Turki (10) : Ada Class Hotel
6:27 PTG
Seperti hari sebelumnya, tatkala senjakala barulah kami tiba di hadapan hotel tempat kami bermalam. Kali ini kami menginap di Ada Class Hotel yang terletak di Bayraklidede Mah. Hulya Kocyigit Bulvari Devlet Hastanesi Karsisi No:42, 09400 Kuşadası, Turki.
Alhamdulillah....
Sekali lagi dibukakan pintu rezeki untuk menambah pengetahuan dan pengalaman melihat dan merasai sendiri masakan dari bumi Turki.
Ada pelbagai jenis manisan termasuk buah epal dan limau sebiji-sebiji!
Banyak sayuran segar.
Amie cuba kentang goreng, sedikit nasi dan daging biri-biri.
Lepas makan, kami masuk ke bilik masing-masing.
Perjalanan yang agak meletihkan sepanjang hari membuatkan kami ingin segera merehatkan diri.
Ada balkoni di sini. Selak langsir sikit...
Nak tengok pemandangan pada waktu malam di luar hotel.
Dan selamat malam...zzzzzz!
Esoknya...
Bangun pagi.
Gosok gigi.
Pergi mandi.
Turun sarapan.
Makan roti.
Minum kopi.
Banyak jenis keju yang dihidangkan, begitu juga dengan buah zaitun, telur tomato, timun, madu, kaymak, sosej Turki, pastirma, simit dan sup serta roti. Pagi ini mood untuk ambil gambar hidangan sarapan macam tak datang pulak ... hiks!
Ambil sajalah gambar telur ayam dengan telur puyuh!
Wokey...
Alas perut seadanya sahaja dengan pilihan sarapan yang boleh diterima tekak.
Jom... sambung kembara.
Sempat rakam pemandangan waktu pagi di sebelah kiri Ada Class Hotel.
Yang lain masih lagi berada di perkarangan hotel.
Kita naik bas dululah.
Pemandangan kiri dan kanan sepanjang jalan.
Kami melalui kawasan perumahan, bukit-bukau, ladang zaitun, ladang peach....
Entri berkaitan kembara ke Turki:
0 comments