Sotong Goreng Rangup & Tembikai Nata de Coco

8:57 PTG

Macam tak terasa pula hari ini sudah masuk hari ke 16 umat Islam berpuasa. Tak tersedar bangun sahur setiap dinihari, dan seolah-olah sudah menjadi satu kebiasaan pula. Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, segalanya berjalan dengan lancar. Rutin harian dilaksanakan seperti biasa, manakala tahap kesabaran pula semakin bertambah. Orang kata sabar itu buahnya manis...... tapi kalau terlalu bersabar, adakalanya buahnya menjadi masam pulak ye.... dah berfalsampah pulak dah... Apa menu berbuka petang tadi?


Amie buat sotong goreng salut tepung, bubuh sos cili Thai. Taburkan mangga muda, dan hirisan bunga kantan. Ringkas saja penyediaannya , dan kelam-kabut membuatnya sebab tertidur sekejap akibat terlalu letih. Bila terjaga sudah pukul 5.30 petang, dan waktu berbuka puasa pula pukul 6.20. Suami nak makan mee goreng, tapi memandangkan anak-anak pun sudah jemu dengan menu itu, Amie kata padanya... lain kalilah kita masak. Hmmm... kalau dah namanya sotong goreng rangup, sedap ratah ajelaaaa.....



Bahan-bahan:
2 ekor sotong (600 gram) - bersihkan, buang mata, mulut dan kulit dan potong ikut suka
1 biji telur
3 biji bawang putih - tumbuk
3cm halia - tumbuk
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1/2 sudu serbuk ENO
4 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
garam & gula secukup rasa / serbuk pati ayam / bilis
minyak
sos cili Thai
hirisan mangga muda
hirisan bawang besar
hirisan bunga kantan
hirisan daun bawang

Cara:
1. Gaul sotong bersama bahan tumbuk, serta garam dan gula secukup rasa.
2. Pukul telr dan gaulkan bersama sotong.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk ENO.
4. Pansakan minyak dan goreng hingga garing.
5. Angkat dan tuangkan sos cili Thai di atasnya.
6. Taburkan hirisan mangga muda, bunga kantan, bawang besar dan daun bawang.

Dan di bawah ini pula, entah apa namanya, campur segala bahan jadilah sesuatu yang tak tahu nak sebut apa... hi hi hiii..... Mulanya nak buat puding berkuah, lupa nak masuk puding... masuk benda lain pulak!



Anak bongsu Amie suka sangat makan tembikai, yang sulung pula suka nata de coco manakala yang tengah suka jus buah-buahan tropika campuran. Amie campur sajalah kesemuanya menjadi satu. Kuahnya tu Amie gunakan Bliss - minuman yogurt rendah lemak. Sebenarnya menyediakannya pun selepas habis makan nasi waktu berbuka puasa. Tak sampai berapa saat, habis licin sekelip mata! Yang tinggal hanyalah gambar ini sahaja.....



Nampaknya esok kena buat lagi.... sebab puding tu masih belum terusik! Inilah namanya perancangan, lain yang nak dibuat lain jadinya. Selamat berbuka puasa semua......

27 comments

  1. waduh2... kak amie ! ooh tak terpk sebelum ni letak yogurt bliss tu !

    BalasPadam
  2. Mama Likha,
    bantai je... tapi memang sedaplah!

    BalasPadam
  3. aduh kak amie...terliur negok buah2 tu..comel pulak bulat2...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum akak...
    mmg nampak sedap ler akak sotong goreng rangup tu... n tembikai nata de coco tu pun nmpk sedap... comel..

    BalasPadam
  5. salam kak...apa fungsi eno tu ye kak utk goreng sotong tu? pertama kali dengar..kebetulan esok lak nak goreng sotong..hehhehe...

    BalasPadam
  6. salam kak amie.. ita da sotong tapi nak cari resepi sotong goreng yang betul2 ranggup susah.. nanti nak try resepi akak plak ye

    BalasPadam
  7. Nani,
    ha ha ha... itu sajalah yang termampu kakak buat, tak ada kreativiti langsung!

    BalasPadam
  8. Diana,
    dalan banyak-banyak resepi sotong, resepi ini sajalah yang anak-anak paling suka,


    Quinnie,
    ENO tu kakak jadikan sebagai pengganti baking powder & soda bikarbornat supaya tepung jadi kembang & rangup


    Ita,
    boleh try, tak pakai telur pun boleh tapi kena bubuh air sikit, kalau pakai telur rangup lembut, tapi pakai air jadi keras sikit...

    BalasPadam
  9. Salam kak amie!! sedapnyerrrrrrrr tembikai nata de coco tuuu! suke!! sotong tu pun nmpk sedap! kita sejak2 dah cuti raya ni nak buat menu berbuka tuk org2 yg berpuasa malas sgt2! hihihi.. ikut tekak sesuka hati jerr :D

    BalasPadam
  10. kita tengok sotong...sedap...tapi teringat ingat mufin awak kat n3 bawah tu...comel dan sedap

    BalasPadam
  11. salam Kak Amie..apa kabar?rindunya ngan akakkkkkkkkkkkk....nampak sedap tembikai nata de coco..tambah lak klu mkn sejok2..

    BalasPadam
  12. kak amie cayang...mieza suka sotong tu..ratah je kak..kerup kerap dalam mulut..sedapnyer kak

    dan tembikai tuh aduhhhhh mengancam jiwa hambaaaaa!

    BalasPadam
  13. Salam Ika,

    kalau dah otak & tangan kreatif macam Ika, malas macamana pun hasilnya tetapjadik jugak! he he hehhh..kadang-kadang Kak Amie pun suka layan jugak kemalasan, sesekali aje tau! lepas tu rajin balik...


    Gerau,

    suka mufin ye, Kak Amie suka buat sebab layan anak bongsu (minat masak, nampak comel ye...


    Azatie,

    mana awak hilang ha? kita pun tercari-cari dia, tetiba muncul pulak dah... sihat tak? apa cerita sekarang?


    Mieza cayang,

    rindu pulak nak dengar suara Mieza dalam telefon, borak-borak panjang, takpe ye dik... nanti ada rezeki kita sembang-sembang lagi ye...

    BalasPadam
  14. Terliur tgk dessert tu kak..campuran buah-buahan & nata de coco, sejuk je lalu tekak ye..:)

    BalasPadam
  15. Qemaishak & Papa Mifz,
    terliur takpe, kuar... jangan telan masuk, batal posa tau... he he hehh

    BalasPadam
  16. ucu pun masak sotong goreng tepung semalam...tp xde la mcm akak punya...
    dah ngences tengok buah2an tropika tu...nasib baik dah buka posa tadi...

    BalasPadam
  17. uwaaa,.....lambat tiba mesti dh abisss....sotong sedap, tembikai nata d'cocoa pun sedap sgt nmpk

    BalasPadam
  18. Assalam kak amie,ala pepagi dah terliur,cemana nih kak,sotong rangup da mangga lak tuh,kecur liur dah ni..

    BalasPadam
  19. tanpa merancangn pun boleh menjadi juga..

    BalasPadam
  20. Ucu,

    lain kali bawa tisu lap ngences tu ye....hi hi hiii

    Ida,

    ada lagi kat atas tu... tak ke mana pun dia...hi hi


    Dana,

    leleh liur tu kira normal... kalau tak de liur tu yang kita bimbang tak normal..kih kih kihhh


    MamaEma,

    betul tu, kadang-kadamg yang tak dirancang tu, kejadiannya jauh lebih baik dari yang dirancang ...

    BalasPadam
  21. Sejuk tekak nampak tembikai dalam yoghurt bliss tu Amie..

    BalasPadam
  22. aduhaiiii.....trliur tgk mbikai nata de coco tu....okehh...nak try buat...

    BalasPadam
  23. MP,
    buat... jangan tak buat...

    BalasPadam
  24. Salam Akak..Wahhhhh..saya suke idea air blissss itu....Boleh gak buat ni....

    BalasPadam
  25. Sue,
    mesti buat... sedap tau!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe