Turki (19) : Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
2:35 PTG
Encik Barchin (Barcin), pemandu pelancong kami pada pandangan Amie sentiasa berusaha melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Ilmu pengetahuannya tentang sejarah dan budaya, ekonomi dan politik serta geografi Turki sangat luas dan memang cukup lengkap sebagai syarat menjadi pemandu pelancong. Sepanjang perjalanan mengembara di bumi Turki, memang beliau menjadi 'perpustaan bergerak' bagi kami.
Lebih kurang 20 atau 15 minit sebelum tiba di satu-satu lokasi lawatan, beliau akan menerangkan dengan terperinci tempat yang akan kami kunjungi. Kali ini kami berkesempatan melawat Konya, The City of Seljuk Empire. Menurut Encik Barchin, Konya mempunyai penduduk sekitar 2 juta orang dan sebahagiannya berfahaman konservatif dan sebahagian lain liberal. Terdapat lebih 300 buah masjid di sini, dan tempat ini kata Encik Barchin lebih kepada 'city of madrasah'. Madrasah dalam bahasa Arab bermaksud sekolah atau tempat mencari ilmu. Barangkali ia dimaksudkan sebagai tumpuan mencari ilmu. Salah satu tempat yang sempat kami lawati ialah Muzium Mevlana. Barangkali kita boleh memahami dengan lebih lanjut apa itu city of madrasah dengan mengenali lebih dekat tempat yang kami kunjungi ini.
Muzium Mevlana juga mendapat gelaran sebagai Rose Garden kerana di sekelilingnya dipenuhi dengan pokok ros. Ketika musim bunga, sudah pastilah persekitarannya kelihatan indah dengan pemandangan menyegarkan dan haruman semulajadi dari kuntuman ros pelbagai warna. Namun begitu, biarpun kehadiran kami di sambut oleh hamparan rumput dan pohon-pohon gondol, namun ia tetap memiliki nilai keindahannya yang tersendiri.
Mevlana Museum?
Dari manakah asalnya perkataan Mevlana?
Dari manakah asalnya perkataan Mevlana?
Apakah Mevlana atau siapakah Mevlana yang dimaksudkan?
Namanya ialah Jalaluddin yang bermaksud Keagungan Agama. Dalam bahasa Parsi, beliau digelar sebagai Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi, juga dikenali sebagai Maulānā Jalāluddīn Muhammad Balkhī. Orang-orang Turki pula memanggilnya sebagai Mevlânâ Celâleddin Mehmed Rumi. Nama penuhnya ialah Jalaluddin Rumi Muhammad bin Hasin al Khattabi al-Bakri. Beliau lahir di Balkh, sebuah kota kecil di Khurasan (sekarang Afghanistan) pada 30 September 1207 ( 6 Rabiul Awal Tahun 604Hijrah) dan meninggal dunia di Konya, Turki pada 17 Disember 1273. Ayahnya masih keturunan Abu Bakar, bernama Bahauddin Walad. Ibunya pula berasal dari keluarga kerajaan Khwarazm. Ayah Rumi seorang cendekiawan yang saleh, dan berpandangan ke depan serta seorang guru yang terkenal di Balkh. Dalam buku Turkey :The Land of Sun and History menyebut begini:
His father was an important scientist and a religious man and called "Sultan of Scientist".
Ketika Rumi berusia tiga tahun, untuk mengelakkan ancaman dari serbuan Mogol, keluarganya meninggalkan Balkh melalui Khurasan dan Syria, sampai ke daerah Rom di Anatolia Tengah, yang merupakan bahagian Turki sekarang. Mereka menetap di Konya, ibu kota Rom. Dalam perjalanan tersebut, keluarganya sempat singgah di kota Nishapur yang merupakan tempat kelahiran penyair dan ahli matematik Omar Khayyam. Di kota ini Rumi bertemu dengan Attar yang meramalkan bahawa beliau (ketika itu masih kecil) akan masyhur dalam mengimarahkan hal keagamaan.
In 1218 Mevlana went through Iran and stayed here for a period of time. He became hadji and then came to Anatolia. In these days capital city of Seljuks, Konya.
Rumi menghabiskan sebahagian daripada hayatnya dalam dunia penulisan ketika di Turki semasa pemerintahan Empayar Seljuk.
Mevlana who was invited to Konya by Sultan, affected by Sems-i Tebrizi. He started writing poems and wrote his first important book Divan-1 Kebir. He described his thought in one of his books, mesnevi, which is one of the most impressive books of mysticism. His thoughts were continued to teach by his son Sultan Veled.
Sumbangan Rumi dalam bidang kesusasteraan dapat dilihat menerusi karya-karya dalam bentuk puisi dalam bahasa Parsi yang tersebar sehingga ke Iran, Afghanistan, Tajikistan, dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Turki, Azerbaijan, dan Asia Tenggara. Selain menghasilkan karya dalam bahasa Parsi, Rumi juga menulis dalam bahasa Arab, Greek dan Turki Oghuz. Rumi mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kesusasteraan Parsi, Urdu dan Turki.
Sumber : Google
According to his philosophy, main object of education is to make people to know themselves and find the truth. The main thought of realism is love and God. For this reason, it is important to find the truth isntead of writing and talking. Things that seem to be real do not exist but God makes us feel them.
Sumber : Google
Sumber : Google
Kehebatan Rumi sebagai penyair mistik dalam peradaban Islam diakui oleh para orientalis Barat. Shakespeare atau Dante juga tidak mampu menandingi ketinggian tarikan mistik seperti Rumi! Para sufi Timur Tengah juga turut mengakui karya-karya Rumi memiliki nilai ketuhanan yang sangat tinggi dan sebagai pelopor tarekat di Turki. Ini terbukti sebelum Perang Dunia II, pengikut tarekat Rumi (Tarekat Mevlevi) berjumlah sekitar 100,000 dan tersebar di seluruh Balkan, Afrika dan Asia.
Ketika kami masuk ke kawasan ini, kami lihat beberapa pasang batu nesan dan ini merupakan sebahagian kuburan para pengikut Rumi.
Jika anda berkunjung ke sini sekitar bulan April atau Mei, di sekeliling tapak perkuburan ini akan dipenuhi oleh bunga ros yang sedang mekar.
Banyak tanah perkuburan pengikut penyair sufi Rumi di kawasan ini.
Peraturan untuk masuk ke dalam muzium. Kami dikehendaki menyarung plastik di kasut kami.
Ini tempat ambil air sembahyang untuk lelaki. Untuk wanita pula, perlu ke tandas di sebarang, juga untuk mengambil air sembayang. Rombongan kami berkesempatan menunaikan solat di sini. Sementara menunggu kawan-kawan mengambil wudhu' Amie sempat rakamkan pemandangan di sini sebelum tiba masa masuk ke dalam muzium.
Perkarangan Mevlana Muzeum sentiasa dipenuhi orang ramai.
Keadaan di dalam muzium. Orang ramai berasak-asak di sini.
Kawasan ini dipenuhi oleh para pengunjung yang kelihatan bertafakur, dan ada yang berdoa. Ada yang kelihatan sunguh beremosi! Rupanya di sinilah terletaknya makan Mevlana Jalaluddin Rumi.
Seterusnya Amie sempat melihat naskhah al-Quran yang dipamerkan di dalam almari kaca. Ia merupakan sample kaligrafi khat Uthmaniyyah.
Amie pun tak sempat melawat-lawat semua kawasan sekitar. Khabarnya terdapat koleksi barangan milik Rumi dan pengikutnya di sini.
Lupa amaran di atas!
Kawasan sekitar setelah keluar dari perkarangan Mevlana Museum.
Dalam keadaan tergesa-gesa untuk naik bas, Puan Suryani sempat membeli cendera kenangan di sini.
Pemandangan dari dalam bas.
Bas bergerak perlahan meninggalkan tempat persemadian Rumi, anaknya Sultan Veved, bersama 65 kubur lain. Makam Rumi terletak di bawah kubah hijau, dibina pada tahun 1274, bersebalahan dengan Selimiye Mosque.
Selamat tinggal penyair sufi, Mevlana Jalaluddin Rumi.
Sumber : Google
Bandar Konya ini dipanggil Iconium semasa pemerintahan Rom, dan menjadi pusat agama yang penting , ibu kota dan pusat budaya dan sains pada abad ke 13. Bandar ini juga dipercayai telah wujud sejak 4000 tahun dahulu! Ia dikunjungi buat pertama kalinya oleh Rumi dan ayahnya pada tahun 1228. Di sinilah juga Rumi menubuhkan sekolah atau pondok untuk para darwis. Kini Konya merupakan bandar yang penting di antara tujuh buah bandar besar di Turki.
Selamat tinggal Konya!
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
Entri berkaitan kembara ke Turki:
1. Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Doha - Istanbul
2. Roman Hippodrome, Masjid Biru & Topkapi Palace
3. Makan Tengahari di Restoran Tamara dan Menyeberangi Selat Bosphorus
4. ida Kale Otel, Canakkale
5. Troy Ancient City
6. Gözbaşi mola (Olive Oil Outlet Centre)
7. Kardeşler Restaurant Bergama
8. Asklepion - Rumah Sakit Jiwa Pertama di Dunia
9. Natureast Anatolian Taste
10. Ada Class Hotel
11. Leather Garment Centre & Watching Fashion Show
12. Ephesus (Ancient Greek City)
13. Sofra Restaurant
14. Izmir Selcuk Isa Bey Mosque
15. Pamukkale - Hierapolis
16. Pam Thermal Hotel
17. Turkish Yogurt with Honey & Poppy Seed
18. Özkan Dinlenme Tesisleri
19. Mevlana Museum (Mevlana Müzesi - Konya Mevlana Mausoleum)
20. Avrasya Hotel
21. Hot Air Balloon
22. O Ağacın Altı, Göreme Belediyesi/Nevşehir
23. Underground City
24. Carpet Centre & Sekitar Göreme
25. Bindalli Restaurant Üçhisar
26. Uchisar Castle & Pasabag Valley
27. Venessa Seramik Art Gallery
28. Agzikarahan-Hoca Mesut Caravanserai
29. Ayrancı Dinlenme Tesisleri
30. Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk)
31. Von Resort Abant
32. Dinlenme Tesisleri
33. Perjalanan dari Bolu ke Istanbul
34. Oleh-Oleh Grand Bazaar
35. Buhara 93 Restaurant
36. Menyusuri Selat Bosphorus
37. Istanbul - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
0 comments