Assalamualaikum. Hari ini tuan dapur balik lewat petang kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Jadi, anak-anak terpaksalah makan tengahari dan petang di luar. Bagaimana pun kepada pengunjung yang bertandang ke dapur Amie malam ini, Amie tidak biarkan pulang begitu saja sebab Amie ingin kongsikan resepi Telur Teh Herba. Bahan-bahan: 5-10 biji telur 1 kantung Rempahan Telur Teh Herba DeliChef 1.5 sudu besar kicap...
Assalamualaikum. Jom nikmati Nasi Mackerel, hidangan penyelamat menggunakan ikan tin! Ramai yang keliru antara mackerel dan sardin, sebab asal saja ikan tin kita terus kata itu ikan sardin! He he hehh.... apa pun ikan sardin dalam tin memang salah satu hidangan yang Amie gemari sejak kecil. Mungkin sesetengah orang tidak menggemari sardin dan lebih suka memilih mackerel disebabkan baunya yang dikatakan agak hanyir,...
Assalamualaikum. Tak sabar nak sambung makan Kek Kukus Asam Manis yang sangat sedap ni! Tengahari tadi sempat jalan-jalan ke dapur Yatie Memories - Sinar Kehidupanku dan menjamu mata pula dengan Kek Kukus Asam Manis yang dipanjangkan dari dapur Ita Masam Manis. Seingat Amie, semua bahan yang tersenarai dalam resepi tersebut ada di dapur kecuali telur! Jadi selepas tamat mesyuarat kewangan petang tadi, Amie terus pecut pulang...
Hidangan Tengah Hari / Malam
Ikan Bolu @ Milkfish Masak Rebus, Sayur Manis Goreng Daging & Sambal Mangga
Assalamualaikum. Hidangan hari Isnin... menu tengahari merangkap ke malam kerana ketika menghadap hidangan ini jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Maklumlah, sebelum sampai ke rumah Amie ambil dahulu anak-anak pulang dari sekolah dan sempat singgah di pasar berhampiran untuk mencari ikan segar. Dapatlah seekor ikan bolu @ milkfish seberat 1200 gram. Tak sabar ingin menikmatinya! Bismillah.... Ikan Bolu @ Milkfish Masak Rebus, ada...
Assalamualaikum. Nampaknya hujung minggu sudah berakhir. Esok hari Isnin, dan sudah tentunya bagi penjawat awam telah bersiap sedia untuk memulakan tugasan seterusnya. Sebelum beradu, Amie paparkan menu hidangan petang kami iaitu Kuih Talam Lapis Ubi Kayu. Agak lama juga Amie teringin makan kuih talam ubi kayu tapi setiap kali ubi kayu sudah ada di dapur, terbiar begitu saja sampai lebam-lebam biru dan akhirnya...
Assalamualaikum. Selamat petang semua. Tentu sudah kenyang menikmati hidangan tengahari dan pastinya sedang bersantai-santai bersama keluarga tersayang. Hari minggu yang redup dan mendung ini Amie kongsikan hidangan tengahari yang ringkas dan merupakan lauk yang Amie ingin sangat makan sejak kebelakangan ini. Lauk yang Amie maksudkan ialah Acar Jantung Pisang dan Ikan Sulit @ Sulig Goreng. Resepi Acar Jantung Pisang Amie perolehi dari Majalah...
Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen. Petang ini cuaca agak mendung, nyaman sekali! Enaknya kalau dapat lelapkan mata buat seketika. Anak-anak sedang sibuk membantu Encik Suami meneruskan kerja mengemaskini perpustakaan kecil kami yang telah diubahsuai. Walaupun pada sebelah pagi hingga tengahari terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah, tetapi setelah dihidangkan dengan Nasi Ayam, nampaknya ringan tulang pula anak-anak dengan...
Assalamualaikum. Nampaknya tangan ini masih gatal sangat nak menggodek tepung & the gang! Tambahan pula, rakan-rakan sekerja menyuarakan keinginan untuk mencicipi hasil air tangan kita. Selama ini kalau Amie buat kek, anak-anak jarang makan kecuali kek yang digemari, dan Encik Suami rajin membawa kek ke tempat kerja untuk dinikmati bersama rakan-rakannya. Pernah sekali, Amie bawa KEK KELASI MABUK dan ternyata rakan-rakan sangat menggemarinya! Sebenarnya...
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita bertemu kembali di alam maya. Kali ini Amie hidangkan Nasi Kerabu untuk perkongsian resepi bersama rakan-rakan pengunjung. Beberapa hari lepas Encik Suami menyatakan keinginannya untuk makan solok lada. Jadi, Amie fikir alangkah enaknya kalau solok lada dinikmati bersama nasi kerabu. Amie cadangkan kepada Encik Suami supaya mencari bunga telang, dan akhirnya petang tadi dibawanya pulang...