Sup Tulang Tumis Darat
8:17 PTG
Selamat malam semua. Amie masukkan satu lagi resepi tertunggak, juadah berbuka puasa hari ke 18. Amie masak sup tulang tumis darat. Ini resepi yang Amie ubahsuai ikut citarasa sendiri. Rasanya memanglah sedap sebab Amie dan suami memang suka masakan begini. Kuahnya yang agak pekat memang sedap sangat makan dengan nasi, tapi sebab suami suka makan mee, Amie pun sediakanlah untuknya semangkuk mee hoon berkuahkan sup tulang tumis darat ini. Anak-anak tak suka makan daging lembu, jadi Amie lebihkan kentang sebab kentang memang kegemaran mereka.
Amie pun tak pasti tulang apa... tulang lembulah, tapi entah bahagian mana. Ada sebahagiannya macam tulang rusuk, ada pula macam tulang tengkuk. Amie tak pedulilah..... masuk semua dalam belanga! Rebus dengan bawang putih, halia, sup bunjut, tomato dan bonggol pokok sup. Amie ikut saranan kakak, lebihkan bawang putih, pecahkan saja 10 biji bawang putih dan campak ke dalamnya. Rebus sampai mendidih, kemudian renihkan dengan api perlahan selama 2 jam. Pada masa ini, Amie kunci jam dan lelapkan mata sekejap. Bila jam berbunyi, lembutlah daging yang melekat di tulang itu nanti. Hanya tumis bahan-bahan seterusnya untuk dimasukkan ke dalamsup. Sayangnya, mata tak dapat lelap sebab aroma sup tadi menerjah sampai ke ruang tamu! Sebab apa tau.... haaa... inilah rahsianya, sebab Amie masukkan bonggol pokok sup....pecahkan bonggol dengan alu lesung dan campakkan juga ke dalam sup tulang tadi.
Bahan-bahan:
800gram tulang lembu
5 biji tomato - belah 4
4 biji kentang - belah 4
1 paket sup bunjut
10 biji bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 4
2 liter air
2 kiub pati lembu / garam & perasa
1 sudu lada putih - tumbuk
bonggol pokok sup - pecahkan
daun sup
bawang goreng
Bahan tumis:
5 biji bawang merah - kisar
5 biji buah keras - kisar
2 sudu rempah sup
5cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
Cara:
1. Masak tulang bersama 2 liter air.
2. Masukkan bawang putih, halia, sup bunjut, bonggol pokok sup, bawang besar dan tomato.
3. Setelah sup mendidih, gunakan api sederhana dan tutup periuk. Renih selama 2 jam atau sehingga daging empuk.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah. Masukkan rempah sup bersama 4 rempah sekawan ( kayu manis, buah pelaga, buang lawang dan Bunga cengkih).
5. Masukkan sedikit air rebusan tulang supaya bahan tumis tidak terlalu kering.
6. Masukkan bahan tumis ke dalam sup tulang bersama ubi kentang.
7. Masukkan kiub pati lembu, lada putih atau bahan perasa lain termask garam.
8. Kuah akan menjadi sedikit pekat kerana adanya tomato, kentang dan bahan tumisan.
9. Tutup api dan sedia hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun sup.
Jangan lupa buat sambal kicap ye!
4 comments
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwaduh kak amie..semerbak sup sampai ke sini ni..nak buat camne ni..dah terliur ni???
BalasPadamSuri,
BalasPadammarilah sini....kita makan sama-sama, ada banyak lagi ni...
bahagia tinggal di rumah kak amie..kalau nani duk sana jugak, konfem semakin kembang2 dah...sebab selalu dpt makan sedap2...aduh kak amie...sup tulang ni memang feveret dr dulu lagi....makan cicah roti pon sedap!
BalasPadam