ADSENSE

Jumaat, 25 November 2011

Nasi Ketumbar Daging Asam Pedas

Amie sediakan menu Nasi Ketumbar bersama lauk Daging Asam Pedas. Walaupun Amie sudah beberapa kali masak Nasi Ketumbar tapi kami sekeluarga tidak jemu dengan menu begini. Terima kasih kepada Kak Nor@Secubit Garam, kerana kali pertama Amie masak Nasi Ketumbar, Amie gunakan resepi dari dapur Kak Nor,  yang sumbernya dari dapur Q'ein@Myresepi dan Ayu Singapore. Bagaimanapun, setelah beberapa kali masak, Amie cuba pelbagaikan dengan lauk yang berbeza.



Resepi Asal: Resepi Q'ein@Myresepi
Sumber   : Ayu Singapore & Kak Nor Secubit Garam

Bahan untuk Nasi Ketumbar:
500 gram beras
3 s/b mentega (Ayu guna minyak sapi - Amie pun guna minyak sapi)
sedikit minyak - Amie tak guna minyak
1 biji bawang merah - dimayang halus
3 batang daun ketumbar - kisar halus - Ayu tapis - Amie tak tapis (Amie lebihkan daun ketumbar)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara:
1. Cairkan minyak sapi dan goreng bawang hingga wangi.
2. Masukkan beras dan ketumbar kisar serta kiub ayam.
3. Masukkan air dan masak seperti biasa.
4. Apabila nasi telah kering, titiskan sedikit pewarna hijau.
5. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak, kemudian gemburkan sebelum dihidang.

Untuk lauknya pula, Amie mencuba resepi Masakan Tradisi Melayu Melaka olahan Norbi Husin. Amie pilih resepi Daging Lembu Masak Asam Pedas. 




Resepi: Daging Lembu Masak Asam Pedas
Sumber: Masakan Tradisi Melayu Melaka oleh Norbi Husin

Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu (tetel)
sekepal asam jawa - ambil airnya 2 mangkuk
10 helai daun limau purut - Amie gunakan 5 helai 
2 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
garam secukup rasa  - Amie tambah 1 sudu serbuk pati ayam

Bahan kisar:
20 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar jintan manis
1/2 camca besar jintan hitam - tak ada jintan hitam, Amie guna jintan putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

Bahan untuk menumis:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 camca besar halba
1/2 cawan minyak

Cara:
1. Bersihkan daging. Toskan.
2. Panaskan minyak. Masukkan halba dan biarkan beberapa saat.
3. Tumis bawang yang dihiris dan kacau hingga wangi.
4. Masukkan bahan yang digiling. Masak hingga garing.
5.Masukkan daging, lengkuas dan serai.Masak sehingga daging empuk. Jika perlu tambah sedikit air. Tutup periuk.
6. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, garam (serbuk pati ayam)dan daun limau purut.
7.Biarkan hingga kuah pekat.

Memandangkan Daging Asam Pedas memang sedia terasa asamnya, Amie tidak sediakan acar seperti kebiasaannya. Amie hanya hiriskan timun dan tomato sahaja sebagai ulam-ulaman. Terima kasih buat suami dan anak-anak yang tidak banyak karenah dengan apa jua hidangan yang Amie sediakan, baik menu biasa, menu baru dan apa jua menu yang Amie cuba. Untuk hidangan kali ini memang habis berpeluh suami dan si bongsu sebab Daging Asam Pedas yang Amie masak memang betul-betul pedas!



Buat yang sudi ....jemputlah mencicipi menu kami sekeluarga hari ini.


20 ulasan:

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Amie,
Aduhai..Kak Lin Baru Lepas Makan Ni...Tapi Tgk Nasi Ketumbar Daging Asam Pedas Terliur Pulak!

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Amie,

sedapnya nasi ketumbar nie...ramai yg dh cuba...nk cuba juga la nanti....kena queue ikut giliran...hehe....

dZana berkata...

aslmkum amie.. cantik nasi warna hijau .. dgn rasa ketumbar tentu lagi sedap.. tak prnh cuba lagi ni.. boleh msuk list..

Amie berkata...

Lin,
Waalaikumussalam......
memang sedap Lin, first time gandingkan nasi ketumbar dengan lauk gini...

Nuridah,
Waalaikumussalam....
memang ramai yang dah cuba, sedap... tak muak,boleh pelbagaikan lauknya...

dZana,
Waalaikumussalam .....
cubalah....memang sedap!

Chah berkata...

Waaa sedap nasi tu...makanan kt sini sumer yummy... Salam ukhwah dr saya...:)

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie,
Selamat malam, ada lagi ke nasi ketumbar tu malam2 ni, kempunan la pulak kita kat sini melihatnya

kasihredha berkata...

cantik colour nasi tu amie

che mid berkata...

Nasi ketumbar ni mesti menyelerakan bagi Che Mid yang tak rempah banyak pada nasi, bahannya pun mudah je..

rahel berkata...

salam Kak Amie..
adoii...nak cakap apa lagi ek..hehe...hidangan yang menggiurkan..belum pernah wat nasi ketumbar...teringin nak try...

Wani berkata...

salam kak amie

sedapkan nasi ketumbar ni ... sebelum ni pun pernah buat ikut yang macam kak nor@secubit garam buat .. lauk pun sama lagi .. dah malas nak fikir lagi terus ambil sebiji sama dgn macam kak nor hihi.. tengok daging asam pedas kak amie ni macam sedap la pulak ...

Nieza berkata...

memang sedap sgt nasi ketumbar ni..kena lak ngan daging asam pedas akak tu memang best tu:)

Chik Mimi berkata...

Kak amie tengok nasi akak terus terguda

kak ina kl berkata...

dah pernah cuba nasi ni..memang sedap

Kakzakie berkata...

Kakak tak pernah masak asam pedas daging. Kenalah mencuba ye... nasi ketumbar dah pernah buat.

Cuti ini bolehlah kakak cuba resepi Amie ini (itupun kadang tiba masa lain jadinya)...

Amie berkata...

Chah,
terima kasih sudi datang dapur kami... salam ukhwah juga...

Wattie,
he he hehh... Wattie tertinggal flight ni...kena masak lagi ni untuk Wattie..

Kasih,
warna daun ketumbar dan sdikit pewarna hijau tu...

Che Mid,
nasi jenis begini tidak muak, tidak gunakan susu....

Amie berkata...

Rahel,
kalau dah masak nasi ketumbar jangan lupa tinggalkan sepinggan untuk kakak ye Rahel...

Wani,
memang sedap... cubalah pelbagaikan lauk, banyak jenis lauk yang sesuai untuk nasi ini...

Nieza,
percubaan kali pertama gandingkan dengan daging asam pedas, alhamdulillah..boleh diterima tekak..

Chik Mimi,
jemput Mimi...kalau dah tergoda mesti makan di sini dulu baru balik ye..

Amie berkata...

Kak Ina,
memang sedap... tu sebab suka buat selalu...

KakZakie,
cubalah kak...

he he hehh memang kami pun begitu,lain nak dimasak, sampai dapur lain yang diambil, lain yang dibuat,lain kejadiannya...

ummiross berkata...

Nampak tersangatlah sedapnya Amie, daging asam pedas, pergh!!!

Amie berkata...

Ummi,
pertama kali makan dengan daging asam pedas... memang sedap Ummi..

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie,
Aikkkk sehati sejiwa betulla kita ni hehehe, akak pun masak nasi ketumbar jugak, what a coincidence hehehe, tp pekena dengan ayam goreng nyonya