Iftar 12 Ramadan 1447H - Mi Goreng Daging
9:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masak yang ringkas sahaja untuk juadah berbuka puasa. Amie buat Mi Goreng Daging, Pengat Pisang dan Salad Campur.
Banyak resipi Mi Goreng Amie kongsikan sebelum ini. Untuk Resipi Mi Goreng Daging ini sama sahaja bahan asas dan cara mengolahnya, cuma Amie gunakan daging yang sudah direbus empuk. Biasanya Amie gunakan udang sebagai perencah. Kali ini gunakan daging pula.
Antara resipi mo goreng yang pernah Amie kongsikan:
Tambahkan taugeh segar di atas Mi Goreng Daging ketika dihidang. Sedap makan krup krap krup krap!
Ada baki kicap lada yang Fidaus buat kelmarin. Tambahkan sedikit lagi kicap dan perahkan jus limau kasturi. Bolehlah sudukan atas Mi Goreng Daging buat pelengkap rasa.
| Kicap Lada |
| Pengat Pisang |
Ada baki jagung krim dalam tin, Amie buat Pengat Pisang. Tak banyak pun pisangnya, hanya lima biji. Itu pun kita sendiri yang makan. Bolehlah buat pengubat rindu berbuka puasa di kampung zaman kanak-kanak dulu. Bonda wajib buat pengat setiap hari di bulan puasa untuk berbuka. Oleh kerana banyak hasil tanaman di kebun, macam-macamlah jenis pengat Bonda buat termasuklah pengat pisang, ubi kayu, keledek, keladi, jagung, labu dan sebagainya. Kalau buat bubur kacang hijau, tak perli beli kacang hijau di kedai. Arwah Ayahanda memang tanam kacang hijau di kebun. Kadang-kadang Bonda gunakan air tebu untuk buat kacang hijau atau pengat pisang. Kreatifkan? Bonda gunakan air tebu sebab memang kami tanam pokok tebu di kebun.
Salad Campur kali ini Amie gunakan baby butterhead, baby spanish, navel orange, cherry radish dan balckberry.
Jumpa lagi!
15 comments
Sedapnya Kak Amie...SA sepanjang puasa ni baru buat sekali mee goreng daging...awal2 puasa hari tu
BalasPadamSalad kak amie buat saya terliur lahhhhh!
BalasPadamSelamat berbuka puasa.
BalasPadamSedapnyer mi goreng daging
Selalu mengiurkan menu berbuka kak Amie ni. Cantik gambar. Naik seri makanan.
BalasPadamsuka mee goreng ltk daging
BalasPadamBaca entry ni pukul 10 pagi, jadi terliur pulak! Lambat lagi nak berbuka ni ehekk
BalasPadamMee goreng tak buat lagi di bulan puasa ni, sedap tu kak ami mi goreng letak daging.
BalasPadamPengat pisang tu nampak sedap :)
BalasPadamterliur mandang mi goreng amie
BalasPadamPengat pisang memang peberet kalau dah simpan dlm peti sejuk. Dulu org tua kreatif kan masak untuk anak ya. Apa ada keliling rumah jadi makanan
BalasPadamAh sudah, teringin pulak nak makan mi goreng 🤭
BalasPadamSama macam arwah Mak, kerap buat pengat pisang/keledek. Macamana rupanya pokok kacang hijau tu Kak Amie ye? Kalau benih kacang hijau ni Sy setakat tengok pokok tauge tu je. Tak pernah tengok pokoknya yg dewasa.
Nampak pengat pisang, favorite kami. Nak buat lah nanti. Mee goreng Kak Amie sedap sangat tu terasa2 tau.
BalasPadammesti semua penggemar tauge kan kak... pengat sedap, nengok salad buah tu pun alahai menggoda
BalasPadamKalau di sini pengat itu disebut kolak kak. Dan memang udah macam makanan wajib selama ramadhan. Seller yg jual pun banyaaak sangat. Dari kolak pisang, kolak ubi, kolak cenil , macam2 lah. Sayapun sukaaa sangat.
BalasPadamArghh.. pengat pisang... pengat keladi... terasa² kat tekak ni.
BalasPadamKak Amie share lah buat bubur kacang hijau guna air tebu. Nampak menarik.