Marco Polo Hotel - Deluxe Triple
10:30 PGAbang Farid buat tempahan di Marco Polo Hotel pula. Sebut Marco Polo Hotel, zaman-zaman kami muda dahulu memang tak beranilah hendak bermalam di sini disebabkan harganya yang begitu kayangan walaupun taraf tiga bintang sahaja. Barangkali lama-kelamaan disebabkan banyak berdiri hotel bak cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar Tawau, maka nama Marco Polo agak tenggelam. Kami pernah menginap di sini beberapa kali dan harganya memang sangat murah.
Kali ini Abang Farid tempahkan jenis bilik deluxe triple dengan harga RM145.33 sen sahaja tanpa sarapan. Jadi, kami dapat tiga buah katil single.
| Bilik Deluxe Triple |
| Firdaus di tepi tingkap. |
| Cantikkan pintu kayunya! Kalau ditolak, nampaklah langsir dan balkoni di bahagian luar. |
| Marco Polo Hotel - Google |
0 comments