Nasi Daging
2:50 PTG
Salam Jumaat.... puasa hari ke 5, Alhamdulillah kita sama-sama dapat mengharungi hari-hari yang berlalu dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Hari ini baru sempat up-date bolg dan memasukkan resepi berbuka kelmarin. Hidangan kami ringkas sahaja, tidak memerlukan pelbagai lauk dan mudah untuk menyediakannya. Ini ialah Nasi Daging olahan Amie sendiri setelah mencuba beberapa kali mengikut resepi yang diperturunkan oleh seorang rakan di sekolah lama.
Lain orang lain cara masaknya... Amie pun lainlah pula gayanya! Amie rebus dahulu daging selama 1 jam dan kemudian bahagikan daging kepada dua bahagian. 1 bahagian Amie hiris-hiris nipis dan campurkan dalam nasi sementara 1 bahagian lagi Amie terus rebus bersama potongan kentang sehinggalah kuahnya hampir kering. Di sini Amie paparkan cara-cara memasak Nasi Daging mengikut gaya Amie.
Bahan-bahan:
500 gram beras Basmathi - cuci dan toskan.
500 gram daging - terpulang untuk pilih mana-mana bahagian daging
3 helai daun limau purut
3 biji kentang - potong 3 bahagian
1/2 sudu lada hitam - tumbuk
150ml susu cair
2 liter air - untuk merebus daging (ketepikan 250ml air rebusan daging)
Bahan tumis:
4 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan marjerin
3 biji bawang putih - mayang halus
3 biji bawang merah - mayang halus
3cm halia - mayang halus
2 biji tomato - cincang
2 keping kiub pati ayam
3cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu teh serbuk jintan manis
3 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan serbuk kurma
2 helai daun pandan
2 batang serai - diketuk
Bahan untuk air asam:
7 biji cili padi
1.5cm belacan
1/2 labu bawang besar - mayang nipis
1 biji lada hijau - mayang
1 biji lada merah - mayang
1 biji tomato - cincang
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 30ml air masak
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
secubit garam & gula
~ Tumbuk cili padi hingga lumat bersama belacan. Masukkan bancuhan air asam jawa, tomato cincang, bawang besar, lada merah dan lada hijau. Jika kurang rasa asam, bolehlah perahkan jus limau kasturi. Jangan lupa bubuh secubit garam dan sedikit gula.
Cara:
1. Rebus daging dengan menggunakan 2 liter air selama 1 jam.
2. Keluarkan separuh daripada daging rebus dan hiris-hiris nipis. Sebahagian lagi biarkan dengan api perlahan bersama air rebusannya di dalam periuk.
2. Panaskan minyak sapi berserta marjerin. Tumis semua bahan yang dimayang bersama serai, rempah 5 sekawan termasuk jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan kayu pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan gaul rata.
4. Masukkan rempah kari bersama rempah kurma dan juga kiub ayam. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
5. Ambil separuh daripada bahan tumisan dan masukkan ke dalam periuk rebusan daging yang sedang mendidih perlahan tadi.
6. Masukkan hirisan daging, 150susu cair dan 300ml air rebusan daging ke dalam kuali.
7. Masukkan beras dan gaul rata hingga beras kembang dan mengering.
8. Pindahkan nasi tadi ke dalam periuk pengukus. Jangan lupa masukkan daun pandan. Kukus nasi antara 15-20 minit.
9. Pastikan sebahagian daging yang direbus bersama kentang tadi menjadi empuk. Tambahkan lada hitam ke dalamnya.
10. Apabila daging telah empuk bersama kentang dan kuah menjadi pekat dan hampir kering, tutup periuk.
11. Keluarkan daging dan hiris nipis. Tuangkan kuah di atasnya.
Inilah rupa bentuk Nasi Daging gaya masakan Amie. Hidangkan Nasi Daging bersama air asam, dan juga daging yang direbus bersama kentang dan lada hitam tadi. Amie suka masakan begini untuk jamuan rumah terbuka tapi dilengkapi dengan aneka ulam-ulaman..... termasuk hirisan daun ketumbar, dan sebagainya. Nampaknya hidangan Amie ini seadanya sahaja....selamat berbuka puasa!
24 comments
salam kak...sy new kat sini..baru jer 1-2 hari kt ruangan ni...menarik sungguh nasi daging tu cam nasi beriani lagaknya...klu baca pd nama terbayang nasi putih ngan daging goreng kunyit biasa jer...apa pon syabas pd akak atas menu yg menarik ni...sy dah suruh wife bukak blog akak...asyik2 xder idea nak masak apa...selamat berpuasa kak...
BalasPadamSalam kak amie! wallahhhhhh! yummylicious!!! suke nasi2 ginii agak2 nak buat nasi berperisa jugaklah petang ni! tp bdn penat tapi nak makan sgttt nai2 mcm nii hihihi..selamat berbuka kak! lengkap hidangan akak tu :-)
BalasPadamSalam Zamza,
BalasPadamterima kasih sudi datang dapur kakak,
sampaikan salam kenal kakak buat wife ye, silalah datang selalu, jangan malu-malu, mana tahu ada resepi yang boleh dikongsi bersama....
Salam Ika,
BalasPadamwallah..wallah Ika.... kalau Ika masak lagilah menjadik!...naik bulu roma tengok hidangan di dapur Ika tau.... hi hi hi! Cantik sangat!
InsyaAllah kak..rasa cam dah lama lak kenal...sy tersentuh ngan keikhlasan akak..blog akak sy dah pakukan kt pc sy ni..pasni selalu sgt la sy menyibuk kt sini yer kak...kt petaling jaya ni baru kul 3.32pm tp perut dah kritikal sejak pagi tadi gara2 makanan dlm blog akak ni..hehehe...lahad datu kt pekan ke felda kak?
BalasPadamSalam Kak Amie..memang meleleh air liur tengok nasi daging akak ni..kene try nih..
BalasPadamSalam kak amie..sedapnyeee ns daging tu(dr gambr je da tau sdp tau)..nnt nk cube gakla resipi nih..tq akk.
BalasPadamZamza,
BalasPadamiye ke.... kakak pun bukan pandai sangat masak-masak ni, masih lagi dalam proses elajar sebab dunia masakan ni seluas lauatan tak bertepi,
kakak tinggal di kawasan bandar Lahad Datu....
Salam Kerull,
BalasPadammelelah air liur takpe... jangan telan liur sudahle.... batalpasa kang... he he hehhh
Salam Kamalia,
BalasPadamwah.... dah habis pantang ye... macam-macam nanti yang boleh dimakan, (dulu kakak tak sabar2 nak makan macam2)
kan dah cakap, kak amie memang suke masak nasik2 tumis mcm ni...nani masak nasik 2 pot, bleh makan untuk 2 org, berbuka dan sahur sekali. nak masak nasik tumis mcm ni serba salah sebab isi rumah tak ramai...
BalasPadamtunggu balik kg la kot baru boleh masak nasik tumis.ramai2 baru syok!
k.amie recipe ayam lemon madu tue sedap giler la...masak masa berbuka hari tue...sekali ngan nasik ujan panas...x sia2 ayu tawaf kat umah akak ni :D
BalasPadamNani,
BalasPadamkalau kita duduk dekat memang hulur sepinggan buat Nani, kakak suka sangat kalau tengok orang makan hasilmasakan kita, .... memang sedap makan ramai-ramai, lagi satu mungkin kakak dah biasa masak begini dan memang suka sangat,selalunya kalau rasa murid-murid datang tolong kakak masak, jadi mereka pun dapatlah belajar masak terutamanya nasi minyak atau nasi beriani..... hei cerita pasalbalik kampung, tak sabar nak balik beraya... tinggal 2 minggu je lagi kan Nani!
Lady Ayu,
BalasPadamwah...! sukanya kakak dengar... sebenarnya kakak pun nak buat lagi, tapi nantilah masa balik kampung...makan ramai-ramai dengan bonda, dan keluarga....sedapkan Ayu!
salam kakamie...menariknya rupa nasi daging akak ni..saya memang suka nasi daging...sedapnya...
BalasPadamsalam amie..menyelerakan tgk nasi daging..senang..xyah wat lauk byk2
BalasPadamassalam amie, akk suka nasi2 dr beras basmathi gini. nasi dgg amie ni cukup sedap akk nmpk, lengkap
BalasPadamaslmkm...tetiba lapar tgk nasik..hehe
BalasPadamSalam Quinnie,
BalasPadammemang sedap kalau dapat makan sekali-sekala masakan yang begini....
Salam Kzai,
BalasPadambetul tu, masaknya pun sekali harung je...
Salam Kak Rosa,
BalasPadamAmie masak mana yang ada aje, sebenarnya tak rancang betul-betul, jadinya masih ada cacat celanya tu... he hehehhh
Anna,
BalasPadamini menu nasi pertama setelah 4 hari berpuasa, sebelum tu memang hanya waktu sahur je makan nasi... buka biasa tak makan nasi.
Amie ummi singgah balik terawih, nasi daging ada lagi?
BalasPadamUmmi,
BalasPadamada lagi tu.... kat atas tu....sudah dihidang, tunggu Ummi datang je ni... jemput makan ye....