milk Pudding atau (Kazandibi)Kazandibi Tarifi Görselleri.
Inilah kenangan manis yang kami tinggalkan di Kazandibi Tarifi Görselleri. Selain meninggalkan jejak, kami tinggalkan pinggan kosong...ahaks! Alhamdulillah. Rezeki Allah.
Seperti biasa, keluar dari restoran, ambil pemandangan sekitar buat kenangan diri sendiri, anak cucu dan cicit. In shaa Allah.
Ada tempat solat / masjid di sini atau mescid dalam bahasa Turki.
Kelihatan para pekerja restoran sibuk keluar masuk dari dapur membawa pelbagai hidangan panas untuk para pelanggan.
Sungguh unik reka bentuk restoran ini. Mungkin ada maksud di sebalik bentuk segi tiga tajam di atas bumbung restoran ini.
Sempat 'mengintai' kesibukan tukang masak di dapur. Mereka sentiasa memastikan hidangan segar dan panas!
Pemandangan di seberang jalan raya.
Beberapa buah bas khas yang membawa pelancong berhenti di sini.
Terakhir... sebelum bas bergerak ke Konya, sempat ambil gambar ini... simit! Nampaknya simit memang terkenal di serata tempat!
Sekian.
Catatan perjalanan dari Kazandibi Tarifi Görselleri.
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
2 comments
Salam Amie...Alhamdulilah seronoknyaaa diberiakn kesempatan utk melawat negara org!!
BalasPadamCantik2 semua tempatnya...
Azatie,
BalasPadamAlhamdulillah...kembara mencari & memikir hasil ciptaan-Nya.