Turki (12) : Ephesus (Ancient Greek City)

12:49 PG

Tidak semua apa yang kita inginkan akan terlaksana. Adakalanya benda yang sudah ada di depan mata, kalau bukan atas nama rezeki, memang akan terlepas jua! Kali ini rombongan dari As Syukran Vacation Agencies Sdn Bhd menyambung lawatan ke sebuah tapak runtuhan bersejarah, iaitu Ephesus (Ephesos), sebuah bandar Greek purba di pantai barat Anatolia. 
City of Ephesos was near the quay of Kaystos (where River of Meader run into Aegean Sea) and at the foot of Pion Maountain (Panayir). When these aluvions brought by the river filled the quay, it was shifted the southwest of mountain, foot of Konessos Mountain.

Banyak perkara baru yang Amie perolehi di sini, walaupun terlepas pandang dua perkara iaitu tentang tujuh orang yang tidur dalam gua yang disebut dalam al-Quran. 
Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Raja Decius dari Rom (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina

Sumber : Wikipedia & Turkey : The Land of Sun History.

Mengapa Amie terlepas pandang walaupun inilah sebenarnya gambar pertama Amie ambil ketika masih berada di dalam bas, yang berhenti seketika di simpang masuk ke tapak runtuhan Ephesus sementara pengawal keselamatan memeriksa biodata  kami. Setelah Amie belek-belek semula kamera dan membaca buku Turkey : The Land of Sun and History, barulah tersedar Amie telah terlepas sesuatu! Mungkin Amie terlepas dengar penerangan daripada Encik Barchin, atau sememangnya perkara ini tidak disebut. 
Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arabأصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Decius dari Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
  • Mereka akan berkata, Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
Menurut Ibn Abbas pendapat yang kuat iaitu tujuh orang dan yang kelapan termasuk anjing.
Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.

Pengawal keselamatan sedang menjalankan tugas di simpang jalan masuk ke Ephesus.
Kita sambung lagi kisah Ashabul Kahfi:
Kahfi bermaksud gua. Ashabul bermaksud ahli. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:
  1. Gua di EfesusAnatoliaTurki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini. Namun gua ini juga turut menepati ciri-ciri yang diberikan dalam Al-Quran.
  2. Gua di DamsyikSyria.
  3. Gua di AmmanJordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam Al-Quran. 
    Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Peradu Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.
Dan satu perkara lagi yang terlepas dari perhatian Amie sudah tentunya rumah Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s yang dikatakan terletak di puncak bukit  di kawasan Ephesus. Wallahua'lam. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang bathil itu datangnya dari hamba ini sendiri.

 Pemandangan di pintu masuk Ephesus.


Semua tiket masuk diuruskan oleh Encik Barchin. Kami hanya perlu melangkahkan kaki melepasi pintu masuk sahaja.


 Antara runtuhan pertama yang boleh dilihat dari pintu masuk.



Tak sempat baca sebab terpaksa kejar masa untuk ke tempat seterusnya. Jadi eloklah ambil gambar sahaja sebagai rujukan di kemudiannya.









 Peta pandu arah kawasan Epehsus.





Tapak runtuhan Ephesus sangat luas. Cuaca pula agak panas tapi berangin. Ramai pelancong dalam kumpulan masing-masing memenuhi setiap bahagian Ephesus. Binaan di sini kelihatan kukuh dan berseni. Mengikut pembacaan Amie, kebanyakan seni bina  yang digunakan di sepanjang persisiran Laut Aegean  di Asia Minor (Turki) ialah dari jenis reka bentuk Ionic ( Ionic ialah salah satu jenis seni bina yang popular di Eropah selain Doric dan Corinthian). Salah satu bangunan di Ephesus yang dibina berdasarkan seni bina Ionic ialah Kuil Arthemis.



 Antara pohon kering penuh ranting yang sentiasa menarik perhatian Amie.

 Pada mulanya Amie sekadar menganggap ia pohon biasa, atau pohon hiasan semata-mata.

Terdetik pula di hati untuk melihat dengan lebih dekat. Ia bukanlah pohon yang hampir mati tetapi di setiap rantingnya tersembul tunas hijau!

Ternyata ia bukan sebarang tunas, tetapi setelah diamati, inilah pokok tin! Pokok tin selepas musim sejuk, berada di awal musim bunga sedang mengeluarkan putiknya! Subhanallah!

 Jalan-jalan lagi... sekitar runtuhan Basilica Stoa.



Kata Encik Barchin, yang berbentuk  bulat-bulat atas permukaan batu marmar itu ialah permainan dadu!

 Lantai kota terdiri dari susunan batu marmar putih yang licin.

Jelas terlihat penggunaan barisan tiang dan teknik batu besar dalam binaan. Ia memperlihatkan luahan perasaan  mewakili falsafah masyarakat yang mementingkan konsep 'erete' iaitu bagi memenuhi kehendak jiwa, minda dan rohani dan melibatkan aspek keagamaan serta sosial.

















Juru kamera tu saja jew ikut kami... akhirnya Amie pun terparangkap juga! 4 keping gambar muka Amie terpamer di pintu keluar berhadapan dengan bas kami. Aiisshhh... mahu tak mahu Amie beli juga walaupun tiada paksaan. Amie tak mahu gambar Amie tertinggal di tempat orang. 4 keping gambar semuanya berharga 40 lira! 












Lantai kota yang landai, diperbuat dari susunan batu marmar yang licin. Hati-hat ketika menuruninya hingga ke bawah.



 Ini seolah-olah simbol ular yang Amie jumpa semasa lawatan ke Asklepion!

Memius Temple. It was built in the name of grandson of dictator Sulla, Memius in 1st century AC and there is a temple where the statues of this family on the upper part of this temple with a fountain built in 4th  century AC.

Banyak sangat kesan tinggalan sejarah yang tak mampu Amie kongsikan penerangannya di sini. Hanya mampu kongsi gambar-gambar sahaja. Gambar di atas ialah gambar Temple of Domitian. This place in front of water Palace has also inclued a temple made for emperor Domitian between the years 81-96.

 Di belakang tu... Temple of Domitian.

 Ketika ini ramai sangat pelancong bergambar di sini. Di belakang sana.... ukiran patung Dewi Nike. Mengikut kepercayaan masyarakat Rom, Dewi Nike sama dengan Dewi Victory iaitu  Dewi Kemenangan. Dewi Nike digambarkan dalam keadaan bersayap di dalam lukisan dan pepatung. Namanya diambil sempena nama Tuhan Greek Nike - The God of Victory iaitu Tuhan Kemenangan. Mungkin ramai telah mengetahui bahawa Nike merupakan satu jenama kasut terkenal. Perekacipta kasut ini menggunakan jenama Nike berdasarkan Dewi Nike.













 Kuretler Avenue and Celcus Library.









 Traian Fountain.

This fountain which was constructed at the beginning of the 2nd century in the name of emperor Traian had a style of double floor column decorated by 12 meter high statues. At the place where water flows only one leg of the big Traian statue exists.














Temple of Hadrian.
In front of this temple which was built in respect of Roman emperor Hadrian in 2nd century, there is a relirf of fortune goddes Fortuna in the middle of the belts carried by a column with four corent heads. Meduza relief is also seen on the semicircle behind the temple.








 Ini sistem pembentungan dan  tandas awam!

Kata Encik Barchin, tandas awam ini dalam keadaan terbuka! Ruangan sentiasa berangin, dan katanya itu menghalang aroma.....

These public toilets which are placed on the left of Hadrian Temple were formed by U shaped marble as the sitting places. This place which can serve fifty persons at the same time people were sitting side by side.... owwwwwhhhhh!

 Bergambar dengan kucing montel!
Kali ini tangan Amie kena cakar!

Kedudukan tandas awam... fresh water flowed in the channel in front of the seat for cleaning!


Celsus Library. The library was built as a tomb for the Asian Governer Tiberius Julius Celcus in 117 AC by his son Julius Apuila. On the front face of the building which is a doublex there were four woman status symbolising the education, fate and intelligence of Celcus. The library which had 12,000 roll of books was destroyed by the invasion of Gots in 265 and restrorated in its original from between the years 1970-78. The marble tomb of Celcus is in a room under the big niche.

 Celsus Library. 












Ini merupakan simbol berdasarkan titik-titik dan lubang, tapak kaki dan gambar perempuan. Kata Encik Barchin, sang lelaki boleh memasukkan duit di dalam lubang (terlindung bayang) dan terus melangkah ke hadapan untuk mendapatkan perempuan.




Inilah The Great Theater. The theater which was first constructed in Hellenistic Age has axtended both in the periods of emperos Claudius and Traianus (98-117 AC). It is 18 metre long and has a triple stage. The place for the audience is devided into there section consisting of 22 raws each and it has the capacity of 24,500 seats!





 Pintu keluar dari The Great Theatre.
Ruangnya sempit dan rendah.


 Nampaknya setakat ini dahulu cerita dari tapak runtuhan kota Greek purba. Jauh juga kami berjalan dari pintu masuk hingga ke pintu keluar di bahagian belakang Big Theatre! Dan hanya inilah sahaja buah tangan Amie untuk rakan pengunjung, walaupun tulisan ini tidak sempurna mana disebabkan kekurangan ilmu sejarah dan kajian! Hanya mampu menulis apa yang dilihat dan apa yang sempat dirakam walaupun sebenarnya banyak yang tak terakam sama ada melalui minda ataupun lensa kamera!

Walaupun dikatakan keluar dari bandar Ephesus tetapi masih ada lagi runtuhan lama di sekitarnya! Oh...sungguh luas tapak runtuhan ini.

Walaupun kaki sedang melangkah kehadapan meninggalkan tapak sejarah purba, namun kepala sesekali berpusing ke belakang!

 Merakam sekali lagi apa yang akan ditinggalkan.















Bila terpandang tandas awam di hadapan ini, terbayang semula barisan tandang awam yang dibina rapat-rapat dalam keadaan terbuka di tapak runtuhan!



 Singgah sebentar di gerai jualan pelbagai macam cenderamata.

Dan sempat melihat penjual asikrim mempermainkan pembeli sebelum aiskrim benar-benar bertukar tangan!

 Di mana-mana ada buah delima dan oren!

 Sekadar melihat-lihat.





Bagi yang suka mencari oleh-oleh buat kenangan ketika berada di satu-satu tempat, eloklah beli di sini.

Ini ada satu lagi penjual aiskrim, tapi macam teragak-agak pulak nak beli! Akhirnya memang tak beli pun ha ha haaa.... Nanti ko main-mainkan aku pulak!

Akhirnya 'terbeli' 14 kotak lukom. Mungkin harganya agak murah dan pelbagai jenis. Bukan main suka penjual lokum. Setelah menerima wang, dia terus mengucapkan terima kasih dan 'I love you'. Dia bergurau.
You love me? Tanyanya kembali.
No.
Owwhhh! You broke my heart. 
Begitulah antara gurauan para penjual yang Amie temui untuk menyatakan rasa terima kasih dan kegembiraannya
Tapi ketika kaki melangkah untuk naik ke tangga bas, juru kamera sudah menanti dengan segala foto yang sudah dicucinya! Di situlah Amie terpaksa membayar 40 lira untuk harga 4 keping gambar wajah Amie. Apa boleh buat, sebab Amie tak mahu tinggalkan gambar wajah di sini.
Entri berkaitan kembara ke Turki:


0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe