Air Borneo - MAS - Qatar Airways : Terbang ke Italy & Switzerland
10:33 PGBismillahirrahmanirrahim.
Baru berkesempatan untuk menulis perjalanan ke Italy dan Switzerland penghujung Mei hingga awal Jun 2026 lepas. Biasanya sekembalinya dari mengembara, rasa teruja untuk cepat-cepat menulis, kongsikan pengalaman. Berbeza pula untuk kali ini, lebih sebulan lamanya setelah kembali ke sarang, barulah hendak menulis.
Secara umum, pandangan pelancong terhadap Switzerland sangat positif. Negara ini sering dianggap antara destinasi pelancongan terbaik di dunia kerana gabungan keindahan alam semula jadi, keselamatan dan kemudahan pengangkutan.
Antara perkara yang paling dipuji termasuklah:
- Pemandangan yang menakjubkan misalnya Gunung Alps, tasik yang jernih, padang rumput hijau dan kampung yang cantik seolah-olah seperti dalam poskad.
- Sistem kereta api yang cekap, sangat tepat pada waktunya, bersih dan memudahkan pelancong bergerak dari satu bandar ke bandar lain.
- Selamat dan bersih sehingga ramai pelancong berasa selesa berjalan kaki walaupun pada waktu malam.
- Udara segar dan suasana tenang, sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat daripada kesibukan bandar.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara yang sering menjadi rungutan seperti:
- Kos yang sangat tinggi seperti makanan, hotel, pengangkutan dan cenderamata antara yang paling mahal di Eropah.
- Pilihan makanan halal yang terhad di sesetengah kawasan luar bandar, walaupun bandar besar seperti Zurich dan Geneva mempunyai lebih banyak pilihan.
- Kedai ditutup awal, terutama pada hari Ahad, menyebabkan pelancong perlu merancang pembelian lebih awal.
Namun begitu pengalaman keseluruhan juga bergantung kepada kualiti syarikat pelancongan yang dipilih.
| Air Borneo - Google |
Biasanya kami (Amie & Kamsiah) terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur, tetapi kali ini kami ubah hala. Pada 25 Mei 2026 kami terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Air Borneo. Kami perlu daftar masuk di Kota Kinabalu Airport untuk Ke Kuala Lumpur. Jadi kami menempah tiket untuk penerbangan awal Lahad Datu - Kota Kinabalu pada pukul 0825. Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 1500.
Alhamdulillah, kami boleh daftar masuk terus dari Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur. Jadi setibanya di Kota Kinabalu tidak perlulah ambil beg dan daftar masuk semula untuk ke Kuala Lumpur.
| Malaysia Airlines |
Kami terbang bersama MAS pada pukul 1500 dan setibanya di KLIA1 kami bermalam di Sama-Sama Hotel. Dapatlah berjumpa seketika dengan Hamzah dan ayah bondanya keesokan paginya., Kami sarapan di Chef Wan Cafe dan sebelum terbang ke Doha, kami makan tengah hari di Taco Bell pula.
| Qatar Airways |
Untuk sampai ke destinasi, kami terbang bersama Qatar Airways.
Pergi:
26 Mei 2026 - 1940 (07:40 malam)
27 Mei 2026 - 0255 (02:55 pagi)
Balik:
03 Jun 2026 - 1640 (04:40 petang)
04 Jun 2026 - 0305 (03:05 petang)
Amie bawa sebuah buku nota yang agak tebal bersama dua batang ball pen dakwat hitam. Biasanya tak cukup bawa sebatang pen, jadi kali ini bawa dua batang dan buku nota yang tebal sedikit. Balik dari kembara, tiada satu titik atau satu huruf pun tertulis di dalamnya.
Jadi, gigihkan jugalah menulis mana-mana kenangan yang masih melekat dalam ingatan ditambah dengan gambar yang ada. Kita mulakan dengan penerbangan Qatar Airways pergi dan balik. Waktu makan adalah masa yang sangat romantik kerana lampu tidak dibuka, dan hanya menikmati makanan di bawah kelam cahaya. Hendak ambil gambar pun susah, hasilnya tidak jelas. Amie minta bantuan ChatGPT untuk sempurnakan sedikit gambar hidangan kami.
Qatar Airways : Kuala Lumpur - Doha
Terbang pada pukul 7:40 minit malam selama 7 jam 30 minit.
Makanan dalam penerbangan ini merupakan hidangan utama gaya Timur Tengah. Mula-mula kami diberikan sebungkus Crunchy Corn iaitu snek jagung rangup dan pilihan minuman ringan.
Terbang pada pukul 7:40 minit malam selama 7 jam 30 minit.
Makanan dalam penerbangan ini merupakan hidangan utama gaya Timur Tengah. Mula-mula kami diberikan sebungkus Crunchy Corn iaitu snek jagung rangup dan pilihan minuman ringan.
Untuk hidangan malam, Amie memilih Baked Seafood with Creamy Mashed Potato and Vegetables Served with Couscous, bread roll, dessert and juices. Pencuci mulutnya pula terdiri daripada Chocolate Brownie Cake dengan taburan badam.
Selepas hidangan malam, kami diberi bungkusan berisi sekeping Lotus Biscoff iaitu biskut karamel yang sedap dan rangup. Pramugara dan pramugari melayani para penumpang sepanjang masa terutamanya mereka yang hendak minum samada minuman ringan atau soft drink, jus buah atau minuman panas berupa teh atau kopi.
Kami transit di Hamad International Airport Doha selama 4 jam sebelum sambung terbang ke Milan, Italy.
| Hidangan sarapan - Doha ke Milan. |
27 Mei 2026, pukul 02.55 pagi Qatar Airways meninggalkan Hamad International Airport. Penerbangan kali ini mengambil masa lebih kurang 6 jam 20 minit untuk tiba di Milan Malpensa Airport. Jadi kami jaga wudhu' agar sampai ke waktu subuh kerana kami solat dalam kapal terbang.
Sarapan awal pagi dalam penerbangan Qatar Airways ini merupakan gabungan sarapan Barat dan antarabangsa yang lengkap, seimbang dan mengenyangkan untuk penerbangan jarak jauh Doha ke Milan.
Makanan pertama yang diedarkan merupakan sandwich pelbagai inti. Amie memilih Sandwich Inti Ayam. Di dalamnya ada ayam cincang atau chicken mayo. Dalam keadaan mengantuk, memang belum datanglah selera untuk menjamahnya. Jadi Amie simpan sandwich ini di dalam beg.
Untuk hidangan sarapan Amie memilih western breakfast set with omelette, creamy spinach, chicken sausage, hashbrown, croissant, chicken sandwich, yogurt and fresh fruits. Mula-mula Amie makan buah potong yang terdiri daripada honeydew, nanas, anggur dan rock melon. Suka pula kita makan bayam yang dimasak bersama sos putih berkrim bersama omellete dan hashbrown. Selepas itu kita makan yogurt warna ungu, yang sedikit masam manis tapi menyegarkan. Mungkin ada campuran blueberry dan mixed berries.
Sedap pula croissant atau kita panggil roti bulan sabit yang dihidangkan dengan jem strawberi. Roti pastri dari Perancis yang berlapis-lapis ini rangup di luar tetapi lembut di dalam. Memang sesuai sangatlah dijadikan sarapan. Amie memilih minuman klasik, iaitu teh untuk kurangkan rasa dingin dan membantu badan kekal hangat dalam kabin pesawat yang sejuk.
Snek jagung rangup Crunchy Corn perisa krim masam dan bawang turut diberikan.
| Hidangan malam - Zurich ke Doha. |
03 Jun 2026, kami terbang meninggalkan Switzerland dari Zurich Airport ke Hamad International Airpot Doha. Pesawat Qatar Airways meninggalkan Zurich Airpot pada pukul 04.40 petang. Penerbangan mengambil masa selama 6 jam 15 minit untuk sampai ke Doha.
Dalam penerbangan dari Zurich ke Doha Amie memilih menu utama iaitu Creamy Chicken with Roasted Potatoes and Mushrooms kombinasi isi ayam dalam sos krim putih yang lembut, kentang panggang, cendawan, bawang Holland dan sedikit lobak merah sebagai pelengkap. Hidangan ini lebih menyerupai masakan ayam berkrim gaya Eropah.
Ada Quinoa Salad yang cantik terdiri daripada quinoa, tomato dadu, timun. herba segar dan dressing ringan. Ada multigrain Bread Roll juga. Pencuci mulut kali ini ialah Toffee & Chocolate Chip Cheesecake. Di atas lapisan toffee (karamel) ditaburi serbuk biskut rangup. Cheesecake berkrim dihiasi dengan coklat cip dan kelihatannya sebagai pencuci mulut yang premium. Selain itu ada Vanilla Custard with Chocolate Chips yang lembut dihiasi taburan cip coklat halus.
Tidak ketinggalan sebungkus kecil Snek Crunchy Corn perisa bawang dan sos masam.
| Hidangan malam - Doha ke Kuala Lumpur. |
04 Jun 2026 - penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 7 jam 25 minit. Qatar Airways meninggalkan landasan pada pukul 03:05 petang dan sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 03:45 petang. Bunyinya seolah-olah penerbangan lebih 12 jam tetapi sebenarnya hanya 7 jam 25 minit sahaja. Hal ini disebabkan perubahan waktu mengikut zon dunia. Kuala Lumpur awal 5 jam berbanding Doha. Ketika ini memang sudah tidak kenal masa siang atau malam. Solat subuh di dalam pesawat. Apa yang Amie ingat, disebabkan terlalu mengantuk Amie terlelap pada rakaat kedua! Allahu Akbar! Boleh pula begitu. Amie ulang solat dan akhirnya dapat sempurnakannya.
Untuk hidangan kali ini Amie memilih Spaghetti Sayur (Vegetable Spaghetti) iaitu spaghetti yang digaul dengan sayur-sayuran seperti lada benggala merah, hijau dan kuning ditambah dengan sedikit minyak zaitun atau sos ringan. Di sebelahnya terdapat dua ketul makanan bersalut serbuk roti iaitu potato croquette (bebola kentang goreng). Salad quinoa pula dicampur dengan tomato dan herba. Rasanya ringan dan sedikit berlemak.
Pencuci mulutnya pula Toffee & Chocolate Chip Cheesecake, sama seperti yang dihidangkan dalam penerbangan Zurich - Doha. Yogurtnya pula berperisa beri yang ringan. Hidangan dilengkapi dengan hirisan buah-buahan segar campuran rock melon (tembikai susu oren), honeydew dan anggur hitam. Ada roti bijan dan air mineral botol. Amie minta teh panas panas. Biskut Lotus Biscoff turut diberikan.
Kali ini Amie melihat pemandangan yang agak berbeza. Sewaktu Amie menuju ke tandas, para penumpang kelihatan lena berselimut! Boleh dikatakan semua penumpang tidur. Pesawat Boeing 777 ini memuatkan lebih 500 orang penumpang. Amie dan Kamsiah berada di tempat duduk barisan 47. Full house!
1 comments
saya memang setujuuuuu sgt2 part kos tinggi tu...
BalasPadamrasa mcm cukuplah sekali pergi
tp betul ke cukup sekali? hahaha