Lauk-Pauk Kampung Yang Ringkas : Ikan Putih Bakar, Sayur Bening Bayam & Sambal Kemangi
6:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini memerap saja di rumah. Tiada undangan kenduri kahwin atau sebarang majlis lain. Jadi, masuk dapur lebih awal untuk masak tengah hari. Amie keluarkan dua ekor ikan putih dari freezer dan rendam. Keluarkan juga sayur dari peti sejuk. Hendak masak sayur bening saja. Bubuh daun kemangi tentu segar harum aromanya. Eloklah beningkan sahaja sayur bayam, tambah kacang panjang, sedikit labu pulut dan setongkol jagung manis. Pelengkapnya, sediakan sambal kemangi.
Sudah sedia semua bahan, kita tinggalkan dan naik ke atas buat kerja-kerja ladang yang belum siap. Kemudian kita turun semula. Rupanya Encik suami sudah bersihkan ikan. Nampak ekornya senget-senget potongannya. Tak tahulah digunting guna gunting atau tetak dengan parang. Apa pun terima kasih permudahkan urusan masak-masak.
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
Untuk resipi Sambal Kemangi boleh rujuk di sini:
Di bawah ini Amie kongsikan bahan-bahan Sambal Kemangi dari entri lama,
Bahan-bahan:
- 1 cawan daun kemangi yang sudah dileraikan dari tangkai
- 20 biji tomato kampung - belah dua
- 30 tangkai cili padi - boleh tambah atau kurangkan mengikut tahap kepedasan yang diingini
- 7 ulas bawang putih - hiris kasar
- 8 biji bawang merah - hiris kasar
- 1 sudu besar belacan
- garam / gula / perasa pilihan
- minyak untuk menggoreng
- Panaskan minyak. Goreng bawang putih, bawang merah, cili padi, tomato dan belacan hingga layu. Toskan.
- Tumbuk kesemua bahan goreng. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan.
- Gunakan 4 sudu besar minyak bekas gorengan tadi.
- Goreng sambal bersama daun kemangi.
- Setelah terbit minyak, padamkan api dapur.
Jika suka rasa masam, perahkan jus limau kasturi dan gaul rata.
| Sayu Bening Bayam & The Gang |
Kuah Sayur Bening Bayam ini memang segar dihidang panas. Habis semangkuk Firdaus hirup kuahnya. Berselera betul bujang satu ini makan nasi lauk kampung begini. Nak buat macamana. Dah hidupnya dengan orang tua seperti kami berdua, selera pun kena ikut selera orang tua juga. Katanya, Ikan Putih Bakar sedap. Sambal Kemangi pun sedap. Sambal Kemangi memang sedap sebab hampir menyamai Sambal Siram Minyak Panas.
| Bismillah |
21 comments
ikan bakar tu sedapnyaa
BalasPadamJemput Mazni.
Padamya ampun love nya menu simple macam ni. Rasa seronok tengok
BalasPadamAgaknya kalau makan dalam suasana kampung lagi best kan.
PadamSuka daun kemangi, aromanya tu best. Buat ulam pun sedap
BalasPadamYa, saya suka aromanya. Kalau masuk sayur bening, terus rasa nak hirup semua kuahnya.
Padamterima kasih share resepi, boleh VM cuba.. VM memang suka lauk kampung macam ni :)
BalasPadamSilakan VM.
PadamKrn anak memang akan ikut selera ortu nya 😄. Terbiasa makan itu setiap hari kan. Apalagi kak Amie pun memang pandai masak . Apapun yg dimasak selalu nampak sedap, walau hidangan kampung. ❤️❤️❤️. Pastilah akan buat daus teringat2 masakan maminya tiap kali jauh nanti
BalasPadamSyukurlah Firdaus tak cerewet bab makan. Kadanf-kadang dia veritahu juga lauk yang tak digemarinya.
PadamIkan bakar tu pakai bedung
BalasPadamYuuppp.... bedung daun pandan nak bagi dia wangi.
PadamWah hebat persembahanan blog..agak ada kelainan tampilan blog..
BalasPadamTerima kasih. Biasa-biasa saja.
PadamSemua tu serasi betul kak... mesti sedap kan sambal tomato dengan kemangi tu... sup bening tu pulak hirup gitu je pun sedap dh kak oi
BalasPadamSengaja mencari aroma dalam masakan, jadi gunakan daun kemangi. Orang Jawa kata segeerrr.... hirup kuah bening.
PadamMasih tertanya² camne rasa daun kemangi.. mungkin pernah makan tapi tak tau nama.
BalasPadamKemangi keluarga selasih. Aromanya segar seakan-akan bau serai tapi kalau dimasak bersama sayur bening memang segar sungguh!
PadamCurious betul dengan daun kemangi ni. Rasa dia macam mana agaknya ye. Suka tengok ikan goreng kak Amie, mesti ada accesoriesnya.
BalasPadamSaya tak boleh tengok kalau siang ikan tak kena dengan KPI. Kadang betulkan semula sampai rupa elok. hihi...
Baguslah Firdaus tak cerewet bab makan. Mommy masak mestilah sedap berselera dia makan.
Sda orang suka buat ulam daun kemangi tapu saya rak pernah cuba dan rak pasti rasanya. Kalau dibuat sampai, tak merasa sangat kemangi sebenar sebab sudah dimasak. Cuma aromanya yang boleh dihidu seakan-akan bau serai tapi lebih kuat.
PadamHaha comel betul Encik Suami tolong potongkan ikan, ekor senget-senget pun tak apa Kak Amie, yang penting ikhlas nak bantu permudahkan urusan kat dapur! Bertuah Kak Amie. Bila dah siap masak hidang dengan ikan bakar, sayur bening & sambal kemangi macam ni, memang terangkat
BalasPadam