BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA
9:29 PTGSegmen Santai Bersama BEN ASHAARI pada kali ini DI SINI iaitu BLOG ANDA TELAH MENJADI PILIHAN SAYA, KENAPA SAYA PILIH BLOG ANDA? Syaratnya memang mudah tetapi bukan mudah untuk memilih 10 blog pilihan kerana semuanya memang Amie suka. Setelah menimbangtara beberapa ketika, inilah senarai blog yang terpilih, dan kenapa Amie pilih..... tentulah mengikut keutamaan dan keunikan mereka yang tersendiri. Kepada yang terpilih ini, Amie mohon izin ye...
Tentulah Amie tak akan lupa kerana pertama kali Amie terima kiriman bungkusan berisi cawan mufin dari rakan maya, dan buat pertama kalinya juga Amie buat mufin dalam hidup Amie dua minggu lepas, dan kami terus berhubung melalui telefon. Amie harap, suatu hari nanti dapat berjumpa Mieza. Mieza seorang pensyarah dan insya-Allah akan meneruskan pengajiannya di peringkat Ph.D. Kegemaran kami yang sama ialah suka masak!
Blogger ini memang suka menggeletek hati para pengunjung. Ada sahaja bahan lucu yang ditulis dengan cara bersahaja. Kalau tinggalkan komen, buat Amie gelak sendiri. Rasanya.... Ucu Faridah ini nakal orangnya bah!
Amie sangat menghormati Ummiross. Silalah datang ke rumahnya. Banyak informasi dan pengalaman berharga semasa melancong ke luar negara yang ditulis Ummiross. Amie dapat rasakan Ummiross seorang wanita yang sangat penyayang....
Blogger ini sungguh menghiburkan. Tulisannya banyak memaparkan tentang dirinya. Orangnya jujur, terus-terang dan terbuka. Agaknya kalau dapat jumpa dengannya, boleh ketawa tak henti-henti. Suka tengok dia bergaya dengan kimono....
Kalau masuk ke blog Wahida....ya Allah... macam-macam ada! Yang pelik, yang ganjil.... punyalah rajin mencari info.... jadi tak payah susah payah terjah ke mana-mana. Datang saja ke blog Wahida... nak cari makanan sampai ke kisah yang tak terfikir dek akal pun ada....
Pemilik blog ini orangnya sangat mengambilberat terhadap kesihatan ayahnya. Akhir-akhir ini tulisannya bisa menyentuh hati dan mampu menitiskan airmata. Antara tulisannya termasuklah pengalaman menjaga ayahnya ketika dirawat di hospital, kemurnian dan keprihatinan anak muda remaja menjaga atuknya tanpa keluh kesah sedikit pun.... sangat mengharukan!
Pemilik blog ini seorang kaunselor sekolah. Tulisannya penuh telus dan jujur, tiada kepura-puraan. Bijak mengaitkan kehidupan yang dilaluinya dengan prinsip dan falsafah hidup....dia sentiasa bijak menimbang kata-kata, menjadikan tulisannya segar dan mudah difahami!
Seronoknya dapat berkenalan dengan blogger ini. Nampaknya belakangan ini asyik berjalan saja tanpa henti. Rasanya ke seluruh pelosok dunia ingin dijelajahinya. Yang amat menarik minat Amie ialah Hanis selalu menyelitkan perkataan Jepun dalam tulisannya.... dapatlah belajar sepatah dua...konichiwa...arigatou...
Kalau masuk ke rumah Diana memang akan pulang dengan penuh kekenyangan. Kita akan dijamu dengan pelbagai resepi yang lazat-lazat! Blogger masakan yang memang rajin dan kreatif .... gambar-gambar yang dipaparkan cukup untuk melelehkan liur!
Blogger remaja yang sangat berbudi pekerti ini lebih suka kepada tulisan berbentuk pemikiran. Belakangan ini rajin pula masukkan resepi.... Amie suka Puteri Kasih, wajahnya yang lembut ayu...sesuai sekali dengan namanya itu!
14 comments
Ziarah Amie jap balik terawih, jalan2 cari resepi, terpandang nama sendiri, terima kasih Amie...Muahh!!!
BalasPadamWaaa ni kena pergi terjah semua.
BalasPadamAkakkkkkkkkkkkkkk
BalasPadamMeh nk peluk ketat2...kejap Boley nafas x????
Terharu lap ayaq mata kejap uwaaaaa
Sungguh x terduga dan sangka blog cheq yg nan hado itew terpilih jugak uwaaaa
Dok merapu sana sini x sangka akak dok pilih uwaaa nangess lagik....
Nk jmpa akak gak....meh la visit cheq kt sini auwwww
(motip sgt ckp cheq nk tunjuk manja ngeee)(~_~;)
aduh! daku sungguh terharu...hmmm...terima kasih kak amie kerana menjadi pengunjung setia blog nani...kikikiki...walaupun sedar diri blog itu hanyalah picisan semata-mata...nani pon suke bukak blog kak amie...banyak sangat info tentang makanan n tradisi kaum cocos. kak amie suke selit2 cerita dengan sejarahnya...memang best!
BalasPadamterpandang kat senarai blog tu.. blog diana pun ada gak yer akak... terima kasih akak amie cayang.... waaah.. terharu sgt terpilih... muahssss... :)
BalasPadamhehehe...inilah calon2 yg layak masuh maharalawak internasionale....
BalasPadamt/kasih bebanyak pilih blog ucu...
rasa mcm nak melompat n terbang ke lahad dato la pulak pepagi ni..nasib baik sesangat ticket dah habis...(kalau tidak pokai eden..hehehe)
w/pun kita tak pernah jumpa...tp rasa macam akak dekat sebelah rumah aje..sbb rajin sesangat tanya ucu masak ape ...(gaya mcm nk minta jer tiap2 hari lauk ucu ni...hihihi)
tapi manalah tahu kot2 lah kita terjumpe kt pantai remis ke...agak2 sapa yg nak tegur dulu yer...
ucu ni pemalu sesangat orangnye n pendiam (pendiam ke aku ni...????)
sayanggggg...banget kat k.amie..(eh..eh.. mcmmana blh tersleng bahasa indon ni..)
Ummi,
BalasPadamsama-sama kasih ya Ummi, mudah-mudahan persahabatan kita berpanjangan.
Kak Sam,
memang selalu terjah-menerjah kak...
Lady Ayu,
BalasPadamkan Kak Amie dah kata...kalau jumpa Ayu mesti tak henti ketawa, sebab Ayu ni ada saja idea nak geletek hati orang... he heheh
Nani,
BalasPadamblog Nani tu pada kakak bukan picisan tau, blog Nai banyak informasi, banyak perkongsian rasa & pengalaman....
Diana,
BalasPadamkenapa kakak pilih.... bila transit Labuan, ada saja hidangan yang menggoda selera untk dinikmati...lepas tu masih kenyang sampai Lahad Datu walaupun 2 kali terbang!
Ucu,
BalasPadamtahun lepas raya kedua kak Amie pi pantai remis, sempat ambil gambar ikan belacak lagi, ada pulak orang meniaga time raya, jadi belilah mentarang & 2 ekor belangkas...
Terima kasih kak amie..sebab sudi nak pilih blog saya..terharu saya kak..sayang akak :)
BalasPadamterima kasih juga sebab kak amie sudi bagi support kat blog saya selalu :)
tapi kan akak saya bukan remaja lagi...tapi bila akak kata remaja tadi...kembang hidung saya kak...akak buat saya rasa muda kembali...hehehehe
wah....terharu saya tau...akak pilih blog saya...sayang akak ketat2!!...
BalasPadamsaya pun suka masuk blog akak sbb akak ada byk resepi masakan yg best2...terliur tau...hehe..
terima kasih kak....
Ya Allah!Kak Amie saya tak tahu nak kata apa
BalasPadamTerimakasih atas penghargaan