Sarapan Apa di Sepilok Forest Edge Resort?
12:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Entri Sepilok Forest Edge Resort belum selesai. Semenjak dua menjak ini agaknya berkawan dengan kura-kura atau siput sebab lambat sungguh hendak menulis. Kalau sehari tidak menulis entri memang akan berlarutan sehingga hari kedua atau ketiga. Harapnya tidaklah sampai berminggu atau berbulan berhibernasi!
Kita sambung cerita minggu lepas sewaktu merehatkan diri di Sepilok Forest Edge Resort, Sandakan. Waktu sarapan dijadualkan pada pukul 7 hingga 10 pagi. Kami turun tepat pukul 7 pagi dan sudah ada beberapa orang kulit putih sedang bersarapan.
| Sebelum masuk ke ruang makan, kena tanggalkan kasut. |
| Sarapan sudah tersedia di atas meja. |
Susu segar diletakkan di dalam kendi berisi ais. Firdaus suka betul apabila nampak susu. Diambilnya mangkuk diisi susu dan bijirin yang tersedia di situ.
Di susut ruang makan terdapat sebuah meja dan tempat membakar.
Amie sangka arang sengaja dibakar untuk keluarkan asap supaya nyamuk tidak berani singgah. Rupanya tempat ini digunakan untuk bakar roti.
Selain roti kosong, ada roti canai dan kuah dal. Ada dua jenis jem yang disediakan iaitu jem betik dan jem nanas. Memang sedaplah setelah sapu mentega atas roti, sapu kedua-dua jemtadi.
Buah epal sebiji-sebiji.
| Yogurt |
| Sekeping roti alas sapuan mentega dengan jem nanas dan jem betik. |
| Minum secawah teh panas. |
Terpikat dengan pisang goreng!
| Pisang Goreng |
| Firdaus dengan yogurt kegemarannya. |
| Pisang Goreng |
| Salad Mangga |
| Hashbrown |
| Nugget & Sosej |
| Telur Hancur |
| Kacang Panggang |
| Ayam Goreng |
| Mi Goreng |
Firdaus sudah tidak sabar untuk masuk kolam renang. Petang kelmarin ada beberapa orang putih mandi di sini. Kebetulan kami balik lewat senja dari bandar Sandakan, jadi terus masuk ke Bilik Mata Kucing. Janji dengan Firdaus, akan turun ke kolam renang waktu pagi.
| Kolan renang di petang hari. |
Di sebelah kolam renang ada tasik dan di bahagian belakangnya ada trek untuk pejalan kaki sampai ke bukit. Encik Suami tidak berminat untuk brisk walk di situ. Bukan apa, takut ada nyamuk atau pacat.... ahaks! Maklumlah hutan.
Pagi itu Firdaus jadi raja di kolam renang. Tidak ada orang putih mandi di sini. Kami biarkan Firdaus mandi sepuas-puasnya.
Sementara menunggu Firdaus mandi di kolam renang, kita tangkap gambar dululah di sini.
| Berat badan Encik Suami sudah sama dengan berat badan kita! |
Pukul 9 pagi, kami tinggalkan kolam renang. Seterusnya bersiap-siap untuk daftar keluar dari Bilik Mata Kucing.
0 comments