Turki (20) : Avrasya Hotel
8:52 PTG
Perjalanan panjang dari Pamukkale ke Cappadocia dengan beberapa tempat persinggahan termasuk Konya, akhirnya kami tiba di Avrasya Hotel, Nevsehir pada pukul 7.30 malam. Suhu yang tercatat ketika itu ialah 12"C.
Kami akan menginap selama dua malam di hotel ini. Sempat beberapa minit memanaskan badan di sini ketika Encik Barchin sibuk berurusan di kaunter hotel untuk mendapatkan kunci bilik kami.
Lobby hotel kelihatan luas.
Di sudut hotel kelihatan sebuah tembikar sebagai pelengkap hiasan.
Bentuknya tembikar ini sangat unik. Secara tidak langsung ia turutimemperkenalkan kepada pengunjung yang terdiri daripada pelancong tentang sejarah kewujudan pembuatan seni kraf tangan tradisi di sini.
Kalau diikutkan hati rasanya nak melemparkan diri saja di atas katil!
Setelah meletakkan beg di dalam bilik, kami turun ke dewan makan untuk menikmati makan malam.
Alhamdulillah. Sekali lagi diberi kesempatan untuk menikmati rezeki yang segar dari ladang!
Jangan lupa ambil sebiji limau atau sebiji epal!
Amie cuba daging ayam sumbat, tapi tak ingat apa isinya, kubis brussels, dan juga dill.
Tertarik pula dengan kacang kuda!
Dan juga sup cendawan.
Kali ini berkesempatan ambil gambar Firinda Sultac (Baked Turkish Rice Pudding) iaitu sejenis puding tradisional Turki. Bila Amie cuba tanya Pak Google, rupanya resepi Firinda Sultac ini sangat mudah! Bahannya hanya terdiri daripada beras, susu, gula, kuning telur, tepung jagung dan vanilla. Istimewanya puding ini setelah semua bahan telah masak, ia dituangkan ke dalam mangkuk tanah liat dan letakkan kuning telur di atasnya. Kemudian hanya perlu bakar selama 2 atau 3 minit sahaja untuk mendapatkan warna kuning keemasan. Sebelum dihidangkan, puding ini disejukkan selama 1 atau 2 jam di dalam peti sejuk.
Mmmmm... rasa-rasanya akan cuba dibuat ni...hiks!
Keesokan paginya, Amie sampai agak lewat sedikit untuk bersarapan kerana sebelum itu kami mengikuti aktiviti menaiki belon panas. Perut pun memang meronta-ronta minta diisi segera!
Jom kita lihat apa yang ada untuk alas perut.
Roti memang hidangan wajib ada!
Begitu juga dengan buah zaitun.
Corn flakes dan coco crunch wajib ada.
Kalau sebelum ini asyik jumpa telura ayam warna putih, sekarang semua telur ayam kembali 'normal' ....hiks!
Pagi itu, Amie sarapan dua biji telur, semangkuk sup tomato dan beberapa keping sosej.
Memandangkan ada lagi masa selama 1 jam untuk berehat, Amie kembali semula ke bilik. Nak buka tingkap, tapi tersangatlah sejuknya bila angin menerpa ke muka! Tapi, bila lagi nak selak langsir dan tolak daun tingkaty untuk melihat pemandangan di luar.
Jom buka tingkap beberapa saat.
Oh! Begini rupanya pemandangan di luar sana.
Nampaknya buah epal bertambah lagi!
Semasa turun ke lobby dan menunggu bas bergerak untuk lawatan seterusnya, sempat tembak gambar hiasan dinding hotel.
Sekali lagi, sempat ambil gambar tembikar di waktu pagi. Dan di sebelah petangnya pula, sementara sebahagian rakan yang lain menonton persembahan 'Sufi Dance' dengan bayaran TL110, kami keluar ambil angin di kawasan berhampiran.
Baru berkesempatan melihat pintu masuk Avrasya Hotel.
Ketika ini jam menunjukkan pukul 5 petang. Matahari kelihatan rendah tanda petang akan menghampiri senja. Namun sinaran cahaya matahari tidak dapat menghalang dari rasa dingin yang menyucuk tulang sum-sum!
Sekadar berjalan-jalan melihat-lihat suasana di Nevsehir.
Jalan raya kelihatan lengang tanpa kenderaan . Ditambah pula dengan pokok-pokok gondol, bertambahlah hening dan sepinya rasa!
Di sebalik hening dan sepi, kumencari keindahannya di di celah-celah ranting pohon nan gondol!
Bila diperhatikan betul-betul, rupanya benda yang bergantungan di ranting kering ini ialah pasu kecil! Kami berempat sempat masuk ke sebuah supermarket dan membeli sedikit barang.
Sambil menjinjing barang masing-masing, kami menapak perlahan-lahan pulang ke hotel. Sesekali angin meniup, terasa dingin yang amat sangat!
Setelah melintasi beberapa buah bangunan, akhirnya tiba di Avrasya Hotel. Wah! Banyak juga hasil pembelian petang ini ye!
Sebenarnya kami telah membeli beberapa jenis barangan penjagaan diri berasaskan minyak zaitun di sebuah kedai sebaik sahaja tamat lawatan ke pusat pembuatan tembikar pada petang itu. Masing-masing membeli sekurang-kurangnya losyendan minyak zaitun. Amie pun tidak mahu ketinggalan.
Bila kami berjalan-jalan di pekan Nevsehir, terjumpa lagi produk penjagaan diri yang sama tetapi harganya berbeza! Losyen yang kami beli sebelumnya berharga TL15 dan diberi diskaun sekiranya beli 2, dapat harga TL25. Tetapi bila kami lihat di super market pula, benda yang sama harganya hanya TL9! Kami pun beli lagi, dengan menambah beberapa kotak sabun dan losyen dalam bekas kecil yang comel. Dah balik negeri masing-masing... rasa menyesal pulak belik 3 kotak sabun! Kenapalah tak beli 27 kotak ke? Memanglah sabun mandi tu tak wangi kerana bau semula jadi minyak zaitun, tapi rasa kelembutan dari minyak zaintun ketika mandi itulah yang mahal! Sebenarnya tidaklah mahal sangat, hanya TL3.99 sahaja. Lain kali kalau anda ke Turki, belilah produk penjagaan diri berasaskan minyak zaitun banyak-banyak ye...hiks! Losyen yang kecil-kecil itu pun kalau nak dijadikan oleh-oleh pun ok juga! Hanya TL1.99 kalau tak silap.
Malam itu, bermulalah sesi mengemas barang. Amie memang bawa beg kecil di dalam beg besar. Jadi, beg sudah beranak jadi dua! Kotak-kotak beisi manisan Turki (lukom) perlu disusun. Kesemuanya ini Amie beli selepas lawatan ke Ephesus. Jika anda pentingkan kualiti, eloklah beli lokum yang belum dibungkus dalam kotak. Amie dapat bezakan rasanya, kalau dalam kotak lukom lebih keras tetapi kalau beli timbangan, rasanya lebih lembut dan sedap. Apa pun terpulanglah kepada kehendak masing-masing. Amie beli begini sebab terpikat dengan kotak-kotaknya yang cantik! Kebetulan pula, setelah mendengar bahawa setibanya kami di Istanbul nanti, memang tidak dijadualkan untuk ke Grand Bazaar, jadi Amie fikir eloklah berbelanja di sepanjang tempat lawatan! Pada mulanya, memang hanya membayangkan Grand Bazaar sebagai tempat untuk membeli-belah.
Apabila matawang lira mula berkurangan, sedikit sebanyak rasa lega kerana telah membelanjakan sebahagian besar daripadanya. Tidaklah pulang dengan tangan kosong dan membawa semula matawang tersebut!
Wokey... tidur dulu.
Sudah dua malam kami menginap di sini.
Kini tiba masa untuk berangkat ke tempat lain pula.
Sesiapa yang ingin berbelanja di sini, banyak juga pilihannya. Harganya pun berpatutan dan boleh tawar-menawar pula.
Kami tinggalkan 1001 kenangan sepanjang berada di sini.
Beberapa entri tentang aktiviti dan lawatan sepanjang berada di Cappadocia akan Amie paparkan selepas ini.
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
0 comments