Lamb Steak ala Cocos
8:21 PTGSalam petang Khamis. Sudah berbuka puasa semua? Alhamdulillah umat Islam telah menunaikan ibadat puasa pada hari ke 11. Hari ini Amie sempat masak lauk untuk keluarga tercinta. Resepinya mudah sahaja, iaitu resepi keluarga sebelah suami. Dulu Amie memang tidak berminat dengan daging biri-biri tapi, dek selalu keluarga sebelah suami hidangan menu begini, lama-lama Amie pun berjinak-jinak juga dengan resepi ini. Biasanya mereka bubuh lebih halia, bawang putih dan lada putih. Amie pun sampai terpejam-pejam mata tengok mak mentua gunakan begitu banyak lada putih. tengok bapa mentua masak pun sama juga,lagi banyak lada putih dibubuhnya! Dalam hati tertanya-tanya, apalah rasanya nanti.... tapi bila Amie cuba makan, memang sangat sedap! Mungkin mak mentua bubuh lebih air asam jawa.... masuk air asam jawa tau dalam resepinya tu! Tentang lada putih tu, memang mereka kaya dengan rempah tu sebab ada pokok sendiri. Kadang-kadang kalau rajin, Amie pun tolong petik buah lada yang masak. Setelah diproses jadilah lada putih dan sebahagian yang agak muda jadi lada hitam!
Ini hasil masakan Amie untuk berbuka petang tadi. Sebenarnya suami selalu sarankan Amie belajar masakan barat dari bapa mentua (bapa mentua Amie sebenarnya dulu bekerja sebagai tukang masak orang putih ).
Bapa mentua Amie memiliki kepakaran menggesek biola. Setiap kali bertemu dengannya, memang tak pernah jemu beliau bercerita tentang zaman pentadbiran Clunies Ross di Pulau Cocos-Keeling, dan sesekali semasa beliau bercerita, emak mentua pula mencelah. Cerita-cerita beliau itulah yang membangkitkan semangat Amie untuk menyiapkan novel TERITIP yang berlatarbelakangkan sejarah pentadbiran British, dan sebab-sebab penghijrahan orang Melayu Cocos ke pelbagai penjuru tanah jajahan Inggeris termasuk Singapura, Malaya, Borneo, Christmas Island dan sebahagiannya berhijrah ke wilayah Geraldton, Kattaning serta wilayah-wilayah lain di Australia Barat. Beliau lahir di Pulau Cocos dan sememangnya kehidupan di pulau tersebut banyak bergantung kepada hasil laut terutamanya ikan. Mungkin itulah salah satu sebab mengapa begitu banyak jenis ikan yang mereka ketahui.
Bapa mentua Amie terkejut bila Amie hulurkan kepadanya senaskhah novel ini dan Amie katakan padanya..... kisah yang saya tulis adalah kisah yang emak dan bapa selalu cerita kepada saya! He he heee... sambung cerita pasal resepi tadi tu ye.... anak-anak suka sangat kuahnya yang lazat tu!
Bahan-bahan:
600 gram daging bebiri muda - potong ikut suka
3 biji kentang - potong ikut suka
1 labu bawang besar - cincang
5 biji bawang putih - tumbuk
5cm halia - tumbuk
1 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu lada hitam - tumbuk
1 cawan bancuhan air asam jawa
garam / perasa / 2 kiub pati ayam - pilihan
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan daging bebiri dan gaul sebati. Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan lada putih dan lada hitam serta kentang.
4. Tutup kuali sehingga kentang dan daging bebiri empuk.
5. Masukkan garam / perasa / kiub pati ayam.
6. Kacau sekali-sekala sehingga kuah pekat.
7.Angkat dan hidangkan.
Menu berasaskan lamb merupakan salah satu menu wajib dihidangkan sekiranya ahli keluarga dan sanak saudara sebelah suami berkunjung ke rumah Amie. Yang pastinya, bapa mentua Amie kurang memilih menu yang lain sekiranya sudah tersedia menu di atas.
24 comments
kak amie..mieza tatau pun akak ni tulis novel..beshnyer kak...mieza ni tak pandai menulis..cuma menulis akademik saja..banyak juga artikel tulisan mieza yg kuar magazine..nak tulis novel tak reti hehehe..tahniah kak
BalasPadamsteak ni nampak sedap je kak..mieza suka lamb steak..the only lamb yg mieza makan...:)
Mieza,
BalasPadamsekarang dah larat nak tulis lagi, komitmen banyak untuk tugas sekolah,
Kak Amie pun memang minat nak tulis bahan ilmiah / akademik,tapi itulah... banyak bebeno alasanya!
ini resepi istimewa keluarga suami kakak tau!
kak amie, nani berkawan dgn org cocos, tak pernah tahu pon apa hidangan tradisi org cocos. rupe2nya sedap2! bah, pasni nk try2 la buat.
BalasPadamAmie, penulis novel rupanya. Teringin nak baca novel Teritip tu, mesti best kisah dan sejarah orang Melayu kat kepulauan cocos tu kan, ada jugk tengok majalah3 hari tu.
BalasPadamsalam amie..
BalasPadammaklong pun kurang suka dengan kambing ni.. tapi tengok gambar amie ni berseleralah pulak..
Teringin nak baca novel Teritip tu...
BalasPadamp/s...sedapnya lamb steak tu!!!!!!
Assalam Amie, oh rupanya penulis novel, teruskan pejuangan amie.
BalasPadamBestnya dapat FIL pandai msk masakan barat, boleh belajar byk darinya. Oh rupanya lada hitam tu dari lada yg muda, akk ingat lada putih yg tak tua heheh
Best menu amie, tapi akk tak pernah cuba nak makan pulak dgg biri2, kambing pun akk jarang2 sanagt jamah, kecuali terpaksa hehe
kak amie.. bakat besar tulis novel akak ita kagum dengan akak.. balik masak untuk family lepas kerja pun dah cukup kagum tambahan tulis plak lagi kagum.. bagus la..
BalasPadamita tak buat menu western lagigi bln puasa ni kena buat gak ni..:)
Nani,
BalasPadammemang banyak masakan tradisi Cocos, kebetulan mak mentua memang dulu ketua tukang masak dalam mana-mana majlis kenduri kendara kampungnya, banyaklah kakak sempat belajar darinya (semasa hayatnya dulu) terutama kuih & roti... bab roti memang Kak Amie tak pandai buat....
Ummi,
BalasPadammemang novel tu berkisar tentang sejarah orang Cocos di Kepulauan Cocos semasa era pentadbiran Clunies Ross dan sebahagiannya kisah selepas kemerdekaan negara kita....
Maklong,
BalasPadamAmie tak berapa gemar baunya, tapi cara mak & bapa mentua masak gunakan lebih halia, lada putih dan air asam sebenarnya membuatkan masakan ini lebih sedap!
MP,
BalasPadamtahniah ... kerana berminat nak baca, tapi ini bertema sejarah tau, ramai tak suka baca sebab lebih kepada pemikiran...
Kak Rosa,
BalasPadamminat menulis itu tetap ada, cuma masanya amat terbatas....
kalau mak atau bapa mentua masak memang rasa sedap, itulah sebab kenapa Amie pun suka makan lamb...
Ita,
BalasPadamangan-angan dan cita-cita tu memang besar tapi, nak merealisasikan tu.... terasalah diri ini teramat kecilnya,
sesekali sediakan menu western memang sedapkan Ita.
apa rasanyer ek?
BalasPadamx biasa makan lagik
wahhh kak amie...menu ala2 western d'bulan posa, sedapnyer lamb steak
BalasPadamk.amie ni serba serbi boleh buat....kesiannye sbb terlalu sibuk sampai x sempat nk update blog yang dua lagi tu ye...
BalasPadamKolam ikan dah ada ikan ke blm...?
Salam Amie...Penulis novel rupanya Amie,kak Zai nak cari buku tu.
BalasPadamBeruntung Amie dapat mak dan bapa mertua yang pandai memasak.
Lady Ayu,
BalasPadamrasa lamblah dik.... he he hehhh
Ida,
BalasPadamsekali-sekala...kurasa teringin, sedap!
Ucu,
BalasPadamtak sedar diri .... rupanya lebih kepada blog masakan, yang 2 blog lagi tu tengah berhibernasi... kolam tu masih terbengkalai! hi hi hi....
Kak Zai,
BalasPadamsekarang Amie tak mampu nak tulis lagi.... tak larat!
cetakan buku tu terhad Kak Zai, cetakan kedua tahun 2009, tak tahulah ada lagi ke tidak,
bapa mentua memang bekas tukang masak orang putih, emak mentua (arwah)pula ketua tukang masak dalam segala masjlis kenduri-kendara di kampung...
handalnya...masak...handalnya main bonggooo... he he h...biola...
BalasPadamGerau...
BalasPadamlepas makan,main bonggo... bahasa apa tu erk...