ADSENSE

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dragon Fruit & Strawberry Smoothie

Tak terasa masa berlalu dengan begitu pantas. Hari ini sudah masuk hari ke 19 kita berpuasa. Anak-anak pun tidak cerewet memilih juadah sama ada waktu berbuka atau bersahur. Apa yang Amie masak itulah yang mereka makan tanpa banyak soal. Cuma suami sahajalah yang sering mengingatkan Amie supaya masakkan mee untuknya! Setiap petang memang tugas suami menyediakan minuman, biasanya 2 jenis... satu jus buah dan satu lagi air teh panas. Petang tadi Amie sempat sediakan Dragon Fruit & Strawberry Smoothie untuk hidangan berbuka seisi keluarga.


Bahan-bahan:
1 biji buah naga -500 gram
 200 ml Bliss Minuman Yogurt Rendah Lemak - Strawberry
6 biji buah strawberry
1 sudu gula pasir
20ml air

Cara:
1. Kisar strawberry dengan 1 sudu gula pasir bersama 20ml air. Ketepikan.
2. Kisar buah naga (dragon fruit) bersama Bliss Minuman Yogurt Rendah Lemak - Amie pilih perisa strawberry.
3. Tuangkan buah naga yang dikisar tadi ke dalam gelas sehingga paras 3/4.
4. Tuangkan sedikit strawberry kisar ke atas buah naga kisar tadi.
5. Hiaskan dengan hirisan strawberry.



Boleh pilih yang atas atau yang di bawah. Dua-dua sedap, tapi kalau tak suka rasa jus strawberry ambillah yang di bawah....



Wokey.... layan diri ye, Amie nak masak asam pedas ikan pari di dapur buat buka puasa petang ni.

8 ulasan:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

Sedapnyer akak terang sungguh rona air itew
Kenapa rasa n3 ni lmbt di publish ek
Sbb baca akak Nak msk asam pedas ikan pari buat berbuka itew yg agak pelik ngeee
Tapy asam pedas tu mmg fav cheq la hahaha

ummiross berkata...

Amie ummi datang membasahkan tekak, nyamannya air ni

kasihredha berkata...

masam masam manis...sure sedap di tekak kan amie.
Anak2 akak suka sgt dengan segala macam smoothie, lassi dan ais blanded :)

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak sedapnya kak air tu... lama tak makan dragon fruit .. yum yum

Amie berkata...

Lady Ayu,

memang sedap dik, lain kali nak buat lagi.

Ummiross,

sila... silakan Ummi, ambillah yang disukai..


Kasih,

dragon fruit itu memang sedap, segar & manis...

Juwita,

jom minum Ita...

Ida,Japan berkata...

sungguh sejuk dipandang apatah lagi bila dihirup nanti kak

Amie berkata...

Ida,
betul Ida... mehlah minum seteguk...

nuwairani ismail berkata...

minum time sejuk2 tu memang syiok!