Sambal Siram Minyak Panas
8:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dua tiga hari ini Firdaus asyik sebut Sambal Siram Minyak Panas. Katanya, lama Mommy tak buat sambal yang sedap itu. Jadinya petang tadi kita pun buatkanlah sambal untuk anak bujang kami.
Firdaus tidaklah cerewet dengan lauk yang dihidangkan. Nampak gembira sangat melihat ada Sambal Siram Minyak Panas. Walaupun ikan setakat dimasak rebus tetapi tetap berselera dimakan dengan nasi dan sambal. Selepas makan seperti biasa dia ucapkan: Terima kasih Mommy. Terima kasih Baba makanannya.
| Sambal Siram Minyak Panas |
Petang tadi masak nasi lauk:
- Ikan Bolu Masak Kuning Daun Kemangi
- Sayur Tumis Bunga Betik dengan Udang
- Sambal Siram Minyak Panas
| Ikan Bolu Masak Kuning Daun Kemangi |
| Bismillah |
| Sambal Siram Minyak Panas |
Sambal Siram Minyak Panas
Bahan-bahan:
- 20 tangkai cili padi + 1 tangkai cili merah
- 1 sudu kecil belacan
- 2 biji bawang merah
- 10 biji kacang gajus - kacang tanah pun boleh - ( kalau tak ada kacang, Amie tambahkan tomato)
- 2 sudu besar jus limau kasturi atau limau nipis
- garam / gula / perasa pilihan
- 4 sudu besar minyak masak untuk dipanaskan
Cara Penyediaan
- Tumbuk cili padi, cili merah bersama belacan, kacang gajus, garam / gula / perasa pilihan.
- Tuangkan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Air asam jawa pun boleh.
- Panaskan minyak di dalam kuali sehingga keluar sedikit asap.
- Tuangkan minyak yang betul-betul panas tadi ke dalam mangkuk berisi sambal.
- Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
15 comments
Saya membayangkan kalau ditambah irisan bunga kantan sedikit ke dalam sambal ini, pasti sedap juga 🤤🤤. Krn saya lagi banyak bunga kantan di rumah. Ok pagi ini nak buat sambal minyak panas campur bunga kantan , makan dengan labu Siam rebus 😍😍🤤
BalasPadamTerima kasih Kak Amie resepinya.
BalasPadamBahan semua ada di dapur, harap² mambang rajin pun ada ahak!
Boleh cuba buat ni sambal minyak panas...
BalasPadamBukan kata firdaus.. kita pun tgk dah rasa mengidam tgk sambal siram tu... nasib kita x berjiran hahaha.. klu berjiran confirm hari² dok jengah tingkap rumah awak 🤣🤣
BalasPadammudahnya cara buat sambal ni. next time nak cuba buatlah!
BalasPadamsuka mkn pedas ye firdaus...menarik sambal siram minyak
BalasPadamMesti sedap ni.... kalau tak, takkan Firdaus mintak kan. Bunga betik tu dana tak pernah masak gitu, takut pahit kak heheheh
BalasPadamseronok mommy bila Firdaus ucap terima kasih.. aunty yang baca pun ikut seronok
BalasPadamsambal gini memang sedap sangat kan AMie :)
BalasPadamOo nampak sedapnyaa...
BalasPadamLin ingat sambal siram minyak panas tu sambal mantah.. pun sedap juga kannnn
Nampak sedap! Nanti nak save resipi ni dan cuba buat. Tapi kalau tak makan pedas boleh ganti cili padi tu dgn cili merah ye tak Kak Amie?
BalasPadamBagusnya Firdaus tak cerewet sangat bab makan. Kita pun ikut selera tengok sambal siram minyak panas ni. Makan dengan menu ikan memang sedap, tak kiralah rebus ke goreng ke kan.
BalasPadamBerselera makan lauk pauk macam kak Amie masak ni.
Sedap2nya. Dah la sedap, berkhasiat plak tu ada bunga betik bagai. Bukak resto je lah Amie. Hihi.
BalasPadamBest layan gambar makanan kat sini, tengok pun rasa happy
BalasPadamMinyak panas, tapi tak berasap pun?
BalasPadam