Sayap Ayam Goreng

1:12 PTG

Salam hari Sabtu. Selamat berpuasa buat hari yang ke 13. Sebelum meninggalkan rumah untuk ke Masjid al-Raudhah di Lahad Datu, Amie titipkan menu bersahur iaitu Sayap Ayam Goreng.


Bagi anak-anak menu di atas sudah memadai kerana memang mereka sangat gemar makan ayam goreng. Jaranglah Amie dapat masukkan menu bersahur sebab memang menu beginilah yang dihidangkan hampir setiap waktu bersahur. Menyediakannya memanglah sangat mudah, tetapi rasanya tentulah sedap..... sayap ayam memang sedap!

Bahan-bahan:
8 bahagian sayap ayam - potong 2
3cm halia - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 batang serai - diketuk
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu serbuk pati ayam
1/2 sudu serbuk kunyit
(garam & gula - jika suka - Amie bubuh 1 sudu gula)
2 sudu minyak bijan
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Gaulkan sayap ayam bersama semua bahan di atas termasuk minyak bijan, kecuali minyak masak.
2. Perap 15-20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
4. Angkat dan hidangkan.



Amie pergi dulu ke Masjid al-Raudhah kerana menguruskan pelajar-pelajar sekolah yang menerima zakat dari pihak Tabung Haji Lahad Datu. Jumpa lagi ye....

11 comments

  1. kak amie jarang dgr org panggil sayap ayam..selalu dipanggil kepak ayam..part ayam yg paling mieza suka..buat hiney roasted mmg sedap kan kak

    kak amie..sorry semalam akk call mieza dah tido..nnt mlm kang mieza call akk blk ye..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akak amie...
    apa khabar akak? moga dah sihat hendaknya..
    wah dah lama diana x masak sayap ayam... kat labuan pun panggil sayap ayam.. :) nmpk sedap akak..

    BalasPadam
  3. salam kak amie...akak sayap ayam ni chicken wings la kan...hehehhe...saya pun suka makan bgn ni jugak...sebab tak byk isi...kekekke

    BalasPadam
  4. kalau anak saye panggil kepak ayam...
    mmg kesukaan dia org tu...

    BalasPadam
  5. Mieza,
    kalau di semenanjung memang panggil kepak, di sini orang panggil sayap....kih kih kih dah terikut sini dah...

    ok, sapa2 boleh call dulu...

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Diana,
    kakak khabar baik,

    kalau goreng sayap ni memang kena lebih sikitlah...sebab sedapkan!

    BalasPadam
  7. Salam Quinnie,
    tak banyak isi tapi banyak lemak ye... itu yang rasa sedap tu...

    BalasPadam
  8. Ain,
    kepak ayam & sayap ayam... dua2 sedap! he hehehhh..

    BalasPadam
  9. kalau ucu dihidangkan lauk mcm gini...mau bertambah2 kepak ayam tu..
    yg belum masak tp dah diperam ada lagi tak...?

    BalasPadam
  10. Ucu,
    kepak ayam kalau diperam boleh terbang tau.... hi hi hi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe