Singgah di Jalan Kelapa - Brunch di Restoran Nasi Lemak Guru Besar
2:58 PTGBismillahirrahmanairrahim.
Setiap kali melalui Jalan Kelapa di Tawau dan terpandang Warung Nasi Lemak Guru Besar, Encik Suami selalu usik : Tak mahu singgah makan? Kadang-kadang kami singgah, kadang-kadang pandang-pandang saja.
Minggu lepas sewaktu jalan-jalan ke Tawau, kami singgah di sini. Melihat ruang makan yang luas, rasa selesa pula duduk-duduk minum sambil ambil angin pagi. Oleh kerana kami singgah waktu antara breakfast dan lunch (brunch) kami pun memesan makanan yang agak ringan sahaja.
| Karipap Inti Kentang |
| Encik Suami - Honey Lemon Panas |
| Nasi Lemak Sambal Kerang |
Teringin pula hendak makan Nasi Lemak Sambal Kerang. Menarik pulalah melihat ada keropok bawang yang kecil comel. Kalau tak silap namanya Keropok Pak Raden. Lama tak makan keropok ini. Kalau jumpa di kedai, hendak belilah juga sebungkus.
Rasanya tak sekufulah makan nasi lemak tanpa kopi hitam! Maka, kita pun memesan secawan kopi 0. Barulah ngam! Barulah ada rasa tradisional, nasi lemak dengan kopi 0!
| Kopi 0. |
| Firdaus ketika ini umur 5 tahun. Daatang makan di sini pada 2018. |
0 comments