Makan Tengah Hari di Megha Halal Cuisine: Secebis Bangladesh di Jantung Madrid

8:50 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai menikmati keindahan kota Madrid, tibalah masa yang paling dinanti-nantikan oleh kami semua, iaitu menikmmati hidangan halal untuk mengisi perut yang mula berkeroncong.

Tour guide kami iaitu Mbak Wati membawa kami ke Megha Halal Cuisine, sebuah restoran Bangladesh yang terletak di tengah-tengah kesibukan kota Madrid. Agak jauh juga kami berjalan kerana bas tidak boleh memasuki lorong atau kawasan ke restoran. Namun begitu perjalanan jauh itu tidak menjadi beban kerana sebenarnya makan tengah hari tidak termasuk pakej memandangkan hari tersebut merupakan hari terakhir kembara kami. Sepatutnya selepas meronda kota Madrid kami terus ke lapangan terbang!

Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak pada rezeki! Alhamdulillah. Mbak Wati berbesar hati belanja kami makan tengah hari! Katanya sebagai permohonan maaf kerana katanya ada sekali hidangan makanan yang disediakan untuk kami tidak sempurna. Amie sudah lupa, hidangan yang mana satu!

Semoga Allah lipatgandakan rezeki untuk Mbak Wati sekeluarga, diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusannya di negara orang. Amin.

Menyingkap keindahan budaya Bangladesh di sebalik hidangan halal di Madrid.


Sebaik melangkah masuk ke Restaurate Megha Halal Cuisine,  seolah-olah terlupa bahawa kami masih berada di Sepanyol. Setiap sudut restoran dihiasi dengan kraftangan, kain sulaman, lampu hiasan, rempah-ratus dan pelbagai aksesori tradisional Bangladesh. Amie dapat rasakan sudah tentu pemiliknya begitu bangga dengan budaya tanah air mereka sehingga restoran ini terasa seperti sebuah galeri budaya.

Nampaknya segala hiasannya bukan sekadar penyeri ruang tetapi ia menjadi jambatan yang menghubungkan pemilik restoran dengan tanah air yang jauh beribu-ribu kilometer. Pada masa yang sama, ia memperkenalkan keindahan budaya Bangladesh kepada pelanggan dari seluruh dunia.


Kami dihidangkan dengan set Bangladeshi Thali. Bukan mudah untuk menikmati hidangan nasi di negara ini. Kiranya rezeki yang tidak disangka-sangka datang kepada kami melalui Mbak Wati.

Dari Madrid ke Bangladesh melalui sepinggan hidangan.

Menikmati makan tengah hari melalui suasana Bangladesh.

Bangladeshi Thali merupakan satu hidangan lengkap di dalam sebuah dulang, mengandungi nasi putih dan roti bersama beberapa jenis lauk, kari, sayur-sayuran dan pelbagai iringan. Setiap hidangan mempunyai rasa yang berbeza, daripada yang lembut sehinggalah yang kaya dengan rempah-ratus. Inilah keistimewaan Thali, satu hidangan tetapi menawarkan pelbagai cita rasa dalam satu pinggan atau dulang.

Amie minta bantuan ChatGPT untuk menjadikan Bangladeshi Thali lebih menarik dan berinformasi seperti di bawah ini.

Bangladeshi Thali janaan AI.

Menikmati Bangladeshi Thali bukan sekadar mengenyangkan perut, malah memberi peluang mengenali budaya masyarakat Bangladesh melalui makanan mereka. Bukankah makanan sering menjadi bahasa yang paling mudah untuk memperkenalkan sesebuah negara?

Tour leader di hadapan Megha Halal Cuisine.

Selamat Datang ke Megha Halal Cuisine.

Melalui pandangan Amie, restoran ini bukan sekadar tempat makan bahkan seolah-olah sebuah galeri budaya Bangladesh. Terdapat hiasan tekstil tradisional, kraftangan anyaman berbentuk ikan, lampu hiasan, rempah-ratus yang dipamerkan, aksesori tradisional dan warna-warna terang yang sangat sinonim dengan budaya Asia Selatan.

Pada pemikiran Amie, pemilik restoran ini  bersungguh-sungguh mengetengahkan budaya asal mereka untuk:

  • Mengekalkan identiti dan jati diri.
    Apabila berhijrah ke negara lain seperti Sepanyol, ramai ingin mengekalkan hubungan dengan tanah air. Restoran menjadi tempat untuk mereka meluahkan rasa bangga terhadap budaya Bangladesh.
  • Memberikan pengalaman, bukan sekadar makanan.
    Pelanggan bukan sahaja datang untuk menikmati kari atau biryani, tetapi juga ingin merasai suasana Bangladesh. Hiasan, muzik dan aroma rempah menjadikan pengalaman makan lebih bermakna.
  • Membezakan restoran daripada pesaing.
    Di Madrid, khususnya kawasan Lavapiés, terdapat banyak restoran halal dari Maghribi, Pakistan dan India. Dengan mengetengahkan budaya Bangladesh, Megha Halal Cuisine mempunyai identiti yang tersendiri.
  • Membangkitkan rasa rindu dalam kalangan diaspora Bangladesh.
    Bagi warga Bangladesh yang tinggal atau bekerja di Madrid, melihat kraftangan, kain sulaman dan hiasan tradisional boleh mengubat kerinduan terhadap kampung halaman.
  • Memperkenalkan budaya kepada masyarakat antarabangsa.
    Ramai pelanggan di Madrid mungkin tidak pernah mengenali Bangladesh. Melalui restoran, mereka dapat mengenali seni, kraftangan dan tradisi negara itu sambil menikmati makanan.

Antara yang menarik perhatian termasuklah:

  • Anyaman ikan di dinding yang melambangkan kepentingan sungai dan ikan dalam kehidupan masyarakat Bangladesh.
  • Hamparan kain sulaman yang berwarna-warni mengingatkan kepada seni tekstil tradisional Bangladesh.
  • Deretan rempah-ratus bukan sekadar untuk memasak, malah menjadi simbol kekayaan warisan masakan mereka.
  • Lampu dan hiasan gantung mewujudkan suasana yang hangat dan mesra, seolah-olah berada di rumah tradisional Asia Selatan.
Mari kita lihat gambar-gambar yang sempat Amie rakam semasa berada di Megha Halal Cuisine. Restoran ini mempunyai dua tempat makan iaitu di bahagian bawah dan bahagian atas. Amie hanya ambil suasana di bahagian bawah sahaja.







Alhamdulillah - ada tanda halal.






.... apabila restoran menjadi galeri budaya ....




From the river to the sea - PALESTINE WILL BE FREE!

Warna-warni Bangladesh, sebuah restoran dengan sebuah kisah buidaya.

















Unik betul botol berisi pelbagai rempah ratus dijadikan hiasan dalaman.








Amie rasa pemilik Megha Halal Cuisine ingin menyampaikan satu mesej yang indah iaitu:

 
"Apabila anda melangkah masuk ke restoran kami, anda bukan sekadar menikmati hidangan Bangladesh, tetapi turut dibawa mengembara ke budaya dan jiwa Bangladesh."

Itulah sebabnya restoran ini terasa begitu unik dan meninggalkan kenangan kepada Amie. Sebelum meninggalkan restoran ini, Amie sempat memerhatikan sekali lagi setiap hiasan di dinding. Hati kecil berkata: Alangkah indahnya apabila seseorang begitu menghargai warisan budayanya sehingga sanggup membawanya merentas benua.

Sesungguhnya jejak kaki hari terakhir ini memberi mesej bahawa sebuah restoran bukan hanya tempat menjamu selera tetapi pada masa yang sama turut menjadi ruang untuk mengenali sejarah, budaya dan jiwa sesebuah bangsa.

Terima kasih, Megha Halal Cuisine, kerana menghadiahkan kami bukan sekadar makan tengah hari yang mengenyangkan, tetapi juga pengalaman yang sukar dilupakan.

Pemandangan di luar Megha Halal Cuisine di musim sejuk.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

RESIPI AMIE - SAJI - OGOS 2017

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2015

RESIPI AMIE - AROMA - JANUARI 2013

RESIPI AMIE - AROMA - MEI 2014

RESIPI AMIE - JELITA - DISEMBER 2014

RESIPI AMIE - SAJI - MEI - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - JULAI 2015

RESIPI AMIE - IBU & ANAK - JULAI 2015

RESIPI AMIE - SAJI -OGOS - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2016

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2017

RESIPI AMIE - SAJI - FEBRUARI 2017

RESIPI AMIE - SAJI - JANUARI 2017

RESIPI AMIE -SAJI - MEI 2016

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe