Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik
9:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Amie hendak kongsikan menu Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik.Sebenarnya gambar masakan ini sudah tersimpan berminggu-minggu lamanya, dan sudah dibuang. Adalah beberapa keping masih terselamat, jadi Amie buatlah entri juga. Sebelum itu Amie minta tolong ChatGPT buatkan infografik resipi, tetapi asyik salah sahaja kejadiannya walaupun sudah diedit dan minta diperbetulkan. Itu yang jadi malas hendak dibuat entri.
| Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik |
| Lidah Lembu Bakar |
| Air Asam Kerisik |
| Resipi Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik |
Yang silapnya itu bahagian cara memasak. Agaknya ChatGPT sudah penat. Biarlah Amie paparkan juga di sini untuk rujukan akan datang.
| Gambar pada Disember 2023 di Fraser Hill. |
Hari ini dapat dua berita dua beradik. Berita pertama Fuad dapat kenaikan pangkat menjadi Senior Project Engineer. Pelantikan itu berkuatkuasa pada 06 Julai 2026. Tahniah Fuad. Baru balik dari Sydney terus dapat rezeki naik pangkat. Katanya selepas ini mungkin akan out station ke Filipina pula tetapi dia akan tolak sebab risau keselamatan di negara tersebut. Kita pun faham suasana di negara itu. Walaupun negara jiran dan paling hampir dengan LD, kita tak pernah jejak kaki ke sana biar pun sudah lebih 30 tahun bermastautin di Sabah.
Berita kedua, Fairuz kena langgar kereta sewaktu menunggang motosikal. Syukur Alhamdulillah tidak cedera tetapi katanya rasa sakit di bahagian kaki kerana terjatuh. Motosikalnya sekarang sedang dibaiki di bengkel. Semoga dipermudahkan urusan Fairuz.
Di sebalik kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya susah dan senang itu ujian Allah belaka.
31 comments
Tahniah fuad. Allahuakbar semuga fairuz tak apa2. Bila kata accident je berderau rasa hati
BalasPadamBetul Notie. Kita pun cemas, tapi syukurlah tidak cedera.
PadamLidah sapi ini favorit sayaaaaaa sangaaattttt. Kalau di sini lidah dibuat sate Padang kak, atau di masak semur. Tp kalau keluarga saya suka di goreng sebentar, makan dengan sambal bawang pedas.
BalasPadamCongrats utk Fuad dpt kenaikan . Btw ada apa dengan Filipina? Saya dah lama tak lihat berita agaknya. Trakhir ke Manila aman2 saja.
Semoga kaki Fairuz juga cepat membaik yaa
Saya nak cuba masak semur lidah.
PadamYa, kalau di Manila memang aman. Fuad takut dihantar ke kawasan yang sentiasa bergolak. Memang ada kawasan tertentu yang kurang selamat.
Uncle belum pernah rasa lidah lembu ni... Camana texture nya eh?
BalasPadamLemak dan lembut.
PadamMakanan exotic ni. Kalau kuah asam letak kerisik mesti jadi lagi sedap kan.
BalasPadamAlhamdulillah tahniah Fuad dapat naik pangkat. Jauh² outstation tu. Semoga baik-baik saja.
Allahuakbar, dengan berita kena langgar buat kita sesak dada. Syukurlah tak ada apa² yang teruk.
Semoga Allah permudah segala urusan kak Amie dan keluarga. Aamiin..
Sekalu-sekala saja jumpa lidah.
PadamYa, cemas betul bila dengar Fairuz accident. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja.
Allah hu akbar, semoga Fuad cepat sembuh bahagian kaki ya..ujian kecil ..kita harus sabar..doakan tak lagi berlaku..aamiin.
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamMoga Allah permudahkan urusan Fairuz.
Makanan nampak sedap tetapi belum pernah cuba. Tahniah utk anaknya atas kenaikan pangkat, & utk yang sedang diuji kemalangan... semoga baik² saja keadaannya dan cepat sembuh
BalasPadamTerima kasih!
PadamTak pernah makan lidah lembu. Macam teringat2 lembu jelir lidah 😅
BalasPadamAllahu....
PadamPernah makan lidah lembu yg siap dimasak. Masak sendiri belum pernah.
BalasPadamAlhamdulillah tahniah utk Fuad 🤲🏻
Syafahallah utk Fairuz.
Semoga dipermudahkan semua urusan hendaknya 🤲🏻
Amin ya Allah.
Padamsebab ammi tak makan lidah...jadi ammi fokus kat resepi penyediaan air asam kerisik
BalasPadamBaik.
PadamMasakan rare ni, lidah lembu.
BalasPadamTahniah buat Fuad.
Moga diberi kesembuhan buat Fairuz.
Terima kasih Ujie.
PadamDulu kalau abah beli lidahni, emak suka masak ungkep... sedap betul. Lidah ni di cicah air asam sedap sungguh lahai. Tahniah buat Fuad moga terus maju jaya dan buat Fairuz kalau masih sakit kene bawak ke klinik jugak tu kak.
BalasPadamNanti saya nak try masak ungkep, Terima kasih Dana bagi idea.
PadamAlhamdulillah, setakat ini Fairuz baik-baik saja.
tahniah fuad moga fairuz segera sembuh sediakala...sedapnya lidah lembu xpernah rasa pun
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamAmin ya Allah.
Erkkk lidah ekkk.. terasa macam gigit lidah sendiri laa pulakkkk Ammi huhuhuhu...
BalasPadamMoga Fairuz cepat sihat dan tahniah buat Fuad..
Alaaa.... janganlah begitu.
PadamTahniah Fuad...Semoga cepat sembuh Fairuz & semoga dimudahkan urusan juga untuk Abang Farid & Daus
BalasPadamTerima kasih Mama Cella.
PadamLidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik ni awwwww sedapnya tak terkata walaupun tak dapat rasa.
BalasPadamTahniah Fuad. Take care ya Fairuz.
Masya-Allah Kak Amie, bertambah kecur liur tengok Lidah Lembu Bakar dicicah Air Asam Kerisik ni! Rugi betul kalau tak jadi buat entri, mujur gambar-gambar ni selamat lagi. Kelakar bab ChatGPT penat buat infografik tu, biasalah AI pun kadang-kadang 'pening' bila bab resipi tempatan yang padu macam ni! Tahniah Fuad...Syafakillah Fairuz...
BalasPadamBelum pernah makan lidah lembu... tapi tak tau ler kalau mak ada masak tak bagitau kami. Mak memang gitu.... pernah ayat mak.. apa korang tau mak masukkan telinga lembu.
BalasPadamTahniah Fuad semoga cepat sembuh Fairuz.