Ayam Masak Opor

11:02 PTG

Salam hari Jumaat, dan selamat berpuasa hari ke 12. Sambil santai-santai menikmati angin malam, Amie hidangkan Ayam Masak Opor untuk hari ini. Opor ialah sejenis masakan tradisi dari Pulau Jawa. Biasanya jika kita gunakan ayam, hanya perlu direbus bersama santan dan beberapa bahan lain termasuk serai dan kencur jika suka. Walau bagaimanapun, apabila resepi ini tersebar di merata tempat, pelbagai cara masakan pula yang diperkenalkan termasuklah mencampurkan kerisik ke dalam masakan ini. Ayam Masak Opor yang Amie pelajari semasa remaja dahulu hanyalah berasaskan santan, bawang putih, jintan putih dan cuka serta penambahan lada merah segar sebagai penaik seri warna. Sedapnya tak terkata, dengan aroma jintan putih dan rasa sedikit masam cukanya. Hidangan istimewa ini Amie pelajari daripada makcik Amie di Kampung Ampang, dan memang terasa kelazatannya apabila dimakan bersama nasi himpit dan juga lemang semasa hari raya!


Siapa sangka hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja, resepi Ayam Masak Opor dapat dihasilkan dengan begitu lazat sekali!



Bahan-bahan:
600 gram ayam - potong 8 bahagian
600ml santan
10 biji lada merah - kisar
4 biji bawang putih - kisar
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu cuka
garam & gula
daun limau purut - pilihan

Cara:
1. Didihkan santan, lada merah kisar bersama bawang putih dan serbuk jintan putih.
2. Masukkan daging ayam dan biarkan hingga kuah pekat.
3. Masukkan garam & gula serta cuka.
4. Masukkan daun limau purut.
5. Angkat dan hidangkan.

Bagaimanapun sesetengah resepi opor, bahan yang digunakan termasuklah buah keras, segala rempah ratus dan sebagainya. Ada yang menumis terlebih dahulu rempah-rempahnya, tetapi mengikut resepi tradisi Jawa, opor pada asasnya hanya direbus hingga kuah santannya menjadi pekat. Sepatutnya kena masukkan kencur, tetapi kadang-kadang kesukaran mendapat kencur atau baunya yang kurang digemari, jadilah opor seperti yang Amie masak. Mudah bukan? Tapi memang sedappppp..... bahannya pun boleh dibilang dengan jari!



Suami balik terawih tadi bawa pulang pulut panggang. Katanya kakaknya dari kampung yang kirim untuk Amie. Tapi panggilan untuk kuih ini berbeza tau.... orang Cocos panggil ini sebagai 'gogos.' Ada dua lagi kiriman yang lain, iaitu puding....dah habis makan tak sempat ambil gambar. Dan satu lagi yang tak sempat ambil gambar juga ialah kerabu jantung pisang, kiriman biras Amie, juga dari kampung. Syukur Alhamdulillah, Amie punya ipar duai dan biras yang baik hati semuanya......

18 comments

  1. Suka baca n3 akak pasal recipe mesti Ada sejarah d sebaliknyer...nnt Boley try nmpk Mcm senang (。-_-。)

    BalasPadam
  2. seronoknya kak amie ada keluarga dekat2...kebanyakan keluarga nani di sabah ni semuanya di KK. terpaksalah survive sendiri di bukit garam. tp bila keluarga berjauhan ni, kite jadi makin rapat dengan kawan2...

    ayam masak opor ni mcm belom pernah makan lagi...kene pulak ada daun limau purut...nani memang suke lauk yg ada letak daun limau purut ni.

    BalasPadam
  3. Lady Ayu,
    pertama kali makan opor ayam di rumah makcik, Kak Amie terus minta resepinya, dan pada mulanya memang tak percaya sebab dengan penggunaan bahan yang minima, hasilnya berbaloi-baloi!

    BalasPadam
  4. Amie, nanti nak cubalah resepi, memang nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  5. Nani,
    syukur alhamdulillah, hubungan kami baik sepanjang masa, rezeki Allah tu!

    memanglah Nani, duduk berjauhan dengan keluarga membuatkan kita lebih cekal, berdikari dan menghargai kawan...

    memang jarang orang sebut tentang masak opor, sebab memang asalnya pun masakan tradisi Jawa, tapi orang Jawa pun ramai yang tak tahu resepi ini....

    BalasPadam
  6. Ummi,
    bahannya pun mudah dicari, buatnya pun senang saja, cubalah ye Ummi, insya-Allah sedap!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Amie,

    Rezeki bulan puasakan.

    Sedapnya ayam masak opor tu. Pernah juga makan masakan ni.

    BalasPadam
  8. murah rezeki..
    itu tanda orang sayang kat amie

    sedapnya..terutama bila letak daun limau purut...sura ada aroma khas..segar :)

    BalasPadam
  9. Assalam amie,
    waduh..kalau dekat memang kita nak ngendeng 2-3 ketul buat sahur ni..sedap ayam opor..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum akak..
    ayam masak opor tu mmg nampak sedap.. x perna lg masak gini... menyelerakan

    BalasPadam
  11. salam kak.. menariknya resepi ni.. seronok baca cerita akak.. menarik

    BalasPadam
  12. Amie...

    Sedapnya...nak mintak sikittt...:)

    BalasPadam
  13. Waalaikumussalam Kunang-Kunang,

    nak makan opor ni memang Amie kena buat sendiri, sebab tak pernah jumpa masakan ni selain di rumah makcik di Ampang tu...

    BalasPadam
  14. Kasih,
    Amie pun sayang semuanya.... he hehehh

    makcik Amie tak bubuh daun limau purut, tapi Amie saja bubuh sebab suka aromanya tu...

    BalasPadam
  15. Ayu,
    Amie memang suka sangat makan masakan ini, sebab mudah dan bau jintan putihnya tu membangkitkan selera,

    ambillah lebih 3 ketul, kang tak cukup Ayu...he he hehhh

    BalasPadam
  16. Waalaikumussalam Diana,

    sekali-sekala je kakak masak begini, tapi memang sedaplah kuahnya tu cicah dengan lemang...

    BalasPadam
  17. Ita,
    terima kasih Ita, memang ada cerita dari dapur ye....he hehehh

    BalasPadam
  18. Cik Cek,
    boleh, minta sikit ye... ni kakak bagi banyak ye... he hehehh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe