Char Kuey Teow

9:34 PTG

Salam hari Rabu, hari ke 10 kita berpuasa. Pada mulanya memang nak ikut cakap suami supaya tak payah ke dapur, katanya Amie masih kurang sihat. Tapi Amie inikan jenis degil orangnya, sudahlah keras hati, kepala batu lagi.... hi hi hi bab yang keras-keras tu bahagian Amielah tu ye... Apa tidaknya, semenjak kurang sihat dua tiga hari ini, waktu sahur suami yang urus. Punyalah sedih bila dengar katanya sahur maggie dengan anak-anak! Kelmarin pun Amie nampak memang ada makanan dari bazaar Ramadhan yang dibelinya. Petang tadi, Amie lihat ada sebungkus kuey teow, dengan ayam segar dan juga taugeh. Tahulah Amie, dia sudah merindui mee..... oleh sebab selepas solat Maghrib memang dia bersama anak-anak akan bergegas ke masjid untuk berterawih (dia pilih masjid di kampungnya - 15 minit naik kereta dari rumah kami), jadi biarlah Amie yang masak. Bukan susah sangat pun. Amie nak buatkan Char Kuey Teow tapi beberapa bahan tidak ada seperti daun kucai. Sayur sawi pun rupanya sudah habis sebab waktu sahur dia campur sayur sawi dengan maggie. Amie gunakanlah apa-apa bahan yang ada di dapur.


Nampak buruk & berserabut je Char Kuey Teow ini kan.... macam kepala Amie juga yang bersimpang-siur entah apa-apa yang difikir ... hi hi hi hiii.... di bawah ini Amie sertakan resepi Char Kuey Teow yang dipetik dari Majalah Mingguan Wanita 3 Mac 2011 yang Amie pernah jadikan panduan untuk menyediakannya.

Bahan-bahan:
1 mangkuk kuey teow - Amie masak 3 mangkuk
7 tangkai cili kering - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih -kisar
50 gram udang kering - kisar
sedikit belacan
6 ekor udang - Amie tambah jadi 10 ekor
400 gram hirisan isi ayam - pilihan Amie
2 sudu kicap pekat - Amie gantikan dengan sos tiram
2 sudu kicap cair - Amie gunakan kicap manis Habhals
1 sudu kicap sotong - Amie tidak gunakan
1 biji telur - Amie gunakan 2 biji
daun kucai - Amie tidak masukkan - gantikan dengan hirisan lobak merah
taugeh
sedikit garam, gula dan perasa - Amie gunakan serbuk pati ayam
minyak
bahan lain yang Amie gunakan termasuk hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan timun dan tomato

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan hirisan isi ayam dan gaul sebati. Jika terlalu kering masukkan sedikit air.
3. Masukkan sos tiram,  dan kicap manis.
4. Masukkan udang dan gaul rata. Masukkan sekali garam & gula atau serbuk pati ayam.
5. Masukkan kuey teow dan kacau seketika.
6. Pastikan ada sedikit kuah atau kuey teow dalam keadaan basah. Buat ruangan kosong di tengah-tengah kuey teow dan pecahkan telur.
7. Gaul telur bersama kuey teow.
8. Masukkan taugeh dan kucai (jika ada).
9. Char kuey teow siap untuk dihidangkan!


Inilah rupa Char Kuey Teow Amie yang serba-serbi macam cacamerba tu! Nampak macam kuey teow goreng je kan.... memang pun, terkurang air!


Ini kuih yang suami beli di bazaar Ramadhan. Ada kuih ketayap... di sini orang tak tahu kuih ketayap tau... sebab di sini mereka panggil kuih lenggang! Kuih lenggang you...... ada pun kita telah beragan-angan nak buat kuih ketayap@lenggang ini, tapi asyik tak jadi.... entah bila nak jadinya. Emmmm... dah 9.36 malam, suami dan anak-anak belum balik terawih lagi, nampaknya Amie kena tidur dululah.... sebab kepala pun dah pusing (makan ubat). Para tetamu yang datang, sila layan dirilah ye.... buatlah macam dapur sendiri.... Assalamualaikum dan selamat malam!

25 comments

  1. Amie moga cepat sembuh, banyakkan berehat ye

    BalasPadam
  2. Banyakkan berehat ya..oh ya..dah 2 hari cari mkn CKT tapi tak sempat nak buat lagi..

    BalasPadam
  3. Ummi,
    terima kasih Ummi, memang Amie kena banyak berehat... tapi kaki tangan tetap gatal nak buat itu ini...

    BalasPadam
  4. Whitecappucino,
    sempat buat tu... cuma belu tiba masanya lagi...

    BalasPadam
  5. memang nampak hidangan pun tak sihat..huhu..cepat la sihat kak..nak belajar hidangan lain pulak..hehe

    cahrkuew tiaw kan berkuah..akak punya kering je..nak taambah air saje ke kalau nak basah..

    BalasPadam
  6. k.amieee!! nak char kuew tiaw....lama x mkn yg basah...kat sini ada yg kering mcm laksa kering tu jer...

    BalasPadam
  7. kalo kat kedah char kuey teow ni yang ader kuah....letak kerang ngan udang...perhhh terbaek....kalo gini kami pangey kuey teow goreng :))...

    BalasPadam
  8. bawak2 berehat la kak amie...skrg ni mmg musim kot org tak sehat...kwn2 sekerja pon ramai yg selesema. nani pon asik batuk2 je...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum akak amie cayang...
    akak lom sihat lg ker? moga akak cepat sembuh dan sihat2 hendaknya... Amin..

    wah sempat lg akak buat char kuey teow yer... banyak kan berehat tau akak... dah bebtl sembuh nanti boleh ler masak balik yer... ;).. char kuey teow mmg sedap... fav tu... sedap2!!

    BalasPadam
  10. melihat udang tu yg tak tahan :)

    BalasPadam
  11. Nora,
    hi hi hi.... kuahnya dah kering!

    BalasPadam
  12. E-na,
    memang sedap makan yang basah2, bubuh cili padi...edussss.... pedesssss..

    BalasPadam
  13. Lady Ayu,
    hu hu kerang! di sini memang jarang ada kerang!

    BalasPadam
  14. Lady Ayu,
    hu hu kerang! di sini memang jarang ada kerang!

    BalasPadam
  15. Nani,
    masak sikit-sikit je ni... dah banyak dah berehat...

    BalasPadam
  16. Diana,
    memang betul tu Diana, kalau kurang sihat, hasil masakan pun jadi tak berapa betul..hi hi hi...

    BalasPadam
  17. Kasih,
    kita rindu pulak dengan kerang!

    BalasPadam
  18. Salam kak amie, get well soon ya insyaAllah..lama tak mkn KTG niii sedappp kalau letak sayur byk2 udang byk2 kerang byk2 sume byk2 mmgg kita suke hihihi...last2 kue teownyer tak nmpk hihihi...

    BalasPadam
  19. itulah yg dinamakan isteri solehah...ibu mithali...
    walaupn sakit masih gatai nak kedapur bagai...

    BalasPadam
  20. wahh dah lama tak makan ni! lauk dlm CKT tu mak aihh pengsan!

    BalasPadam
  21. kecur air liur..

    akak cepat sembuh yer...

    BalasPadam
  22. Ika,
    memang Kak Amie suka gitu.... banyak2 bubuh segala haiwan tu, lepas tu makan semua, tinggalkan kuey teow ...hi hi hi tapi di sini takdo kerang dik! susah nak dapat...

    BalasPadam
  23. Ucu,
    memang.... kita memang gataiiii segala hal... hi hi hiiiii

    BalasPadam
  24. Wahida,
    udah sembuh ni dik...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe