Mengembalikan Semangat di Pagi Nan Dingin di Palestin
9:09 PTGKetika menulis entri ini dan terpandang buah kurma, Amie teringat-ingat pula kenapa setiap kali disajikan kurma, Amie tidak ambil? Mungkin banyak pilihan makanan lain, jadi kurang pedulikan buah kurma. Tidak terfikir pula untuk ambil sebiji dua dan simpan dalam beg sandang, dan boleh dimakan dalam bas ketika lawatan. Itulah sifat manusia. Ada di depan mata tidak nampak, sudah tertinggal jauh dirindui pula... ahaks!
Antara menu sarapan yang disajikan termasuklah keju putih Nabulsi iaitu sejenis keju tradisional Palestin yang terkenal. Rasanya sedikit masin dengan tekstur yang padat, sesuai dimakan bersama roti, tomato atau timun. Di samping itu terdapat juga keju hirisan kuning, yang lebih lembut rasanya dan menjadi pilihan ramai.
Bagi yang gemarkan hidangan lebih mengenyangkan, terdapat nasi berempah Arab yang dimasak menggunakan rempah-ratus pilihan. Aroma rempahnya cukup menyelerakan, manakala butir nasinya berderai dan sedap dinikmati begitu sahaja atau bersama lauk lain. Sayangnya ada tekak yang tidak dapat menerimanya kerana ada rasa sedikit masam. Mungkin disebabkan perahan lemon.
Bufet sarapan pagi ini turut menawarkan hirisan daging ayam belanda (turkey) dan keju hirisan bulat, pilihan yang biasa ditemui di hotel-hotel di Timur Tengah. Nampaknya gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa menjadikan sarapan di sini lebih lengkap.
Syukur Alhamdulillah, kami dapat menikmati rezeki yang Allah SWT kurniakan di bumi Palestin. Walaupun negara ini berdepan pelbagai cabaran, layanan mesra dan hidangan yang disediakan oleh pihak hotel tetap meninggalkan kenangan yang indah. Semoga suatu hari nanti bumi Palestin kembali aman dan makmur, serta rakyatnya dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.
| Selamat pagi Palestin, bumi para anbia'. |
| Mencari semangat baru di pagi yang dingin. |
| Chicken Butter |
| Sosej |
| Telur Hancur |
| Telur Rebus |
| Roti Arab - Khubz |
| Madu & Mentega |
| Jem Strawberi |
| Keju Putih |
Keju putih ini namanya Keju Nabulsi (Nabulsi cheese) atau Keju Arab (Jibneh Arabieh), iaitu keju putih yang terkenal di Palestin. Rasanya sedikit masin dan lazim dimakan bersama roti, zaitun atau tomato.
Keju hirisan kuning ini dikenali dengan nama keju Edam, Gouda, atau keju proses yang dihiris nipis. Keju jenis ini untuk dimakan bersama roti dan sayur-sayuran.
| Creamy Corn Salad |
| Hummus |
| Labneh dengan Za'atar |
| Tomato ceri yang pejal dan manis. |
| Hirisan timun. |
| Yang panjang persegi inilah Keju Arab, yang rasanya masin-masin sikit. |
28 comments
Daus dah boleh jadi vlogger ni...!
BalasPadamHabislah dia kacau hp dan laptop mommy dia.
PadamBagus Firdaus rajin melayan Babah dan pakcik makciknya. Kadang kanak² lebih cepat belajar dan mahir dlm sesetengah perkara. Sy pun kalau makan di hotel, anak² lah tukang bancuhkan kopi dsbnya. Sy tak pandai 🙈
BalasPadamSaya pula jarang ambil air minuman mesin kalsu sarapan di hotel.
PadamAlhamdulilah, moga semuanya sihat-sihat yaa Kak sepanjang di sana..
BalasPadamDaus dah pandai dah action depan kamera hehehehe
Alhamdulillah. Sihat walafiat. Terima kasih doanya.
PadamMenarik sekali perkongsian menu sarapan di Palestin ini, roti arab panas digandakan mentega cair memang nampak sangat menyelerakan.
BalasPadamSedap rupanya. Kalau tak cuba, mana kira tahu kan.
PadamChicken butter paling menambat mata, macamana lah rasa nya, mesti sedap cicah roti
BalasPadamSaya pun lupa rasanya. Ambil sikit saja untuk rasa-rasa.
Padambaba teruja tengok daus malan berselera, tu yang terasa nak makan juga
BalasPadamBetul, timbul seleranya.
Padameh, makan
BalasPadamnampak sedih dan nampak tak sihat suami akak tu...
BalasPadamYa, ada hikmahnya di sana keluar penyakitnya yang tersembunyi.
PadamSemoga bumi palestin kembali aman dan makmur. Aamiin...
BalasPadamSeronoknya tengok banyak hidangan. Kalau kita tak cuba sesuatu makanan tu tak tahu sedap ke tidak kan. Bagus Firdaus rajin melayan baba dan pakcik makcik. Alhamdulillah...semoga terus semangat dan Allah kurniakan kesihatan yang baik. Aamiin...
Terima kasih doanya.
PadamAmbillah makanan sikit-sikit buat rasa-rasa.
Rajin Daus bantu baba n pakcik makciknya
BalasPadamDua pun seronok membantu.
Padamseronok dapat makan di hotel yang halal, semua boleh di makan tanpa ragu2
BalasPadamAlhamdulillah. Boleh rasa sikit-sikit.
Padam7C di awal pagi memang sejuk terasa sampai ke tulang juga tu.
BalasPadamYa, sangat sejuk.
PadamAlhamdulillah kondisi en suami dah mendingan esok nya yaaa.
BalasPadamSemua makanan memang buat penasaran untuk dicoba. Saya selalu excited kalau bisa mencicipi aneka kuliner khas dari mana2 tempat 😍
Terutama aneka keju dan yoghurt.
Tapi kalau kurma, mau dimanapun, saya memang tak akan jamah kak 😅. Sebab tak suka kurma. Kecuali kurma muda yg masih crunchy.
Kurma di sini besar saiznya, kenyal dan lembut. Makan sebiji dua pun mengenyangkan.
Padampelbagai hidangan autentik macam Keju Nabulsi & Hummus kat sana. Bab kurma tu memang relatable sangat Kak Amie, bila ada depan mata kadang tak perasan, bila dah jauh baru terpikir. Semoga bumi Palestin sentiasa berada dalam rahmat-Nya dan dikurniakan kedamaian
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamMudah-mudahan bumi Palestin merdeka dari cengkaman ....Isra
Selalu disogokkan cerita pasal perang, anak² kekurangan makanan, tempat tinggal musnah, rupanya ada sisi bahagia dan selamat.
BalasPadamMakanan yang disajikan tetap nampak menyelerakan.