Ikan Cecupak Sos Thai

2:03 PTG

Assalamualaikum semua. Hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Anak-anak sudah mula merindui ikan.  Amie sediakan untuk hidangan bersahur dengan resepi Ikan Cecupak Sos Thai. Bolehlah klik di SINI untuk melihat hasil masakan ikan cecupak Amie yang lepas.


Untuk menu bersahur pagi tadi, Amie sediakan yang ringkas sahaja dan rasanya tentulah lazat sebab Amie gunakan kepingan nenas segar yang masak ranum, manis dan harum!

Bahan-bahan:
1 ekor ikan cecupak - bersihkan, lumurkan dengan sedikit garam dan tepung jagung
1/2 biji nenas masak - potong dadu
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili Thai
1 biji tomato - belah 8
1 biji lada hijau - hiris
3 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1.5cm halia - hiris
daun sup / daun bawang
bawang goreng
minyak
50ml air
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis
1/2 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara:
1. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
3. Masukkan nenas dan gaul rata sehingga layu.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili Thai.
5. Masukkan air, dan biarkan mendidih.
6. Masukkan serbuk pati ikan bilis, dan hirisan lada hijau.
7. Untuk memekatkan kuahnya, masukkan bancuhan tepung jagung.
8. Tuangkan kuah sos ke atas ikan.
9. Hidangkan bersama hirisan daun sup / bawang serta bawang goreng.

P/S: Amie tak tambah gula, sebab nenas yang Amie guna sudah cukup manis!



Inilah rupa ikan cecupak. sesetengah orang panggil ikan putih, tapi sebenarnya rasanya lebih sedap berbanding ikan putih yang penuh isi tapi rasanya tawar. Gambar ini Amie ambil dalam n3 Amie yang lepas.



Sekarang hujan turun dengan lebatnya! Malaslah nak meredah hujan untuk pulang. Terjumpalah sekeping foto yang terselit di celah almari. Sebenarnya foto ini masih baru....  hari terakhir bersama Tuan Pengetua kami yang berpindah ke Kota Kinabalu pada 1 Julai 2011.


 
Sebuah buku pemberian Tuan Pengetua sebagai kenang-kenangan.

 Aduhai Peningnya ini di tangan Amie, terletak di sudut meja. Nampaknya guru-guru lain belum berkesempatan untuk menatap isinya disebabkan pelbagai tugas rutin yang sememangnya amat menghambat waktu.  Banyak pengisian ilmu Amie perolehi hasil pembacaan buku ini..... tentang ketidaksamaan lokasi dan latar belakang sosiobudaya warga sekolah sehingga mewujudkan konflik dalam pengurusan dan pendidikan. Aduhai Peningnya merupakan antologi cerpen berasakan pengalaman Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Cemerlang dan guru dalam pengurusan pendidikan di sekolah. Apa yang menariknya ialah pengalaman mengurus, mentadbir dan mendidik sentiasa terikat dengan pekeliling ikhtisas diolah sebagai model perkongsian bestari.

Nampaknya hujan sudah berhenti. Amie hentikan coretan setakat ini dulu..... apalah, cerita ikan pergi pulak sampai ke tempat lain.  Jumpa lagi.

26 comments

  1. Sabah kaya dengan hasil lautnya, seronok tengok sebab ada ikan yang memang tak pernah nampak kat Semenanjung pun...

    BalasPadam
  2. alahia ikan cecupak..ikan ada kumpulan je nama cecupak.. haha.. mmg saya tak berapa tahu nama2 ikan ni kak.. amboii itu la jiwa seorang guru.. kena ada bab touching2 gitu..kalau hati kering susah kan nak jadi guru

    BalasPadam
  3. mungkin selama nih pengetua tu menangis di dlm hati jer...huhu

    BalasPadam
  4. Kak Sam,
    buku itu merupakan himpunan pengalaman guru dalam mentdbir dan mendidik murid, diterbitkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Melaka, dan sesuai dijadikan panduan oleh guru lain dalam menangani permasalahan di sekolah, termasuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang berkaitan dengan pendidikan dan warga sekolah...

    BalasPadam
  5. Hazila,
    dulu Kak Amie tak berani nak makan tapi lama-kelamaan akibat belajar dari sebelah suami, banyaklah jenis ikan yang Kak Amie cuba... sedap-sedap belaka!

    BalasPadam
  6. Izah,
    macam-macam nama ikan yang Kak Amie jumpa, lain kaum yang menjualnya... lainlah pulak namanya, nampaknya belum khatam lagi ngaji nama-nama ikan ni...

    iyelah... agaknya banyak sangat suka duka yang dilalui bersama warga sekolah, jadi memang bercampur baur suka& duka...sampai mangalir airmata, Kak Amie pun memang 'hujan'.....

    BalasPadam
  7. Umm Maymoonah,
    thanks for coming....

    BalasPadam
  8. Papa Mifz,
    hati orang tak siapa tahu ye.... kami pun terkejut badak dibuatnya, tapi memang touchinglah....

    BalasPadam
  9. Salam kak amiee!!! ikan cecupak? sedap ni kak, kita jakun sikit dgn nama ikan nii hihihi.. akak ni cikgi rupanyerrr!!! akak masak apa tuk buka nanti? dah masak lum? selamat berbuka!

    BalasPadam
  10. ikan cecupak..tak pernah makan la ikan ni..sedap ye amie...

    saye ni suke mkn ikan kecik2 jer...yg besar2 tu anak n bapaknye yg suke makan...

    BalasPadam
  11. assalam amie..
    bila masuk blog amie ni.. byk yg sy belajar pasal nama2 ikan. byk jenis2 ikan yg sy tak pernah mencuba masak malah memang tak tau pun namanya.. tapi amie ni baguslah.. sebab tau nama kebanyakan ikan yg di masak tu.. sebenarnya sy mmg peminat ikan.. tp tak berani sangat nak masak ikan yg tak biasa mak masak.. jadi terikut2 pulak.. mak tak masak, sy pun tak berani nak cuba.. hehe.. terima kasih utk info nama2 ikan tu ye cikgu amie.. hehe..

    BalasPadam
  12. Ika,
    belum masak lagi ni.... tapi biasanya kala berbuka masak yang berasaskan mee, itu memang menu kegemaran suami...

    BalasPadam
  13. Ain,
    setengah orang memang suka makan ikan kecil, ada pula yang hanya makan ikan besar....keluarga suami Kak Amie suka makan ikan besar, tapi sejak kahwin dengan kakak, suami makan je ikan yang kakak masak, kecik ke besar ke.... yang penting ikan tu sedapkan Ain... he hehehh

    BalasPadam
  14. Assalam amie, waduh sorry ya kita tak sempat nak singgah dapur amie ni ..dah puasa hari ketiga baru sempat jenguk ha....
    betul kata ratna..blog amie ni kita learn alot about ikan punya nama.. very infomative tau..
    mee kari kat bawah tu sungguh menyelerakan..banyak juga recipe mee dari blog amie ni ya..bolehlah cuba next time..

    BalasPadam
  15. Madiha,
    dulu masa mula-mula masuk pasar di Sabah ni, takut betul tengok rupa bentuk ikan.... ada yang besar sangat, ada yang panjang sangat macam ikan layar, warnanya pun macam-macam... ada hijau, ikan biru, kuning dan entah apa lagi... memang tak berani beli apalagi makan, family suamilah yang banyak bantu Amie kenal ikan-ikan di sini,

    oleh kerana banyak pilihan ikan laut di sini, jaranglah sangat jumpa ikan air tawar macam talapia, keli... tu kalau nak makan tunggu balik kampung nanti.... orang sini tak pandai makan ikan air tawar...

    BalasPadam
  16. Ayu,

    hehe heee... orang Singapore dah sampai ye, jauh tu...kena transit banyak kali baru boleh landing sini..

    suami memang suka makan mee, mee goreng selalu pun takpe katanya, tapi tentulah Amie jemu nak makan, tu pasal kena pelbagaikan resepi berasaskan mee...

    silakan Ayu, ambillah mana-mana resepi yang diminati..

    BalasPadam
  17. ingatkan nama masakan cecupak. rupanya memang ada ikan cecupak. haih...konfem sy belom makan lagi ikan ni. tak mcm ikan putih pulak rupanya...lain bentuk.

    bagusnya kak amie dpt pengetua prihatin mcm tu. mesti hubungan kak amie dengan majikan baik sampaikan dia boleh belikan kak amie buku tu,

    BalasPadam
  18. salam kak.. suka tgk hasil laut kat sana semuanya besar2 dan segar2 belaka.. nampak sedap semuanya.. bagusnya akak masak pagi2 ye..

    seronoknya bila berkerja .. lagi beberapa bulan je lagi ita nak kembali ke profesion itu..:)

    BalasPadam
  19. Bagusla Akak sbb bkongsi menu2 best mcm ni...Ada jgk idea sy nk msk menu nnti

    BalasPadam
  20. Nani,

    he he he... nampaknya Kak Amie kena terbitkan kamus ikanlah pulak ye....

    Kak Amie ni suka buat bodoooo....je Nani, tak pandai melawan, (saya yang menurut perintah)buat je apa yang di suruh walaupun penat, sifat kakak yang tak banyak songel tulah agaknya yang buat sir senang berurusan dengan kakak dalam hal pentadbiran...

    BalasPadam
  21. Salam Ita,
    alhamdulillah.... Laut Sulu banyak membekalkan hasil laut yang pelbagai,

    Kak Amie sudah lebih 19 tahun berkhidmat, makin lama makin cinta pada profession ini, makin sayang pada murid-murid, dan makin berusaha untuk memberi khidmat bakti yang cemerlang untuk anak didik.... kalau kita menyintai bidang yang kita pilih, kita akan rasa bahagiakan Ita...

    BalasPadam
  22. Aju,
    terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang dapur kecil Kak Amie, kakak pun banyak ilmu masak-masak yang perlu dipelajari....

    BalasPadam
  23. salam amie..
    maklong tak pernah makan ikan ni..
    macam tak pernah nampak kat pasar borong..
    rajin amie masak pagi2.. tabik springlah.. hehe..

    BalasPadam
  24. Maklong,
    ikan tu belum sampai ke sana Maklong, dia sedang berenang dari Laut Sulu ke Laut China selatan tu... tak lama lagi sampailah ke Selat Melaka... he he hehhh,

    belah saya memang tak masak sahur Maklong, tapi belah si dia kenalah masak.....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe