Tepung Pelita

2:53 PTG

Salam hari Sabtu buat semua. Amie rasa pagi tadi ada sesuatu yang tak kena sebaik sahaja melangkah kaki keluar rumah untuk menuju ke sekolah. Bila diingat kembali, rupa-rupanya malam tadi mimpi .... mimpi apa tau? Mimpi terpandang Diana bersama Irfan di Cold Storage Green Apple Lahad Datu. Diana tak nampak Amie, tapi Amie kenal Diana melalui gambar di blognya. Macam ada sesuatu yang Amie ingin beritahunya tetapi tiba-tiba Diana tarik tangan Irfan dan mengajaknya keluar. Tiba-tiba Amie tersedar, alarm berbunyi selama 18 minit! Biasanya Amie kunci jam3 pagi untuk masak sahur. Kira terlambat bangunlah ni gara-gara mimpi tadi. Rupanya suami sudah tiada di tempat tidurnya. Buru-buru Amie pergi ke dapur, dan melihat si dia sedang menyediakan makanan untuk bersahur. He....hehehhh... agaknya dia kesian Amie, sebab malam tadi Amie mengadu sakit kepala dan selsema. Bersahurlah kami dengan lauk yang dimasaknya. Hilanglah cerita mimpi itu. Itulah kisahnya, dan sebenarnya Amie dapat sebab kenapa sampai termimpi Diana dan Irfan.... sebab Amie kekenyangan makan tepung pelita di rumahnya, sebab tak cukup makan kuih yang sama di rumah Ika. Lepas tu berazam pulak nak buat sendiri.... Oleh kerana dah sampai termimpi-mimpi, (sebab tamaklah tu....), baiklah Amie buat ye.... Tu  pasal tengahari buta pukul 12 selepas balik sekolah, terus pergi dapur cari tepung beras.  Tengah kita godek-godek tepung, tiba-tiba suami pulang kerja masuk rumah ikut pintu dapur. Bila Amie kata nak buat tepung pelita, dia ketawa..... kuih yang tak pernah jadi tu?, dia mengusik. Hmmm...memang selama ini tak pernah jadi disebabkan keras kejung tangan nak buat bekas dari daun pisang tu. Lepas tu buatnya pun betul-betul cara tradisional, kena kukus bagai. Bila tengok di dapur Ika dan Diana guna gelas, bukankah itu lebih mudah.....


Kalau Ika dengan Diana nampak tepung pelita Amie, mesti tergelak tengok hasil mak budak yang baru pandai belajar godek-godek tepung. Walaupun baru belajar buat dalam gelas, tapi dengan besar hati Amie jemputlah kawan-kawan yang tersesat ke dapur Amie supaya ambil seorang satu gelas bawa pulang  buat oleh-oleh berbuka hari ini.... he he hehhh...



Bahan-bahan Kuih Tepung Pelita

Bahan A:
1 cawan tepng beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan - kisar dengan sedikit air dan tapis
sedikit kapur makan - bancuh dengan sedikit air

Bahan B:
4 cawan santan
4 sudu besar tepung beras
sedikit garam

Cara:
1. Campurkan kesemua Bahan A menjadi satu adunan.
2. Masak adunan dan sentiasa kacau sehingga masak berkilat.
3. Tuangkan adunan ke dalam gelas mengikut sukatan yang dikehendaki.
4. Campurkan kesemua Bahan B menjadi satu adunan.
3. Masak adunan dan sentiasa kaca sehingga masak dan pekat.
5. Tuangkan adunan ke atas adunan Bahan A yang sedia ada dalam acuan.
6. Biarkan sejuk sebelum dimakan.



Ada yang tak dapat ke? Kalau tak cukup kita pergi serang pergi Siam ke dapur Ika di SINI dan ke Labuan di  dapur Diana di SINI  sambil menyemak resepi kuih ini di sana. Terima kasih ye Ika dan Diana, sebenarnya belum minta izin mereka untuk resepi kuih tepung pelita ni, minta halal ye...... banyak dapat pahala bulan puasa ni sebab sudi kongsi resepi kan Ika......kan Diana....kan...kan...

26 comments

  1. Salam kak ami! canteknyer! kaler dia mcm kaler ori gitu! byk tu kak, kasi jiran sekali yer kak? kalau kita dekat kita HARUS bg tauuu hihihi..selamat berbuka kak! kita tgh kekosongan idea nak masak apa :D

    BalasPadam
  2. ade resepi tu..mcm senang jer...anak2 mmg suke mkn tepung pelita ni...

    BalasPadam
  3. uwahhhh..
    kelassss..
    tepung pelita moden..:)
    selamat berpuasa kak ami :)

    BalasPadam
  4. cantik tepung pelita ammie..
    suka tepung pelita tapi malas nak buat :)

    BalasPadam
  5. Amie kelas gitu, tepung pelita resepi tradisional nampak anggun sekali dalam gelas moden...

    BalasPadam
  6. ni dah kira expert dah ni amie. nampak betul2 menjadik tu. mesti kena puji denan cik hubby ek.. nanti bundo pun nak buat jugaklah.

    BalasPadam
  7. Salam Ika,
    terima kasih Ika sebab bagi idea buat begini masa datang rumah Ika hari tu, lepas tu Diana pulak buat ye....

    seronok betul kakak dapat buat tepung pelita cara begini tau Ika, jimat masa tak payah lipat-lipat daun pisang, tak payah kukus tengok dah masak ke belum.... ni nak banyak menuntut ilmu Siam lagi ni hi hi hiiii

    BalasPadam
  8. Ain,
    memang senang Ain,tak banyak guna bahan, tak banyak habis masa, sedap pun iye...

    BalasPadam
  9. Habsah,
    selamat berpuasa Habsah,

    tepung pelita moden ye... bukan tepung lampu kalimantang ye... hi hi hiii

    BalasPadam
  10. Kasih,
    memang Kak Amie malas nak buat tepung pelita yang guna bungkus daun pisang tu, tapi dah jumpa cara begini...mudah dan cepat pulak siap!

    BalasPadam
  11. Ummi,
    hi hihiiii.... anggun ye, betullah tu, bentuknya pun lebih cantik ikut gelas ye...

    BalasPadam
  12. Ibundo...
    si dia jarang puji, tapi kalau kita tanya baru kata iye... he he hehh

    boleh cuba Ibundo, senang & cepat! Sedap dengan bau pandan tapi takde bau daun pisanglah...

    BalasPadam
  13. waduh kak amie, confirm kene buat jugak ni. mengoda betul la. hihi..

    BalasPadam
  14. Asmara,
    ye.... betul, kena buat.... memang senang kejadiannya!

    BalasPadam
  15. kak amieeee nak tepung pelita 6 gelas sebab kat umah ni ada 6 orang...anak mieza yg sulung hari2 mau gi bazar beli tepung pelita..bkn susah pun nak wat tapi malas ahakksss

    BalasPadam
  16. Mieza,
    ambillah berapa banyak yang Mieza mahu.... he he heee...banyak tu kakak buat, memang bila nak buat tepung pelita rasa malas, tapi suka nak makan, bila buat gaya moden begini rasa mudah pulak! tak ambil banyak masa untuk sediakannya...

    BalasPadam
  17. tepung pelita yg sgt sedap bila masuk mulut..nk2 bulan posa kn kak

    BalasPadam
  18. salam ramadhan kak ami..baru semalam buat..tp tak de la buat macam kak amie buat..nora adun terus masak je...hehe..rajin akak mengaconya..
    cuma tang acu..kira rajin lagi la nora..haha..nora lipat daun..tak samapi stgh jam boleh dapat 30 bekas..cukup aa tu kan..daun pisang sebelah umah je..

    BalasPadam
  19. kak amie.. kan dah jadi dah tu.. sedapkan kak .. ita pun suka guna resepi ni kak sedap..:)

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Amie,
    kegemaran Yatie tu tepung pelita...rasa mcm skrng je nak buat....

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum akak amie cayang... diana lewat smpi.. huhuu.. hari nie baru berkesempatan nak BW bebetul... beberapa hari nie asyik tak sempat jer.. ada sedikit urusan d selesaikan ari tu.. d tmbh lg ngan tenet tenat 2 hari tu.. huhuu

    dah buat yer akak.. sedap kan tepung pelita nie.. mmg kena buat lagi n lagi...

    waaah.. terbawak2 smpi ke mimpi yer akak... ehhehehe... kalau ler btl dpt bertemu kan seronok tu.. Insyaallah suatu hari kan akak.. ;)

    BalasPadam
  22. Ida,
    memang sedapkan, lembut je....wangi,ada manis & masin2 sikit.

    BalasPadam
  23. Nora,
    tabiklah Nora buat dengan daun pisang! memang lebih sedap sebab gabungan bau dan rasa pandan dan daun pisang, ikut gaya tradisional kena bubuh gula sikit di bawahnya tu kan, lepas tu baru kukus.... memang beraam nak buat juga satu hari nanti tapi kena ada yang bantu buatlah...

    BalasPadam
  24. Ita,
    seronokkan Ita bila kita boleh tukar2 fikiran & kongsi resepi dengan blogger masakan lain, macam-macam kita boleh cuba asalkan kita mahu...

    BalasPadam
  25. Yatie,
    ramai yang suka makan tepung pelita ye.... nak buat guna daun pisang tu yang malasnya, bila buat cara begini, bila-bila masa je boleh buatkan...

    BalasPadam
  26. Diana,
    nanti Kak Amie nak cuba pula guna warna-warni, ini kira tepung pelita moden dah ye...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe