Ikan Alu-Alu Masak Taucu
9:35 PTGSalam 24 Ramadhan. Moga puasa kita terus mendapat keberkatan. Rasanya begitu pantas masa berlalu, dan penghujung Ramadhan hampir tiba, seterusnya Syawal yang bakal menjelma akan mengakhiri tempoh menjalani ibadah puasa. Insya-Allah, seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Fitri dalam tempoh terdekat ini. Tentu rakan-rakan sibuk membuat persiapan menyambut lebaran, membeli pakainan baru, menyediakan kuih raya, namun juadah berbuka puasa tetap disediakan untuk keluarga tercinta. Petang tadi Amie sekeluarga berbuka puasa dengan hidangan nasi putih bersama Ikan Alu-Alu Masak Taucu, dengan lauk iringan termasuk sambal belacan dan sayur sup campur. Seperti biasa, suami turut membantu menyediakan 2 jenis minuman termasuk jus nenas dan minuman panas.
Kali pertama Amie makan ikan alu-alu ialah di kantin sekolah pada tahun 2007 (ingat lagi tahun sebab baru ditugaskan ke sekolah itu). Tukang masak kantin sediakan hidangan ikan alu-alu masak taucu. Sedap sangat! Amie tanya kepada pengusaha kantin, apa nama ikan itu.... dan dari situlah Amie berkenalan dengan ikan alu-alu. Amie lihat sendiri pembekal ikan membawa beberapa jenis ikan termasuk ikan alu-alu ke dapur kantin. Wah! Panjangnya ikan alu-alu....
Bahan-bahan:
3 keping ikan alu-alu
5 sudu taucu manis
2 biji lada merah - hiris
2 biji lada hijau - hiris
1 labu bawang besar - potong bulat
3 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1 sudu gula
1/2 sudu serbuk kunyit
75ml air
garam - jika kurang masin
minyak
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan lada dan bawang besar serta taucu. Kacau rata.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan.
6. Masukkan gula. Gaul rata.
7. Apabila kuah menjadi pekat, bolehlah angkat dan hidangkan.
Dua hari lepas Amie sempat ke pasar beli seekor ikan alu-alu seberat 5kg. Siap dipotong, dan ikan ini menjadi salah satu ole-ole pulang kampung hari Sabtu nanti........
16 comments
sedapnyaaa dah la waktu sahur skrg ni kak amie... huhu mana nak cari taucu tu wuwuwu..
BalasPadamrupe ikan ni mcm tenggiri pon ada...hihih...ayat org tak kenal ikan...rasanya mcm pernah makan kot..
BalasPadamsalam kak amie.. ita suka masak macam ni simple tapi berselera makan tau
BalasPadamtengok kuahnye pekat2 ni yang tak tahan ni...
BalasPadamteringat pulak sos tauchu dah beli sebotol. masaknya belum juga.
BalasPadamsedapnye...terliur ni...
BalasPadamselaamt hari raya buat amie sekeluarga yg bakal tibe tak lame lagi...
maaf zahir dan batin..
perghhhh...sedapnya...dah la saya tak sahur pagi tadi...huhu...sekarang duk telan air liur je la tgk n3 ni...
BalasPadamselamat hari raya aidilfitri kak...
maaf zahir dan batin...
Hanis,
BalasPadamtakde taucu ye di sana...
Nani,
ada rupa tenggiri, tapi isi dan kulit tebal, tak macam tenggiri yang kulitnya lembut & isinya juga lebih lembut...
Salam Juwita,
memang berselera makannya Ita, anak-anak pun tambah makan nasi... seronok tengok
Ucu,
memang tak tahan tengok masak taucu... nak buat jugak kan...
Liza,
kena masak cepat... nanti tamat tempoh, jadi racun pulak... ha hahahh
Ain,
memang sedap dik... selamat hari raya Ain, maaf zahir batin...
Wahida,
ada tenaga, tak sahur takpe.. he heheh selamat hari raya Wahida, ampun maaf dipinta kalau ada terkasar bahasa dan terlanjur kata-kata...
Sempat lagi masak ye..qema dah start gantung kuali..stok dah clear sblm balik kg hihi
BalasPadamHello Amie, your this ikan Alu alu looks really delicious. I have never seen this before and that green chilli makes it look so sedap best.
BalasPadamIni da tentu tiga pinggan nasi lichin, ha ha ha.
Amie, would you mind if I copy the first picture?
Bila saya naik angin and instead of blog posting about women, I post about beautiful women with black belt in cooking, I will display your this ilan alu alu, credit you of course.
Boleh? Outang you teh tarek lambong tinggi, ya.
Here's wishing you and all at home the very best of hari raya.
Keep a song in your heart.
Lee.
ikan alu-alu
BalasPadamuwaaaa 1st time dengar jakun lagik...arr masak gini mmg ayu suka bangat sedap kan
Qema,
BalasPadamstok kakak masih ada sehingga sahur esok pagi... pagi Sabtu balik dah....
Uncle,
boleh copy ...diizinkan & terima kasih kerana sudi ikuti perkembangan dapur Amie yang tak sepertinya ini...
Ayu,
jakun sekarang ni dah moden dik... dah kenal semua benda tau... kena tukau tu... dari jakun ke lain pulak.. hi hi hii
Kak amie dah tentu boleh...en Ben ada buat segmen ke? Nk terjah la nanti. Terima kasih kak amie
BalasPadam1st time dgr nama ikan alu-alu....
BalasPadammasak tauci mmg fevret saya.. tp dah lama tak buat.. Salam aidilfitri utk akak dan family.. maaf zahir dan batin
BalasPadamHanis,
BalasPadamada... berakhir 20 Ogos lepas...
Papa Mifz,
macam-macam jenis ikan ada di sini.
Hanis Azla,
memang sedap, tambah lagi kalau buat sesekali, mahu berpinggan-pinggan nasi,
selamat hari raya Hanis, maaf zahir batin..